Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbh.
In Sha Allah minggu depan dah masuk minggu ke-4 pembelajaran. Maksudnya? Dah sebulan pun ada di sini untuk semester 3. Isnin (29.9.2014) akan ada Test 1 Physiology. Biiznillah.. Iringi saya dengan doa sahabat sahabat ya.
Apabila usia dah hampir menjengah 20 tahun, dan bertemu dengan ramai ragam manusia, baru saya faham apa erti kematangan yang sebenar. Semester baru, ramai kawan-kawan yang baru. Housemates baru pun ada. Tahun 3 dan Tahun 4.
Sahabat dari sahabat Aman pun ada. Mashaallah.. semua hebat belaka, rasa rendah diri pula nak berdamping dengan mereka. Sahabat Aman ni adalah sukarelawan di bawah PEMBINA. nak tahu lebih lanjut tu kena google la tentang Sahabat Aman. Saya Sahabat Aman di bawah pembina upm.
Minggu sebelum ni saya join Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) Putra, rindu nak berdebat lagi walaupun hakikatnya saya tak pandai berdebat pun. Ekeke.. Tapi, disebabkan jadual pembelajaran saya yang padat dengan praktikal. Praktikal (hands on) setiap hari kecuali hari Khamis, saya terpaksa 'mengorbankan' latihan debat tu. Kerana Terpaksa Aku Relakan.. In Sha Allah, ada sesuatu yang lebih baik menanti.
Alhamdulillah.
Hikmahnya saya dah nampak. Mungkin jalan saya bukanlah jalan untuk ke arah debat, tapi Allah gantikan Sahabat Aman kepada saya. Seronok dan menenangkan bila berada dalam kalangan sahabat Muslim. Ukhuwwah (persaudaraan) sesama mereka ni, cepat ngam orang kedah kata. Masing-masing ada matlamat yang sama iaitu nak bawa Islam. Sanggup habiskan masa untuk berjuang demi Islam.
Betul la kan. Bila kita berseorangan, kita susah nak capai kekuatan. Bila berada dalam kelompok yang sama-sama BERJIHAD , maka kekuatan tu luarbiasa sikit. Macam tu juga dengan solat berjemaah. Masa tengah letih tu la pergi solat berjemaah, kita akan rasa energy luar biasa selepas selesai berjemaah..
Tak percaya? Cubalah. Sekali cuba pasti nak nak nak lagi. Nyum~
Semester ni sibuk berbanding semester lepas. Baru 3 minggu, dah rasa letih. Minggu lepas saya belajar trim hoof biri-biri. Woah, SubhanAllah! Penat sangat. tapi seronok sebab dapat buat sesuatu yang memang tak dapat belajar di mana pun.
Tiba-tiba saya sayang dekat biri-biri,
sebab dia sangat nakal. Masa restraint tu dia melompat, sekali dengan saya pun turut melompat. Mujurlah Allah kurniakan saya jadi orang tinggi, jadi saya dapat stabilkan diri saya bila dia melompat..
Hari ni pula & esok saya kena babysit Edward (si stray cat yang sakit). Mia & Aziemah yang terjumpa dia di Sri Serdang dan disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, saya perlu babysit sekejap. Alhamdulillah. Edward beransur pulih selepas makan ubat, dan makan wet food.
Ok. Tutuplah kisah tentang binatang.
Tak akan habis pun cerita pasal binatang.
Hari ni nak kongsi pasal LEMBARAN BARU. agak-agak kan, kita pernah buat silap tak? Ke kita asyik nampak orang saja buat silap sedangkan kita tak pernah buat?
Jujur. Saya selalu buat silap. Silap saya tu memang kesilapan besar & berulang. Sehinggakan pada satu tahap, saya dah fed up buat silap. Eh? Buat silap pun fed up?
Maksud fed up tu, saya dah terjumpa sesuatu yang cukup memberi pengajaran sepanjang hidup saya. Haa. Biasala tu kan. Setiap orang buat kesilapan & kesalahan. Mungkin, kesalahan yang saya buat ni ..akan membuatkan sesetengah pihak tak berpuas hati.
Masakan tidak, bila kita nak berubah jadi baik kan, atau erti kata lain...berhijrah. Mesti akan ada orang yang nak korek balik kisah silam kita. Bukan saja korek balik kisah silam, nak saja mereka tu dedahkan pada orang ramai kesilapan-kesilapan yang kita pernah buat dan akan secara tersiratnya, akan 'menghasut' orang lain untuk hilang kepercayaan kepada kita.
woah hebat kan?
Jujur. ada juga dalam kalangan kita akan hadapi benda tu terutamanya dalam perjalanan hijrah. Cukuplah saya sebutkan kesalahan yang saya pernah buat itu sbg 'kesilapan'. Andaikata anda pun pernah buat kesilapan & ingin berubah, elakkan lah bercerita tentang 'kesilapan' tu.
CREATE THE FUTURE
kesilapan lepas tu dalam buku lama.
sejak dah buka buku baru, silakanlah tulis sesuatu yang memberi keindahan kepada buku tersebut. Bukannya menambah lagi 'seri' keburukan buku tu.
Ingat ya. Dalam hidup ni kan, semua orang nak mencari salah orang sahaja. Tak ada orang yang berminat pun nak tahu pasal diri yang baru kecuali orang yang ada iman dan taqwa dalam diri mereka.
sbg contoh,
jika anda suami kepada isteri anda, dan anda kenal diri dia yang sekarang adalah seorang yang solehah, perlu ke anda nak cari kesilapan lama dia? cukuplah dengan apa yang ada di hadapan mata sekarang.
mungkin sebelum ini isteri anda tu kurang solehah, kurang jaga ikhtilat, mesej dengan boyfriend 1, boyfriend 2, boyfriend 3 dan sebagainya.. tapi ingatlah, jika Allah pun boleh menerima taubat hambaNya yang hina..inikan pula manusia biasa yang sama-sama hina di hadapan Allah SWT?
Jika benarlah anda suami yang soleh, bimbinglah si isteri itu untuk menjadi solehah. Buktikan.
Eh, masuk topik suami isteri pula.
Itu contoh ya.
Saya bukanlah seorang yang sempurna. Masih lagi buat silap, cuma nak ajak ramai-ramai perbaiki silap kita tu sedikit demi sedikit. Mana tahu dengan perubahan sedikit yang berterusan tu akan jadi titik tolak kepada kita spy jadi lebih baik?
In Sha Allah.
meh saya kongsikan sikit-sikit kisah sahabat-sahabat saya. mungkin pengalaman ni tak best bagi anda, tapi superb bagi saya.. :D
Kebanyakan sahabat saya ni, berhijrah. Diri mereka dulu sama saja seperti saya. Cuma mereka berhijrah terlebih dahulu daripada saya. Track HIJRAH ni, perlukan pengorbanan dulu. Jika tiada pengorbanan, maka tiadalah hijrah tersebut.
''Kalau nak berhijrah ni, tak boleh sorang-sorang. sebab kita tak kuat. kena ramai-ramai.. atau cari kelompok yang betul-betul amalkan Islam''
betul tu. kalau kita sendirian boleh saja nak berhijrah cuma perlu letak momentum tu tinggi dan lebih sikit berbanding biasa. subhanAllah! hebat kan siapa yang berhijrah berseorangan.
dulu kan, saya cukup takut dengan orang pakai purdah. rasa macam mereka ni ganas la, ekstremis la. Macam-macam pandangan saya. Tak tahu kenapa paranoid sangat. mungkin sebab tutup semua kut?
tapi bila saya berkenalan dengan mereka yang berpurdah ni, memang luarbiasa. dapat rasai aura keislaman yang ada dalam diri mereka. sanggup bersusah payah. dah la lemah lembut, baik, senang didekati. rajin. kebanyakan la memang macam tu.
mereka berpurdah pun atas keinginan diri sendiri. bukan 'tradisi' keluarga.
dan kebanyakan mereka dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Bukan dari keluarga tarbiyah. dan sebahagian daripada mereka sudah pun berumahtangga. Suami mereka pilih mereka disebabkan nilai agama yang ada dalam diri mereka, bukan sebab purdah ye.
ada saja sahabat saya yang tengah berhijrah, tak sempat nak berhijrah habis, sudahpun dipinang orang yang nak membimbingnya ke syurga. SubhanAllah. Allah mudahkan urusannya dengan cara yang macam tu.
hakikatnya, baik buruk seseorang tu bukanlah melalui nilai luaran semata-mata, boleh juga dinilai dari akhlaknya.
apapun, secara amnya, selagi hayat masih dikandung badan (cewah..puitis tak ayat?), berjuanglah untuk sesuatu. duduk seorang tu, cuba fikir. apa sumbangan kita dah buat? apa sumbangan yang kita nak buat? fikir. fikir. aktifkan pemikiran. jangan asyik nak berselfie dan tayang dekat orang saja.
cuba selfie diri sendiri ni,
amalan kita ni dah diperbaiki ke belum?
di mana kita ada sekarang?
apa wishlist kita untuk akhirat?
hidup perlu enjoy - Tanpa Nama.
ya. perlu enjoy. tapi pernah ke kita berpenat lelah untuk kebaikan ummah? sampaikan nak cari masa enjoy. Islam ni mudah. orang yang benar-benar merasai keindahan beragama sahaja akan tahu apa itu 'enjoy'.
Jangan rasa terlampau rendah diri atau sedih.
Kekadang kita berada dalam kelompok yang tak amalkan Islam pun. Kita nak kelompok yang amalkan Islam, tapi kita bukan berada kelompok tu. Itu tandanya kita perlu jalankan 'amanah' Allah, untuk sampaikan apa yang belum sampai kepada mereka.
cari hikmah di sebalik apa yang jadi di sekeliling ni. mungkin ini buku baru anda. tak sama dengan orang lain. Allah letakkan anda dalam kalangan tu untuk buat perubahan! jangan risau. kekuatan itu datang daripada Allah SWT. Allah yang mengkehendaki sesuatu tu untuk terjadi..
sabar, dan teruskan berjuang. walaupun kecil perjuangan tu, pasti akan bawa kepuasan kepada diri sendiri.. :)
kuatkan semangat tau.
Allah kan ada.
Sahabat yang baik pun ada, jika Allah izinkan.
mungkin buku baru tak sempurna, tapi biarlah ia tak diulangi dengan kesilapan di buku lama.. ~
salam sayang,
Nazrah Athirah.
No comments:
Post a Comment