Paling seronok sekali jumpa buku-buku athirah. Ahhhh. Skema kan. Ya memang skema pun. Alkisah suka buku ni sejak sekolah rendah lagi. Minat baca buku tu lagi tinggi daripada baca artikel/newspaper/phone. Program Nilam ketika di usia kecil (Oh kecil sangat) telah membuatkan diriku cinta buku.
Dulu..Nampak storybook mesti jadi excited sangat-sangat untuk beli. Atau pergi library mesti nak sangat-sangat pinjam. Beli kad perpustakaan RM1.50 banyak-banyak sebab nak pinjam buku bannnyakkk banyak. MasyaAllah. Akukah itu?
Balik rumah ja, Baca, main. Buku sekolah pun tak sentuh sebab itulah 4A1B ja UPSR. Ok takpa. Syukur jangan kufur.
Bila dah sekolah menengah pun ada juga program Nilam. Disebabkan tahap keskemaan diriku lebih tinggi daripada orang lain, maka tak berani menipu. Jujur sangat lah baca buku satu satu tebal tebal sebab nak tulis dalam buku Nilam. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga capai target. Rasanya hadiah tak ada pun. ??? .
Bila usia makin meningkat, rasa kurang dah nak baca buku cerita versi fantasi ni atau versi aksi. Atau apa jua versi. Diri ni lebih cenderung nak membaca buku rujukan / versi fakta.
Sekarang dah 20 tahun, cenderung nak baca buku yang dapat tambahkan ilmu. Buku jenis novel cinta Melayu/Inggeris bukanlah pilihan saya sejak dulu lagi. Saya tak suka pasang angan-angan atau bazir masa dengan fantasi yang berkait dengan cinta of two loving couple. Uh.
Bukan tak suka.
Belum berminat cerita yang terlampau manis. Ha gitu. *Muka tak jujur.
Majalah Solusi jadi pilihan setiap kali isu dikeluarkan. Buku perubatan Islam menjadi pilihan. Kisah-kisah Tokoh Islam dahulu juga jadi pilihan.. Atau apa sahaja berkait dengan sains & Motivasi. Disebabkan diri ni bukanlah asalnya pelajar dari sekolah Agama, atau pondok, atau berlatarbelakangkan pendidikan agama. Saya orang biasa. Usia 18 tahun baru nak merangkak mencari pencipta Roh dalam diri ni. SubhanAllah. Permulaan yang agak lambat daripada orang lain untuk mengkaji keindahan Islam.
Seeloknya belajar biarlah berguru. Ya, InsyaAllah saya akan berguru.
Hari demi hari berlalu, kadang rasa suka baca buku. Kadang rasa bosan. Bila duduk rumah semangat tu lain sikit berbandung duduk di kolej. MasyaAllah. Why why?
Hanya Allah Yang Tahu.
Buku ni yang speselnya berbanding artikel pendek dan sebagainya, atau internet..Buku lebih fokus. Lebih terperinci kepada sesuatu bab tersebut. Jika guna internet, isi yang cuba disampaikan tu seperti tak sampai.
Yang lagi best, Buku ni boleh jadi aset. Aset untuk anak cucu nanti. Moga dapat bakal keluarga yang cintakan Ilmu dan tinggi cita cita untuk jadi orang yang berilmu..! Amin ya Rabbal 'alamin.
Baki 4 hari sahaja lagi nak menikmati saat manis di rumah sebelum menghadapi hari hari yang penuh cabaran dan ujian di sana. T-T , La Tahzan Athirah. InsyaAllah. Allah pasti mengatur sesuatu yang lebih baik di sana nanti.
Masih berbaki banyak buku lagi nak dikhatamkan semula..
No comments:
Post a Comment