Ni gambar dari main entrance. Luar sana tu parking lot untuk ATV tourists, atau kenderaan lain.
|
Ni kerbau. Kenal? ada dua jenis kerbau sini. kerbau Malaysia dan kerbau India. yang tanduk gitu tu (tak gulung) itulah kerbau sawah. |
 |
Pemandangan pantai sebelum sampai ke Equine Farm. |
Naik Duck Boat (Last day) dekat dengan Gunung Macincang untuk tengok view macam ni. Subhanallah. Cantik sangat sangat. Bersyukur dapat pancaindera yang masih sihat untuk tengok semua ni. Syurga Allah mesti lagi cantik berganda ganda dari ni kan kan.
ni Encik Hamzah. Dekat Equine Farm. Rezqi kami nak dapat melawat Arabian Stud Farm, dekat gunung Macincang, Langkawi. Equine Farm ni kepunyaan Tun Mahathir. Encik Hamzah ni orang Dutch sebenarnya, Pandai cakap Kedah. yang bersama Encik Hamzah ni, Phili. Kid lagi ni. alolo comel kan.
Kerbau ni baru beranak. Depan mata. disebabkan saya tengah mencuci tempat milking, jadi tak sempat tengok proses delivery tu. Di sini mereka biarkan saja delivery secara natural. Kalau ada komplikasi, baru vet akan dipanggil dan datang ke sini. subhanallah. sayangnya ibu kerbau kepada anak :)
walaupun berak merata rata, dan tak ada akal. tapi tetap ada kasih sayang untuk anak baru dilahirkan. Tak dapat bayangkan macam mana seorang manusia gamak nak tinggalkan anak anak. touching I tau. hehe
Pantai Cenang.
Jumpa boyfriend kat sana, nama Patrick. auw. comel kan? Baru jumpa 2 minit, dia dah break up dengan I. sobsob. Ni la tapak sulaiman. Terjumpa masa jalan jalan tepi pantai. Beach Boys ramai. So jangan la jalan sorang sorang ya, bahaya.
atas rumput rumput tu adalah fodder solutions. fodder solutions ni macam rumput moden la, 6 hari dah boleh tumbuh. Guna black beans dan nanti bercambah jadi rumput. taraaa
black beans tu juga bila dia kembang dan isi tu kita panggil barli.
menarik kan? taugeh pun boleh tumbuh. taugeh makan. letak je dalam bekas air suam, then nanti dia akan bercambah. kutip je la dan masak. mudah kan?
Mashaallah. Lepas tu kami melawat goat farm pula. Bersebelahan dengan Buffalo Park saja. ada pemilik tu tinggal di Langkawi, tak ingat pula nama Tan Sri tu. around 400 ekor lebih dia bela. Bukan setakat kambing, ada juga lembu besar dominan di situ.
Kambing dia semua sihat. Ni duk mengangkang ni bukan apa, sebab dia still kid (anak kambing), jadi terpaksa letak kaki macam tu bila nak makan.
dan the most important thing is, breeding di sini sangat cepat. sebab tu beratus ekor boleh ada di dalam ladang ni.
Tiap pagi cari nasi lemak. idea ashnita, si anak dara Fiji. Suka sungguh dia dengan nasi lemak. siap nak resepi lagi sebab nak praktis masa untuk parents kat sana bila dah balik sana jun nanti. amboi amboi hehe
dan part paling best kan, dapat makan aiskrim susu kerbau. sangat sedap aiskrim tu. the best ice cream ever! disebabkan I sendiri tak suka makan aiskrim pun boleh cakap aiskrim tu sedap, so memang sedap. alhamdulillah. first time trial Encik Saad belanja aiskrim tu. second time trial, makcik kafe sendiri yang belanja aiskrim.
malu pulak kita ni. Hoho
Moga murah rezqi makcik pakcik yaa.
Last day, petang tu sempat duduk sekejap tepi pantai dengan Hawa dan Ashnita. Le sempoi girlss. Buat pillow talk tepi pantai. Malam tu pulak keluar lepak sekejap di restoran mamak. Ni wajib! Pergi restoran Nasi Kandar Tomato. Macam comel ja nama kan. Makan nasi goreng mutton. zzzz, memang sedap lah rupanya. Jarang makan mutton ni. Setahun sekali kalau nak makan pun.
dan moment best, stop kereta sekejap tepi pantai tengah (belakang airport tu) dan tengok flight malam nak landing. Cantik dengan cahaya, bertemankan bintang bintang di langit.
Itu jelah kisah praktikal di Langkawi. Banyak benda kami lalui kat sana walaupun dari perkara kecil (pengurusan rumah) sampai lah kepada redah jalan. tak pakai maps/ gps/ waze kat Langkawi sebab di sana banyak papan tanda jalan.
orang langkawi pun sempoi. seminggu duk sana, dah hadam jalan di sana.
Inshaallah tahun depan kita pi lagi.
|
No comments:
Post a Comment