assalamualaikum
Disember 2014
Allah uji.
Demam denggi. OH MISTERI. Tak pernah dalam sejarah hidup keluarga kena demam denggi dan anak Puan Harnah ni pun disahkan menghidap demam denggi pada disember lepas. Mashaallah Mashaallah, tengah final exam ni boleh demam.
24.12.2014
Masa ni malam dah sejuk sejuk panas. Boleh study dan minum Kopi Susu Dutch Lady lagi. Sedap wo. Tidur pun aman ja masa ni. Cuma bosan sikit sebab roomate tak ada, balik Johor. Tinggal I berseorangan di bilik bersama housemates yang sekejap ada sekejap tak ada.
25.12.2014
Disebabkan semalam tu dah ambil kopi susu Dutch Lady, kita hold dulu. Jangan minum dah. Kita minum air jus mangga segar dari ladang ye. Tengahari tu sempat lagi bersama dengan kawan kawan, makan berjemaah. Masa ni dah tak lalu nak makan. Pening sikit sikit dah.
Disebabkan rasa pening tu, I decided to take a nap before Zuhr Prayer. 10 minit kemudian, rasa letih sangat. Nak tidur tapi tetap tak bermaya nak tidur. Cuba gagahkan diri nak bangun tapi tak boleh bangun jugaa. hmm
Nak tidur tak boleh, nak bangun tak boleh. Sudah!
Gagahkan bangun juga. Isi air dalam tong air, panaskan air, ambil wuduk dan solat dulu. Masa sujud tu hanya Allah saja tahu betapa beratnya kepala ni. You guys pun mesti dah biasa kan kalau demam mesti berat kepala dan bila sujood tu, rasa berat kan?
ha macam tu lah. imagine.
Nak menangis dah. Badan dah mula panas.
Masa ni study week sebenarnya. Risau kalau kalau Allah takdirkan demam masa exam, macam mana ya. Tak pernah lagi diuji macam ni. Sabar sabar. Mungkin silap makan kut. Cuba untuk tidur sekali lagi.
tak boleh.
Petang tu, nak pergi Pusat Kesihatan Universiti (PKU), tapi rasanya PKU tutup sebab dah separuh hari kan. Hari Krismas selalunya bekerja separuh hari sahaja. So ada seorang hamba Allah yang sungguh baik hati, tolong bawakan ke Klinik di Sri Serdang.
Mashaallah, Klinik perempuan. Doktor yang baik hati. She's graduated from UIA. She's very good in communication. Siap bahasakan diri kakak lagi, aduhai cair je hati ni. Dah rasa macam sembuh. Kawan pun cakap muka I nampak sangat pucat. Hmm
High Blood Pressure, dan demam.
jantung masa tu bertambah laju. Kencang. Macam ada ribut je dalam hati masa tu. Nak menangis pun ada, tapi cepat cepat pujuk hati..Ni Allah uji ja. Muda lagi dah ada High BP. Betul ke ni.
Balik tu, makan ubat. Masa nak buka packing ubat tu..
siap ada nasihat lagi
" sakit itu penghapus dosa " . Sejuk hati bila baca macam tu. Teruskan ja rehatkan diri. Malam tu tidur pun banyak kali terjaga sebab rasa panas sangat badan. Positifkan minda, bangun awal pagi jam 5 pagi tu dan mandi air sejuk. Orang cakap bagus mandi air sejuk.
esok tu minum air asam jawa sebab nak turunkan suhu. Buat tak layan je diri tu sakit. Kalau melayan tu bertambah manja dan sakit la kan?
Ubat dah makan,
air asam jawa dah minum,
makan pun makan,
air minum air suam banyak banyak.
mandi air sejuk
Pagi tu, waktu dhuha..kepala semakin berat dan badan semakin panas. Terus pergi juga PKU nak cek BP dan suhu. Bila cek BP, alhamdulillah kembali normal. Mungkin naik BP tu sebab Kopi Susu malam sebelum tu. Suhu pula semakin naik. Oh patutlah pening sakan.
Doktor bagi ubat + nasihat. Doktor perempuan.
Dia pesan suruh datang lagi kalau tak Ok. Petang tu, ikut apa Doktor cakap dan exercise juga sebab nak berpeluh. Tak tidur dalam selimut pun. Nanti haba susah nak keluar dari badan sebab terperangkap.
Allah uji lagi. Diuji dengan diarrhoea pula dan sakit kepala yang amat kuat. Rasa nak merangkak ja pergi tandas. Sempat juga masa ni basuh baju dan beli makanan. Beli makan sekadar beli saja. Tak ada selera nak makan pun.
Keadaan semakin lama semakin worse. Risau pulak. Atas desakan family, terus pergi ke PKU lagi. Suhu pun naik lagi dan bertambah tambah cirit birit tu. Doktor cakap possibility nak kena denggi sebab kolej tu "kolej denggi" , banyak rekod denggi.
Hati dah mula resah.
Esok tu berulang lagi ke PKU, nak ambil blood test dan sebagainya. Tiap hari kena pergi. Hari pertama exam pun kena pergi lagi. Loya dan mual masa jawab paper pertama final sem 3. sejuk aircond lagi. Minum air kosong pun nak muntah.
MC tu dapat, tapi degil. Nak juga jawab exam.
Hari seperti tu berlansung. cuma hari ketiga kurang sikit rasa mual sebab makan habbatus sauda. Thanks Nawa sebab sedekahkan habbatus sauda. Banyak sangat kawan membantu masa demam tu. Ada senior yang sanggup datang bawakan makanan. Alhamdulillah. Platelet semakin lama semakin menurun,
Akhirnya, gap sebelum paper minggu depan ada 5 hari. Kak Long dari Melaka terus datang 'selamatkan' adik bongsunya ni ke Melaka. Sampai di Melaka dah mula nampak tanda tanda OBVIOUS di badan.
Bintik merah macam bleeding dalam. Lepastu kulit dehydrated melampau. Merah je satu badan. Terutamanya anggota badan. Makan kena paksa juga. Kakak paksa makan bayam sebelum pergi ke Melaka untuk ujian darah lagi.
Tangan macam dah rosak, lebam sana sini sebab cucuk. kekeke
akhirnya..
setelah seminggu. +ve denggi. Part paling kelakar, disahkan denggi pada hari platelet naik (setelah makan sup ketam). I tak suka ketam tapi kena paksa makan ketam dengan Kak Long. Platelet naik mendadak dah ke 100++ ..
dan balik ke kolej dengan perasaan gembira sebab dapat solat dengan mudah. sebelum ni solat seperti orang uzur, nak ambil wuduk pun rasa macam letak ketulan ais di tangan. Sampai sakit air sentuh kulit.
Haa..
Kalau denggi biasa macam I kena ni Inshaallah boleh sembuh. Itu pun dah sakit. Mujur tak kena tahan wad sebab makan sup ketam cepat cepat. Kalau denggi berdarah lagi bahaya :(
kalau sakit, cepat cepat check up di klinik/ hospital OK. jangan lengah lengahkan, dan paling penting...Makanlah makanan yang sihat (buah buahan, sayur sayuran).
Haa..
Kalau denggi biasa macam I kena ni Inshaallah boleh sembuh. Itu pun dah sakit. Mujur tak kena tahan wad sebab makan sup ketam cepat cepat. Kalau denggi berdarah lagi bahaya :(
kalau sakit, cepat cepat check up di klinik/ hospital OK. jangan lengah lengahkan, dan paling penting...Makanlah makanan yang sihat (buah buahan, sayur sayuran).
No comments:
Post a Comment