Tuesday, September 30, 2014

Ibrah Alam (Broga Hill, farms)

assalamualaikum wbh
bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum. sihat ko? mogo sihat belako deh. 

syukur alhamdulillah. Ahad lepas athirah baru saja join aktiviti mendaki Bukit Broga bersama Kanda Putra (persatuan anak negeri kedah upm). Pengalaman yang manis. Cukup manis sebab tak pernah naik bukit setinggi tu., Bukit dekat dengan rumah pernahlah, tapi tak mencabar sepertimana bukit Broga ni. 

Pagi tu macam-macam masalah, tapi syukurlah sampai juga 7 lebih di sana. 7.40 pagi dah mula mendaki.. sebelum sampai puncak pertama, athirah dah stop. Kihkihkih

stop disebabkan pening., entah kenapa kepala manja sangat buat-buat pening. Lepas dah rehat lama baru sedar sebab belum sarapan pagi lagi. Allahuakbar. Pengajaran : sarapan ya, sebelum mula aktiviti lasak. 

Lama juga rehat. ada seorang hamba Allah ni, namanya Busyra.. pun rehat juga. dia rehat sebab risau kalau naik atas nanti takut nak turun. Jadi kami pun buat keputusan untuk turun ke kaki bukit lebih awal daripada orang lain. 

Jadi, turunlah..

turun..
turun..

mengelongsor, turun.. 

mencabar rupanya nak turun. dah lah kami berdua saja. orang lain semua ada di atas puncak. Sampai di bawah, kami lepak dulu minum ayaq nyoq habaq hang (air kelapa). Fuh sedap air tu. FRESH. 

Lepastu busyra suggest untuk pergi ke farm berdekatan. Oh, rupanya RABBIT FARM! Bukan ada rabbit saja, banyak lagi binatang lain seperti keldai, pony, lembu, kambing, kerbau, rusa, monyet, dan macam-macam lah. 

Paling seronok tu, arnab. 

boleh main kejar-kejar. RAMAI sangat si arnab ni. Ops, bukan ramai..tapi banyak. banyak betul uols. Susah nak dapat tapi akhirnya dapat juga seekor.. :D , lembut, gebu, gemuk. Jarang jumpa arnab gemuk dan sebahagia tu. 

itu kisah weekend lepas.

Kisah weekdays pula, hari ni saya dapat pergi ke rumah penyembelihan babi oleh TipTop Meat Sdn Bhd..! Mungkin ini isu sensitif bagi rakyat Malaysia. Bagi saya tak sensitif pun. Sekadar perkongsian bahawa seorang Muslim boleh nak belajar pasal makhluk Allah ni. Tambah pula saya pelajar vet.

Pelajar veterinar mesti dan wajib belajar. Kalau tak ada orang belajar pasal depa ni, siapa lagi nak belajar? Kenapa perlu belajar? PENTING, andaikata Allah nak turunkan peringatan kepada kita melalui sebaran penyakit seperti dulu, NIPAH VIRUS, siapa lagi nak turun kalau bukan Doktor Haiwan? Wallahu'alam. Niat belajar lillahitaala kan 

Kita ambil ibrah dari alam ciptaanNya. Islam itu memudahkan, Bukan menyusahkan.. 

Jadi saya tergerak hati nak berkongsi pengalaman saya di sana. 

Jam 12.30 tengahari, 

Bas mula bergerak dari Fakulti Perubatan Veterinar (UPM) . Sebelum bergerak tu hati saya risau..Bukan risau apa, risau tentang proses menunaikan Solat Zuhur. Kumpulan sebelum ni beritahu mereka lakukan solat Jamak. Mungkin mereka lalu jalan jauh. Kumpulan kami ke sana TIDAK melebihi 2 marhalah, maka kami tidak solat Jamak. 

''pakcik, boleh tak ...kalau nanti berhenti di mana-mana surau ke, untuk solat zuhur?'' - athirah. 

''eh boleh...boleh...masuk waktu pukul berapa?'' - pakcik bas

''In Sha Allah, pukul 1.08pm pakcik. Betul ke jalan nak masuk tempat tu dalam perkampungan dan tak ada perhentian?'' 

''Oh betul... tapi sebelum tu, ada ja tempat solat di highway.''

''Pakcik nak berhenti di mana?'' 

''awak nak berhenti kat mana?''

''mana-mana pakcik senang la..''

''berhenti surau yang besar la, senang nak solat...kamu kan ramai..'' - Prof Loh

Alhamdulillah. Prof Loh walaupun bangsa cina dan bukan beragama Islam, tapi memahami keperluan dan kewajipan kami sebagai Muslim untuk solat di awal waktu.. walaupun nak pergi trip. Akhirnya dapat juga kami tunaikan solat awal waktu di Surau Shell. Luas surau. Cantik, SubhanAllah.. 

Sampai di rumah penyembelihan, kami dibahagikan dua kumpulan pula.

sebahagian lain pergi ke kilang memproses dulu, sebahagian lain pula (kami) ke bilik mesyuarat untuk tengok tayangan video. Lepastu baru kumpulan kami bergerak ke tempat penyembelihan. Perlu pakai apa segala kelengkapan yang ada, risau nanti berlaku perebakan penyakit. 

Masuk ja dalam tu, MashaAllah. Besarnya babi. 

gulp. 

terkesima sebentar. ekeke. 

Orang belum pernah tengok babi macam ni lah. Tergamam.. 

Proses yang cukup kemas, tersusun, dan agak bersih. Maksud bersih tu, darah, atau najis yang ada dihantar ke tempat sepatutnya. Diproses menjadi biogas , maka tidak berlakulah pencemaran. Bau? tak perlu nak ulas panjang-panjang. Sebagai pelajar vet ni, segala bau kena belajar.

Bau binatang yang tak pernah pakai shower cream tu dah satu hal. 
Bergelumang dengan bangkai. Itu pun satu hal. 
Najis? Ok. Najis Mughallazah seperti anjing dan babi tu perlu diSERTU. 

Najis yang yakyak tu, nanti bersihkan lah badan kita dengan shower cream banyak-banyak selepas mereka (binatang) tu yakyak atas kita. Setakat ni belum ada masalah lagi.. Alhamdulillah.. segala bau dapat dibuang segera selepas pulang ke bilik walaupun bau bangkai. Lagipun pakai uniform. No probs.

setakat ni, hidung masih dapat bertahan.
Tak ada lagi rakan sekelas termasukla saya sendiri ter...muntah, ter...apa saja. Allah pelihara. dan masih lagi sihat sampai ke hari ni tanpa apa jangkitan dari haiwan. 

Gambar? Saya suka ambil gambar. Tapi untuk kawasan penyembelihan tak dibenarkan. KALAU dibenarkan sekalipun saya tak akan upload sesuka hati..Rakyat kita kan super-sensitif kepada benda seperti ni :) 

Moga dapat belajar daripada cerita saya ya sedikit sebanyak~

SATU saja lagi, sepanjang dah lalui Tahun 1, dan sebulan dalam Tahun 2 ni, benda yang saya dapat belajar ialah aplikasikan Islam dalam segenap hidup saya. Alhamdulillah. saya bukanlah latar belakang agama ke apa, sbg seorang Muslim apa yang perlu tahu, kena tahu kan? 

Perkara paling mencabar, kita hidup dalam kelompok yang tak mengamalkan Islam (dikelilingi orang bukan Islam yang tak mengamalkan cara hidup Islam). In Sha Allah. Mungkin ada hikmah kenapa Allah letakkan pelajar Muslim di dalam kelompok ni. Kan?

POSITIVE~

Ingat lagi faktor kejayaan Imam Hassan Al Banna, 

1 - Iman yang mendalam
2 - Penyusunan yang rapi
3 - Jihad yang berterusan

dan pesanan kak Naqibah, bila dalam berjemaah untuk berdakwah, kita akan rasa lebih bersemangat. sebab tu penting juga kadang-kadang berada dalam jemaah Islam. SIBUK? sekali sekala tu seminggu sekali, berikanlah peluang pada diri sendiri.

tumpang dok bujang lagi, belum terikat mana komitmen lagi, 
dan masih ada HAMASAH dalam diri dan KUDRAT sebagai pemuda pemudi, 
berjuanglah. 

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Eheh. Semangat pula malam ni update blog. Sekadar perkongsian ringkas. apa yang baik itu datang dari Allah SWT, yang buruk tu dari kelemahan diri saya sendiri. Salah silap boleh berhubung dengan saya di FB, untuk teguran... (PEACE) 

No comments: