Thursday, December 11, 2014

how to avoid from being a lifeless person?

tajuk dah molek sangat bahasa Inggeris, tapi nak juga tulis Bahasa Melayu. Bahasa Melayu kan bahasa jiwa bangsa kita. so? do appreciate. eh. silap. jadi, sila hargai :D


assalamualaikum wbh. Sihat ko? Salam Jumaat,. Hari yang barakah. Penuh barakah. Alhamdulillah, baru-baru ni ramai sahabat Athirah yang dah mendirikan rumahtangga tapi kenalan FB jela. sekadar kenal di FB, tapi tak dapat undangan pun. Hoho. Mungkin sebab dah tahu kita ni belajar jauh, over-land of Kedah. Apa-apapun, TAHNIAH buat raja sehari dan berhari-hari. Moga dapat meramaikan pejuang ummah dan tentera-tentera Islam. sebab itulah perlunya berbaitul Muslim kan. 


berumahtangga vs baitulmuslim. 

sama tak? Bagi Athirah, lain sikit maksud. Berbaitul Muslim ni adalah pernikahan dua individu Muslim di mana dua individu Muslim ni ialah orang yang mengamalkan Islam. InsyaAllah. kamu semua la tu. Amin3. kalau belum tu cepat-cepatkan lah berusaha bina peribadi Muslim. 

Berumahtangga ni pula, sekadar pernikahan biasa. Matlamatnya semata-mata nak menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Ok. Tak dak kena mengena dengan tajuk pula. :p

How to avoid from being a lifeless person? 
Bagaimanakah untuk mengelak daripada menjadi manusia yang tak dak hidup? Pernah dengar tak stigma masyarakat macam ni, 

"ambil medik? kesiannya, tak dak life. "

itu orang kata kepada medical students. untuk pelajar veterinar tak pernah pula orang cakap "lifeless", kenapa? Meh nak explain. Pelajar veterinar selalu nampak happy go lucky, ceria, gembira tiada duka dan sebagainya. dan budak medik selalu dikaitkan dengan kesusahan, kepayahan, stress, dan sebagainya. 

So far semakin naik year ni, semakin susah belajar veterinar.
seriously. tapi ramai macam

"ala vet senang je. tengok budak vet.. " sambil menghala jari ke hidung aku sendiri. 

why? because of im happy. 

dulu. nak marah juga. kenapa orang selalu bandingkan pelajar medik dan veterinar? rasa macam di Malaysia, pelajar veterinar tak dihargai. tengok jela dari segi biasiswa, berapa orang saja yang ditaja sedangkan ramai yang layak. MAAF #isusensitif. ahaks. 

dah lama kelamaan (baru setahun lebih), Athirah pun fikir balik. Ada baiknya kalau kita ubah mindset diri sendiri. Kenapa nak mengharap orang menghargai kita? You did well. and you know it. 

bermula saat tu (cis, poyo sangat lah)..diri ni pun enjoy sebanyak mana yang boleh nak enjoy. Seronok sebenarnya belajar haiwan-haiwan yang banyak spesis ni. Bila nak belajar satu benda, contohnya sistem pernafasan, semua spesis perlu dipelajari. BEST sangat-sangat, kan.. ahaa. 

jadi bila kita happy dengan apa kita belajar, jadi kegembiraan tu akan terserlah di wajah kita. dan kita akan nampak cool, sangat cool even though benda tu susah nak dilalui. Ha, dan pelajar veterinar jarang orang cakap 

"lifeless nye hidup korang " 

"hangpa tak dak hidup noh" 

TAK DAK. ha tak dak orang kata lagu tu. 

kenapa? dah beritahu di atas. 

Jadi, saya pun nak kongsi tips. sikit. Moga bermanfaat pada semua.. Tak kira apa kos, apa bidang pun yang kita minat. Abaikan je orang yang ada di sekeliling yang sentiasa hidup dalam S.T.I.G.M.A 

1. sentiasa buat kerja di awal waktu 

eh ni dah biasa buat ni. kan? Jadi tak dak masalah nak explain. 

2. Ubah minda, jadi positif. 

kenapa orang sebelum kita ramai dah berjaya dan boleh buat? Sebab mereka memang boleh buat,. dan kenapa kita tak boleh? sedangkan keupayaan yang Allah bagi tu sama, cuma kita la. nak usaha ke nak bermalas-malasan. 

positif la sikit..! Ni sikit-sikit, pagi Isnin ja, "monday bluesss"

mana nak dapat aura positif kalau cam tu. kan.

3. senaman

ha. ni perlu. Kalau biar diri terperuk 24-jam dengan buku, duk hafal anatomy 20-jam sehari, tanpa buat apa-apa, memang tak akan ada life. please dear, come on la. wake up! senaman. Tak perlu berat pun. cukuplah sekadar senaman ringan spt basuh baju dengan tangan, jalan-jalan bersiar di petang hari. kan menarik tu. 

4. ada kawan baik

saya pernah dapat mesej dari seorang sahabat, nun jauh di india. ambil medik. Dia cakap dia tak ada kawan. Bila ditanya, "kenapa". tahu apa dia jawab? 

"orang tu la. tak reti nak cuci bilik"
"orang tu jauhkan diri"
"orang tu aniaya saya"

ok banyak lagi jawapannya. betul ke? Ok. andaikata sahabat tadi tu semua k.o, takpa kita cari lagi orang lain. Budak medik ramai kot kat sana, rakyat India pun ramai. Pilih ja nak mana. 

TAPI. kalau nak yang perfect tu, maaf. no one in this earth can be perfect. 

pilih la seorang yang sealiran pemikiran ke, 
sama fitrah ke, 
untuk jadi kawan baik kita. Baik buruk dia belajar untuk menerima, baru bahagia. Baru rasa gembira sikit hidup. 

5. tunaikan hak roh, dan jasad.

fuh. sampai nak tunai-tunai hak ni dah kenapa? Ya. Serius ni. Tolong baca dengan nada serius. Tunai hak ni contohnya, solat. Atau apa jua kewajipan. Sila tunaikan. semua kewajipan tu adalah menunaikan hak. TAAT kepada Allah, adalah menunaikan hak. sekian. Leteran dari ibu tak rasmi :p

6. NO LAST MINUTE.

aha. Ni sangat menarik. Most of the students, tend to tell they friends

"weh. tak sangka dapat 4 flat weh...aku study malam sebelum exam kot"

ramai macam ni, atau ayat yang lebih kurang. seriously. bukan tak nak bagi percaya, tapi tak perlu berpegang kepada ayat tu sangat. si dia mungkin nak beritahu, atau hint hint....yang dia pandai. ops. husnudzon please.

kerja last minute, kurang berkualiti. 
study last minute, pun sama.

nasib atau ujian Allah ja tu melalui nikmat. belajar awal, buat kerja awal. hidup akan lebih tenang & banyak masa nak buat benda lain. 

7. socialise

haaa, ni pun sama. ramai di antara kita anti-sosial sekarang. Percaya atau tidak? Bila duduk sekali, mesti mengadap telefon pintar. Sikit-sikit nak check telefon. Tolonglah bersosial. Hidup dalam masyarakat dan kenal apa itu masyarakat. dekat mana masyarakat sakit.. dan apa masyarakat perlu. 

Bukan senang nak berjumpa. entah esok lusa dia mati. tak pun kita mati dulu, tak dan nak sembang dah.. 

Sebenarnya tips ni tak semestinya menjadi pada semua orang. Kadang menjadi, kadang tak. so be happy, be yourself. Kalau nak makan nasi 3 pinggan pun makanlah, tak dak orang kacau makanan dalam pinggan pun.

>.< 

ingat! nak bahagia tu bukan bergantung pada orang.

lifeless is equals to no life, is equals to not happy. 

if you happy, you get a life

simple thing.

one more thing, kawan medik saya semua ada life, dan sangat bahagia ja. Tak dak la pula sampai nak mati ..semua survive dan dah berjaya bekerja sebagai seorang doktor pun :D

all the best for your life ..!

No comments: