Bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamualaikum ,
Salam Selasa. Uhuks.
Sihat ko? Mudah-mudahan sihat la ye. InsyaAllah. Pantas sungguh masa berlalu sekarang ni, kalau membazir masa tu memang rugi. Rugi sangat. Alhamdulillah, 2 weeks out of 6 weeks sem break (sem ni ja dapat cuti enam minggu sebab extend Raya Cina) dah dihabiskan dengan internship. Woah, holiday sakan masa berpraktikal di Langkawi baru-baru ni. Di Perlis, hmm senyap. Tak holiday ke mana pun, tapi sempat enjoy makanan di sana.
Syukur Ya Allah. Bukan senang nak dapat nikmat macam tu kan. Walaupun sebelum berpraktikal, semasa berpraktikal..hatta selepas berpraktikal pun ada masalah tapi semuanya dah selesai. Alhamdulillah. Hari ni terdetik nak kongsi sikit pengalaman dalam beristikharah. Tapi istikharah ni tak dak kena mengena dengan jodoh. So, jangan gelabah ya. Relaks, cool cool
Sebelum mula praktikal untuk Year 2, ada juga sikit kerunsingan dalam hati. Tergugat juga la iman sekejap. Goyah. Bimbang akan kos penginapan, makan minum dan pengangkutan di sana (Langkawi dan Perlis). Memandangkan saya bukanlah pelajar Tajaan JPA mahupun Mara atau apa tajaan sekalipun, sekadar pinjaman sahaja, jadi.. saya terpaksa menanggung diri sendiri dan juga bantuan dari keluarga. MasyaAllah, the best family ever. Bukan saja support dari segi kewangan, malah motivasi dan juga dalam discussion.
Baik kan Allah,
Hebat kan Allah.
Dapat nikmat keluarga yang cukup hebat untuk saya yang kerdil dan banyak kelemahan ni. Ok, straight to the point, risau tentang kewangan tu akhirnya dapat diatasi. Mulanya risau, tapi lepastu pujuk diri sendiri. Semua yang bakal terjadi atau dah terjadi semua dengan ketentuan Allah serta dalam perancangan Allah. Kenapa nak risau? Dah usaha dengan buat bisnes, earning some money for myself (sobsob), sedaya upaya berusaha kenapa masih nak risau?
InsyaAllah..
Allah tak kan biarkan kita macam tu saja. Dia akan bantu. Dia akan permudahkan. Allah akan cukupkan kewangan di sana nanti.
hari pertama nak berangkat ke Langkawi tu, rasa lapang ja hati bila kita letak sepenuhnya keyakinan pada Allah. Rasa gembira ja hati ni.
Allah akan cukupkan.. - Aku
Berbekalkan duit yang tak seberapa ke sana, tak sangka pula. Bila dah sampai sana jumlah kiraan duit itu mencukupi. Ada saja duit masuk dalam bank (cewah..). Ada saja orang nak treat, nak sponsor. MasyaAllah, nak menangis :)
Jadi, urusan di Perlis dan Langkawi ni kewangan mencukupi. Jiwa pun tenang sebab dapat kenal sikap sebenar kawan-kawan, dapat belajar berdikari. Supaya tak bergantung sangat pada Mak. dan Allah hadiahkan seorang sahabat baik. Namanya ASHNITA!
Walaupun dia non-muslim yet, tapi dia sangat open-minded dan memahami Islam. Bila azan je, dia suruh kita solat cepat-cepat. Jangan lengahkan solat. Bila rambut ni terkeluar sikit dari tudung, dia suruh betulkan tudung.
Bila masjid dekat je, dia suruh pergi solat di Masjid. dia pun tahu ganjaran solat berjemaah itu lebih besar daripada solat bersendirian. Awop-awop pun tahu kan? Gelak sambil tutup mulut. Hehe
Ni pun nikmat terbesar Allah bagi. Sahabat yang mengingatkan. Semua ni Allah yang bagi tapi kirimanNya melalui manusia. Besar sangat nikmat Allah bagi ni. Dulu Allah bagi nikmat, tapi selalu tak sedar tu Allah bagi nikmat. Sampai satu masa tu Allah ambil balik nikmat, diri ni seakan tersentap. Rasa macam tak ada orang sayang. Rasa Allah abaikan. Saat tu la baru sedar sebenarnya banyak sangat sangat nikmat yang dah dicurahkan pada diri ni. :'(
Cuma tak pandai nak menghargai.
Sekarang ja baru nak merangkak belajar menghargai.
Apapun kan, Bila kita tinggalkan sesuatu yang haram..Allah akan hadirkan nikmat yang tak disangka sangka kepada kita. Kita tak akan sangka pun apa yang Allah akan bagi selepas ni. Sebab tu pentingnya keikhlasan dalam beribadah. Ikhlas sebab sayangkan Allah, Ikhlas sebab cintakan Allah dan RasulNya..InsyaAllah ganjaran tu akan menanti. Bukan beribadah Ikhlas kerana ganjaran.
Selepas berpraktikal pun Allah uji lagi. Uji dengan kesedihan.. (Tak dapat nak kongsi di sini). Tapi hati ni cepat-cepat pujuk supaya sabar dan redha. Allah bukannya kejam. Allah tu Maha Penyayang, Maha Pengasih. Bersabarlah. Sekejap saja ujian Allah ni. Bertahan! Go go. Ahaks
So, jangan menangis atau bersedih hati bila kita nak sesuatu tapi benda tu atau seseorang tu bukan milik kita. Mungkin milik kita tu sesuatu yang lebih baik, jauh lebih baik.
Ha lagi satu, dulu risau sangat kan pasal jodoh. Fikir sampai sakit kepala (hiperbola) .. Siapa la si dia, Kerja apa nanti, Baik ke, atau jahat ke. zaman bebudak la fikir benda macam ni.
Bila dah umur 21 tahun macam ni, jarang fikir kecuali terlintas di benak fikiran ja. Kalau terlintas, fikir la sekejap lepastu sambung buat urusan sendiri. Masa kita ni bukan untuk berangan saja. Banyak lagi benda nak fikir. cukuplah 15-17 tahun masa sia sia dengan benda tak berfaedah. Koh Koh Koh
InsyaAllah, akan datang juga nanti bila masa yang tepat, insan yang tepat, dan juga keadaan yang sesuai. Betul ni. Masa tu apa akan jadi? Allah saja yang tahu.
Kalau tak ada jodoh di dunia pun, tiba tiba ja malaikat maut mengintai kita. Allah nak jemput kita dah. Tak sempat kawin lagi..! insyaAllah jodoh di syurga sana. Mana satu jodoh kita pun tak tahu kan. Samada jodoh dengan maut, atau dengan Mr.Right. seram pula 1 pagi tulis pasal ni.
Harapnya perkongsian pengalaman yang sedikit ni dapat bagi panduan pada sahabat yang sedang meniti perjalanan sabar dan redha. saya pun belum lagi sempurna, nak bagi nasihat pum. cuma level 1 ialah sabar, bila sabar tu dah terlatih maka mudahla nak raih sikap redha. sama sama la kita berusaha. InsyaAllah!
Lapangkan hati, Lapangkan Minda
Luaskan Pengetahuan, Luaskan Pengalaman
ceh. berpuitis pulak kita ni. Mudahan panjang umur doakan saya update lagi entri.. Dan ada idea nak kongsi lepasni. Tak pakai idea cabok macam ni lagi dah.
sesi luahan perasaan,
1.30 pagi.
gadis mudo.
No comments:
Post a Comment