Friday, November 21, 2014

Kamar Tidur


assalamualaikum , terasa epic gitu sebab update pasal 'kamar tidur'. Sampai ke bilik nak diceritanya. Ni sekadar nak buat perkongsian dengan bakal Junior UPM nanti terutamanya pelajar Kolej 17 (perubatan & seangkatan dengannya). 

Kolej 17 ni macam diceritakan entri sebelum ni, jauh sikit dari main campus, jadi perlu travel dalam 10-15 minit ke main campus. JANGAN RISAU, fakulti hanya bersebelahan kolej saja. FPSK (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) dan FPV (Fakulti Perubatan Veterinar). 

Honestly said.. Kolej 17 ni jenis sistem blok A B C D. 

Apartment style juga. Maksudnya? Rumah, penghuni 8 orang. Blablabla. seperti yang diceritakan entri sebelum ni dah. korek balik, korek korek

Alhamdulillah saya dah 2nd year sini, nak duduk sini perlu kutip merit. Apa tu merit? 
Ini contoh buku merit

Ini pula rupa merit-merit tersebut ~


Ni meja study. Walaupun tak la cantik, tapi selesa sebab besar. 

Alhamdulillah, Meja yang besar-lapang-luas dan sangat selesa nak belajar. Kalau nak lagi besar kena pergi library. ahaks. Yang ni boleh letak printer sekali, nampak tak? sebelah tu. itupun masih ada ruang nak belajar. 



wajib ada; bio oil, vitamin c, kismis, hmm 

Tahu tak, vitamin C ni penting? terutama untuk pelajar yang selalu praktikal outdoor dengan binatang. Vitamin C penting untuk imunisasi tubuh. Buat yang selalu sakit bila terdedah udara kotor tu, sila lah belajar consume vitamin C na. SHAKLEE the best brand setakat ni. hey hey I am customer! 

Bukan untuk dijual. 

Kismis tu penting. Bukan saja penting ketika lapar. Tapi bagus untuk ingatan, selalu sangat lupa kan. Baru umur 20 dah sakan pelupanya., makan la selalu. sehari 7 biji paling kurang, tapi boleh ja makan berapa pun. 

sebotol pun boleh.
kalau larat. 



Rak buku

Rak buku pun osem sebab boleh letak buku banyak banyak dalam tu. actually rak ni 2 tingkat. Satu tingkat sudah didominasi oleh makanan~ Jadi hanya tinggal 1 lagi rak untuk buku. Rak di pantri untuk makanan ada, tapi risau cik lipas membuat lawatan rasmi tengah malam. Bahaya. 



Ok ni meja study. Sekali lagi. 

Ini katilnya, jengjeng


Tips nak hias bilik tidur;
1. Kemas
2. bersih
3. kemas dan bersihkan selalu. 

Tips yang kurang membantu. Sebenarnya setiap tempat tinggal yang kita tinggal ..Perlu pentingkan aspek aspek seperti kebersihan dan selalunya apabila sesuatu tempat tu bersih, kemaskan lah supaya kebersihan tu mudah dijaga. Ya tak? 

Kebersihan itu sebahagian daripada Imaan. Muslim kan. Seorang Muslim, kebersihannya terjaga. Bilik itu kan tempat solat kita, tempat beribadah kita juga. Haa tambah tambah pelajar vet. Jangan letak boots sebarangan di dalam bilik. 

Kita pergi ladang, pijak tahi kambing, lembu, urine, darah ke, kotor.. Jadi seeloknya bersihkan dan letak la bersama sama dengan kasut lain di rak kasut / bersebelahan rak kasut. sediakan 1 beg khas untuk boots. 

Kadang tu kita ada coverall. Pun sama juga. Letakkan coverall di tempat sepatutnya, lain lah kalau dah dibasuh. Setakat ni coverall belum dipakai untuk binatang binatang yang dianggap najis berat tu (anjing dan babi). Jadi boleh saja nak simpan di mana mana. loker ke, beg ke. 

LABCOAT. ahaa. Ni penting. 

LABCOAT tu kalau dah sertu, InsyaAllah boleh la simpan bersama sama dengan pakaian lain. Seeloknya asingkan lah tempat. Ya tak? Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Eh, dah kenapa pulak. 

Tak ada masalah. 
selesai sertu, sidai, kering. 
LETAK LAH DI MANA MANA yang anda suka, saya suka >.< 

Dissecting kit.

Yang ni selalu pakai untuk dissect carcass (anjing) kan, Jadi seeloknya letak di tempat khas. Bukan apa. Banyak juga blades, dan benda benda tajam. Bahaya kalau letak bawah bantal ke, letak atas katil ke. Silap haribulan. ada orang masuk hospital. 

careless. 

elakkan kalau boleh. 

WANG, BARANG KEMAS, LAPPY, PHONE, atau barang berharga ni jangan letak suka hati dalam bilik bila bilik tak berkunci. Ya memang ada housemates . tapi manusia kan. Sila berhati hati. 

yaahh, itu saja tips dari saya sebagai entri yang simple. 

Moga berjumpa lagi. 
Jaga diri, Bye bye... *Lambai tangan 

No comments: