Wednesday, December 24, 2014

Kita dan Banjir

Riuh rendah di warung Pak Mail pagi ni. 25 Disember 2014. Macam-macam topik diketengahkan. Bulatan kecil di keliling meja semakin lama semakin besar.

Kenapa banjir? Ni mesti sebab PAS nak buat hudud ni.”, ujar seorang lelaki yang hanya berseluar pendek paras peha mula mengambil tempat duduk di sebelah Amir yang sudah berada di situ.

kau cakap pasal banjir Kelantan. Habis, kenapa MH17 dulu ditembak jatuh? Aku rasa ni mesti sebab PM kita memerintah ni. Tengok MH370 pun hilang. Aku rasa sebab dia la”, Amir membalas sambil tangan kanan diangkat-angkat. Menunjukkan rasa protes.

Macam-macam oh jadi. Semua bala sekarang ni. Banyak orang buat maksiat! Tak mahu taubat! Asyik nak berseronok ja. Melampau..”, kelihatan seorang lelaki beremosi menyambung perbualan mereka sambil jari di kiri memegang puntung rokok. Asap keluar memenuhi ruang udara pagi warung itu. Habis satu batang rokok, ditambah lagi sebatang.

Sedapnya rokok.

Suasana di warung pagi ni, cukup meriah. Ibarat persidangan parlimen. Masing-masing meluahkan rasa ketidakpuasan hati.

***
Kisah tuding menuding ni tak akan habis. Hatta, matahari terbit dari arah Barat sekalipun masing-masing sibuk menuduh itu ini kepada orang lain. Suka. Suka melihat kesalahan orang lain. Mengukur kelemahan orang lain. Bala turun disebabkan orang lain, sedangkan diri sendiri juga salah satu ‘penyumbang’ bala. Pak Mail tersenyum sinis dari jauh.

‘Alam sudah mula berkomunikasi dengan kita. Alam sudah tenat sepertimana tenatnya iman kita. Kita ni ‘sakit’ tapi ramai yang tak sedar. Masing-masing sibuk. Entah apa yang disibukkan. Kita ni yang buat dosa tapi buat-buat tutup sebelah mata. Sahabat di Pantai Timur, di Perlis, Perak, tengah mengharapkan bantuan dari kita tapi kita di sini sibuk mempertikaikan pemerintahan, salahkan si jiran dan teman. Sibuk memerhati. Tanpa solusi.

Entah ke sahabat kita di sana masih ada yang terperangkap. Bayi-bayi kesejukan. Ibu-ibu yang tengah berusaha menjaga anak-anak kecil. Datuk dan nenek yang lumpuh, hanya bergantung kepada bantuan orang lain. Sahabat yang tiada kaki, tidak dapat berdiri sendiri. Kita di sini?

Mulut mudah lancang berbicara.
‘menghunus’ lidah untuk menang di atas gelanggang kata-kata.
Kaki dan tangan hanya berdiam sahaja.
Badan kaku hanya menurut kata.

Allah turunkan ujian melalui musibah supaya kita berfikir. Supaya kita belanja selfie banyak-banyak kepada diri sendiri. Selfie without filter. Selfie. Supaya kita tahu, apa salah kita dah buat. Apa dosa kita dah sumbang.

Sedarkah kita sebenarnya? Negara kita sedang diuji. Diuji bertubi-tubi. Dari awal tahun hingga hampir penghujung tahun ini? Kenapa? Tak terfikirkah kita, kenapa? Kenapa Allah uji melalui musibah? Ya. Kenapa?

Hikmahnya tiada siapa yang tahu. Bilakah hikmah itu akan datang. Bilakah hikmah itu akan dapat dilihat. Bila dan bagaimana hikmah itu akan diberikan kepada penduduk Malaysia. Kita tak tahu.

Kita patut di tahap sama atau kita berubah? Fikir. Kuasa yang Maha Besar yang mengizinkan semua ini jadi. Supaya kita berfikir. Kita ini hamba, engkau hamba, mak ayah kita juga hamba, suami isteri kita hamba, semuanya hamba. Hamba yang diberi kasih sayang jika taat perintah Tuhannya. Hamba yang dilimpahi kurniaan buat yang bersyukur.

Allah nak kita berfikir.

Jangan lagi dipermainkan kalimah Allah.

Jangan lagi lelaki berpakaian wanita.

Jangan lagi ada pluralisme dan liberalisme, tolaklah sedaya mungkin.

Jangan lagi ada pesta arak.

Cukuplah konsert ambang Tahun baru setiap tahun. Hentikanlah.

Hentikanlah pertelingkahan sesama pemimpin dan rakyat akibat politik.

Dunia ini sudah penat. Iman kita juga sudah tenat. Buat sahabat yang sedang berada dalam ujian Allah, kalian cukup sabar dan sangat hebat kerana mampu bertahan diuji sehingga ke tahap ini. Kami dari jauh hanya mampu menyumbang doa dan sedikit sumbangan. Rezeki Allah untuk dikongsi, bukan untuk disimpan sendiri. Tabahlah. Allah merencanakan sesuatu untuk kalian dan juga rakyat Malaysia. Rencana yang kita sendiri belum tahu.’
Cukup lama Pak Mail bermonolog sendiri.

“astaghfirullahalazim”. Pak Mail beristighfar, dan bangun dari tempat duduk untuk memantau anaknya yang sedang memasak di dapur. 

Lega rasanya hati dikurniakan permata solehah ini. Taat ibu ayah, sibuk bekerja untuk ibu dan ayah, rajin belajar, tolong adik-adik. Permata solehah yang cukup disimpan rapi. Bukan untuk ditayang dan juga untuk menayang.

Wallahu’alam. 

1 comment:

Cik Anggur said...

follow balik http://cikanggur10.blogspot.com/ terima kasih