salam 25 Januari
cepatnya masa berlalu, seperti angin yang berlalu pergi. cukup pantas. (mood buat ayat puitis). 17 Januari lepas, Allah kurniakan nikmat yang cukup hebat..dapat pergi ke Langkawi! Bukan untuk bercuti, tapi untuk praktikal Ruminan dan Poultry (kat perlis nanti). Tau dak poultry tu apa?
ayam, itik, burung unta, ha macam tu lah. woah, nervous. Kali pertama yang menguruskan semuanya. Uruskan urusan tempat tinggal, hubungi tempat praktikal, kereta sewa & sebagainya. Ok semua dah selesai.
Hari pertama sampai, dah tengahari. belum mula bekerja lagi. Lepak dan cari tempat praktikal dulu. so that esok tu tak kalut in case terbangun lewat. Petang, jemput lagi 2 orang kawan. yey penuh kuota 6 orang!
Ashnita, Hawa, Aziemah, Shud and Sifa. GROUPMATE for this time.
Groupmate, kita sendiri yang pilih. jadi, suka tak suka tu belakang kira. apa jadi pun, as a lesson for us. tiap manusia memang tak sempurna dalam akhlak, apatah lagi ibadah. Kan? jadi kita kena banyak bersabar dengan sikap orang, sebagaimana orang bersabar dengan sikap kita.
kadang juga,
kita akan jumpa orang yang bercakap besar. Macam dia tahu semua pengalaman, tahu semua ilmu sedangkan orang lain yang banyak pengalaman lebih dari dia pun banyak berdiam diri. berkongsi bila kena pada tempatnya. so bersabarlah dengan orang yang suka bercakap besar, Mana tahu suatu hari dia akan jadi zuhud kan. * selingan *
Kalau nak membenci, bencikan lah sikap. Bukan individu.
Ok, melalut merata dah. Kembali part practical. kohkohkoh
Praktikal kali ni lebih kepada kerbau. sebab nama pun ladang kerbau kan. Buffalo Park, Langkawi. Buffalo Park ni ada dalam 60 ekor lebih. Pengalaman kali ni memang luar biasa berbanding sebelum ni dari segi pengurusan.
kali ni memang terasa juga penatnya jadi seorang pekerja ladang. Pegawai-pegawai memang patut merasa macam mana peritnya menjadi seorang pekerja biasa. Hoho. InsyaAllah, demi menjadi pemimpin berdedikasi nanti kan
Koh Koh Koh
Pengalaman bawa trektar adalah pengalaman paling manis sekali rasanya. Bukan senang woo bawa trektar sebab trektar tayar besaq (tak dak kaitan). Encik Saad dan Encik Ali kerap tanya nak cuba bawa tak. Rupanya trektar lebih senang dari bawa kereta manual. walaupun trektar ada banyak gear.
pusing kepala tengok gear. :p
orang adjustkan boleh la.
Selain tu pengalaman pengurusan macam biasalah.
Milking,
feeding,
washing,
tebas rumput,
potong rumput guna mesin,
makan aiskrim. eh?
aiskrim kerbau memang sodapp. Sedaplah. itu the best word I could give~
susu, rasa kerbau. Biasalah tu. Hihi.
Penginapan pula, di Padang Matsirat. Kereta pula, Effa Car Rental. agak mahal sebenarnya harga, tapi memuaskan. Alhamdulillah.
Hawa dan Ash memang sempoi la life. Jenis relaks dan positif.
Tak ada cerita banyak pun sebenarnya ni, cuma nak kongsi sikit-sikit pengalaman praktikal. Setiap pengalaman tu tak dapat diceritakan dengan kata-kata. Hanya gambar dan juga perasaan ja. Ceewaah.
ps, kalau kita sewa kereta sama-sama, jangan simpan kunci dekat kita sorang tau. Buat macam harta kita. kalau 3 orang reti drive, why not semua bawa kereta tu bila perlu? fikir fikirkan.
(tak bermaksud untuk tuju pada sesiapapun, nak ajak fikir je.. lol)
No comments:
Post a Comment