Saturday, November 15, 2014

Hidup 2.0

bismillahirrahmanirrahim, 
Assalamualaikum ~ 

alhamdulillah.
alhamdulillah. 
alhamdulillah. 

Dah syukur dah untuk hari ni? 

#Throwback sikit kisah minggu-minggu lepas. Alhamdulillah (sekali lagi), baru baru ni baru selesai event PEMBINA (Bual Bicara Mahasiswa Tolak Feminisme). Ramai rupanya belum tahu tentang feminisme ni, termasuklah saya. 

alhamdulillah. My friend, VIVIAN also came for this event. 
she really wants to know what is meant by FEMINISME. 

and she got it. 
Finally. 

May Allah guide her to Islam. Beautiful and true religion :)
InsyaAllah. 



Banyak input dapat daripada kedua orang panelis ni. 
Kak Syarifah Unit Kajian PEMBINA, hebat orangnya. MasyaAllah. Baru berusia 23 tahun tapi tak menjadi penghalang untuk menjadi orang yang hebat dan berpengaruh. 

Minggu minggu lepas juga ada pergi trip kelas ke Paya Indah Wetlands di Dengkil . Tengok binatang! yey. Binatang yang jarang dapat tengok. Seperti badak, buaya, landak, mousedeer, dan sebagainya lagi. Dapat sentuh tapi buaya dan badak ni tak la dapat sentuh. Hihi. 

TRIP ni untuk pelajar DVM2 (Batch saya) untuk belajar buat ETHOGRAM untuk subjek ETHOLOGY. Kena belajar kaji perangai binatang dalam tempoh tertentu. Apa binatang-binatang ni akan buat. 

syok. yey. 



apa tu? Kambing. 

Eh. Tak..itu namanya badak, Hippopotamus. 
Setakat ni ada beberapa ekor sahaja. Sebahagian ada dalam gambar ni, dan sebahagian lain entahla di mana. Bahagian lain kot. Jam 10 pagi dah bermula masa makan! Jadi badak-badak ni akan tunggu di bahagian tepi di bahagian pengunjung untuk nganga mulut (buka mulut) luas-luas. Untuk makan. 

Makan apa? 
Betik, pisang, dan lain lain yang seangkatan dengannya. 



Nampak tak? Itula mousedeer. Comel kan. Very small creature. SubhanAllah. 
Nak ambil data pun kan, asyik "stand still" ja. Tak bergerak gerak. Jadi data pun hampir sama saja. 

alahai, comel..comel..


Inilah porcupine (landak), Baka Landak Raya (If i'm not mistaken). Landak ni macam malu malu sikit. Makan pun sembunyi sembunyi. Depa ni makan buah buahan juga, atau ubi kayu. MENYIHATKAN. 

we should learn from them. 
ahaks. 


overall. Trips ni OK. cuma kebetulan ada Family Day occasion di situ, maka bertambahla ramai orang..dan sangat sangat panas. Panas dunia kan. 

ASHNITA! My friend from FIJI, Aussey. 

a very good girl. 
and strong. Yeah. 

HABIS saja trip kami ni, ada lagi. PBL Presentation. PBL tu apa? Problem Based Learning. Kami diberikan satu masalah, dan perlu selesaikan masalah tu dengan cara kreatif. 

soalan yang kami pilih, "design an animal enrichment programme for a zoo animal that you choose", ah lebih kurang la soalan tu. 

DAN, siaplah video presentation kami. 

Alhamdulillah. 

Sambungan lagi, REHLAH bersama sama seniors. MasyaAllah. Di Taman Suasana Hijau, Putrajaya (again)..Pagi Ahad yang lepas. Bertaaruf sesama seniors VIP (Veterinar Islamic Putra). Bertambahla kenalan.. & semua happening. iols ja yang malu malu :p


overall, Ni pun best juga.

sangat. :D 

Thanks seniors DVM3 dan DVM4. 




Siapa cakap overseas je cantik? Malaysia pun cantik. Malaysia pun tak habis explore lagi. Ahaha. InsyaAllah akan habis explore satu hari nanti :D 

Tak nak keluar Malaysia. Patriotik kan. 


This week I am just here, just here. 

in college. 

Menelaah ilmu. Minggu ni dah ada test, berderet pula test. May Allah ease. Esok (Isnin), sampai minggu depan ada test. Actually we started it from last week, until 24th November. Biiznillah. 



Alhamdulillah, dalam sibuk belajar. sempat juga berbisnes. Benda ni jadi hobi, dan bila jadi hobi.. Tetiba jadi serius. Bila dah serius, mula nak gain income sendiri. Allah Maha Pemberi Rezqi kan. Jadi kita usaha, Allah yang berikan hasil. Siap ada partner bisnes lagi. MasyaAllah..Allah yang hadiahkan partner yang baik hati.


Thanks a lot kepada hamba Allah yang baik hati ini, kerana nak sedekahkan al Quran terjemahan pd orang yang nak sangat sangat sentuh al Quran. bukan setakat baca di apps. 

FEEL baca al Quran di tangan dan apps ni lain sikit. 

Sentuh al Quran bersama wudu' , MasyaAllah. Getaran rindu dan ketenangan. hehe. Tak salah pun baca di apps. Cuma nak kongsi perasaan, perasaan yang deep ni. 

InsyaAllah hujung tahun ni akan masuk 20 tahun. Doakan la saya supaya dapat berbakti kepada orang sekeliling. Hanya Allah sahaja dapat kuatkan semangat & fizikal. Cemburu rasanya lihat sahabat sebaya tapi sudah menjadi orang yang tinggi hamasah (semangat) dalam mempertahankan Islam, menaikkan Islam. 

Kita hidup berjemaah, 
jika rebah. 
kita ada Allah. 

Bukan penghalang untuk menyebarkan Islam, iaitu dengan akhlak & ketaatan kita kepada Allah SWT. (Pesanan ini juga untuk diri saya sendiri) . Kita dalam bidang apa pun, ia merupakan fardu kifayah. Betulkan niat. Kenapa kita nak belajar dalam bidang ni. Apa manfaat kita boleh bina untuk masyarakat.

dan.. 

sebelum ni ada saudara kita, yang nak berdebat dengan saya bahawa orang masuk Universiti ni sama sahaja dengan yang tak masuk universiti. jadi masuk ke universiti ni adalah perkara sia sia, Katanya ~

Betul ke? Sia sia bagi orang yang menyiakan peluang yang ada. 
sia sia bagi yang tak tahu membangunkan diri. 
sia sia bagi yang tidak mahu bermujahadah.. 

sia sia bagi yang sukakan sia sia :) 

Universiti ini sbg salah satu platform sahaja nak memperbaiki diri, dari segi kepimpinan, teamwork, dan sebagainya. Tak salah pun. Berusaha! jangan lemah. Bak kata Prof Muhaya 

"biar dalaman yang membentuk luaran kamu, bukan luaran yang membentukkan dalaman kamu

apa yang orang kata (-ve) sila ketepikan, siapa mereka? dan apa kaitan dengan hidup kita? Hidup untuk taat pada Allah dan ikut Rasulullah, bukan mengikut sesiapa yang menjatuhkan kita. 

wallahu'alam.  


No comments: