assalamualaikum,
di petang yang hening ni terasa pula nak update entry lagi.
Tips berdikari (untuk gegirls saja noh).
Berdikari adalah singkatan daripada maksud Berdiri Di Kaki Sendiri. Betul ke macam tu? Berdikari ni sesuatu yang sangat subjektif. Mungkin, sesetengah orang kalau menyara hidup sendiri tu dikira sbg berdikari. Mungkin juga sebahagian lain menyatakan hidup bersendirian tu dikira sbg berdikari. Macam macam pendapat, macam macam maksud.
Lol. Macam kelakar ja bila entri ni jadi serius.
Alhamdulillah, diri ni berkesempatan juga nak belajar berdikari. Contohnya dapat beli phone dengan duit sendiri, ambil lesen pun dengan duit sendiri dan dibantu sikit oleh keluarga, pergi praktikal pun guna duit sendiri, belanja makan pun guna duit sendiri, jarang meminta kecuali terpaksa, Hohoho.
Bilamana kehidupan kita tak sama dengan orang lain, jangan mengeluh tapi bersyukur sebab Allah ada ja dengan kita. Allah dengar rintihan kita dan Allah akan senantiasa membantu hamba hamba yang taat padaNya. Disebabkan kehidupan yang sederhana ni lah yang banyak mengajar pengalaman hidup. Tak ke bersyukur? dalam keadaan orang lain mewah diulit duit mak ayah, kita sudah mampu belajar bersusah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
1. Berniaga
Sunnah Rasulullah SAW kan dengan berniaga, jadi tak salah kalau kita berniaga.
"coi, aku muda lagi kot nak berniaga." - si Z.
Siapa cakap dah tua baru boleh berniaga? Nak mula berniaga kena mula dari muda. Kerah tenaga mudamu wahai orang mudo mudi. Kerah pemikiran geniusmu wahai si pemudo, heheh. Bila lagi nak mengerah? Dah tua dah tak ada kudrat. Harap anak cucu pula la ya? Buatnya dapat anak cucu yang pemalas macam kita masa mudo mudo kang rugi je masa terbazir.
Jadi tak salah mula berniaga dari awal. Banyak ja kaedah atau jalan nak bagi income masuk. Orang bersyukur kan? Haa, kalau bersyukur, sehari masuk RM10 pun dah OK. Bukan senang tu. Siapa nak bagi? Kita usaha, Allah bagi. insyaAllah.
dont worry too much.
2. Berjimat cermat
Bab berjimat ni kan, I pun lemah. Lemah longlai nak bicara pasal berjimat, tapi InsyaAllah azam 2015 ni kita berjimat yuk. Nak berjimat dari segi apa?
Berjimatlah dari semua segi. Kalau biasanya sehari makan sampai RM25, so kurangkan dari RM25 ke RM15 ke. RM10 lagi tu simpan. Selalunya nak berjimat ni kan kena ada target. Contohnya target nak kahwin lagi 4 tahun, mungkin RM10000 diperlukan (bebas hutang). Sehari boleh la simpan RM10 tu.
Selalunya student macam Iols ni, susah sikit nak menyimpan. Tambah-tambah buat pelajar pinjaman. T A P I, Prof Muhaya pesan
Jangan mengalah sebelum mencuba dengan menggunakan perkataan negatif.
Cuba juga. Sekurangnya RM1 kalau tak boleh RM10
Sem 3 pernah juga cuba-cuba menyimpan, Bagus juga. Hujung sem sempit kewangan boleh juga guna hasil simpanan tu. Buat gadis gemuks macam saya seeloknya boleh la jaga pemakanan tu. Makan sehari sekali makanan berat pun dah OK. Save banyak tu.
Nak makan sedap-sedap tunggu balik rumah cuti sem
Kohkohkoh ("gelak abang bikai'')
3. Belajar dari sekeliling
Nak jadi seorang yang berpengalaman dan berilmu ni kena banyak travel. Kena banyak mencuba. Kalau tak rasa nak mencuba dan rasa nak duduk bawah tempurung ja, memang tak akan dapat pengalaman dan ilmu tu.
Sebelum ni ada tengok sebuah short film dari Hamasah As Syabab Production kalau tak silap saya, dia ada pesan dalam filem tu kalau kita nak tahu macam mana keadaan masyarakat tu kita kena duduk dan kenal dengan masyarakat tu sendiri. Kita kena 'turun padang', ha macam tu.
Jadi kalau kita nak belajar berdikari, apa yang kita kena buat ialah kena percaya pada diri sendiri dan bagi peluang kepada diri untuk belajar dari surrounding. sekeliling kita ni ada manusia, ada haiwan, tumbuh tumbuhan. Alam ni semua makhluk Allah dan juga milikNya. Kenapa nak takut?
Moga Allah jaga dan pelihara kita yaa. Ameeen.
Nak pergi ke MidValley ke, nak cari raket squasy (saya le tu) tak perlu nak susah payah paksa kawan kawan teman kalau mereka sibuk. Explore je sendiri. Dengar agak bahaya kan. Tapi kalau dah terpaksa, terdesak, siapa lagi dapat tolong?
Diri sendiri kan. MasyaAllah. Moga Allah jadikan kalian dan diri saya sendiri seorang yang berani. Hoho.
4. Sering berkomunikasi
Bina banyak connection.
connection dengan Allah, connection dengan family, connection dengan kawan. Berkomunikasi dengan Allah itu yang utama. Allah kan ada untuk kita. Jadi kena banyak berkomunikasi, yakin dengan Allah bahawa Dia akan menjaga kita.
itu yang akan buatkan kita lebih berani. InsyaAllah.
connection dengan haiwan? pun boleh. haiwan faham ja. cuma tak boleh nak membalas balik.
5. Bersyukur
Apa kaitan bersyukur dengan berdikari? Kalau dah bersyukur, kita akan rasa cukup dengan apa kita ada. Kita rasa gembira, tenang dan bahagia. Jadi kita akan boleh bergerak sendiri. Tak menyusahkan orang lain.
Hidup ni untuk memberi manfaat pada orang lain, Bukan untuk menyusahkan.
ada pahem? Hohoh.
Okeh. Tips dah kering dalam kepala. Setakat sekarang ni saya boleh la buat sikit-sikit mana patut untuk berdikari. Hanya sebagai persediaan. Masa depan kita semua terletak pada Allah.
Nak berdikari kena kuat semangat!
Tak boleh lemah semangat. Fizikal tu membataskan, tapi lagi terbatas jika tak ada semangat dan kemahuan.
No comments:
Post a Comment