Wednesday, February 18, 2015

hadiah dari Allah

Assalamualaikum , 

Lately kan jiwa ni mudah sangat terusik. Sem break tahun 2 sangat penuh dengan cabaran. Mashaallah. Satu demi satu Allah uji. Dari masalah perhubungan sesama manusia, sehinggalah ujian saudara meninggal. Innalillahiwainna ilaihi roji'un. 

Moga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. 

Pernah tak, Allah uji? Setiap orang akan berikan jawapan yang sama. YA. Siapa lah yang tak pernah diuji. Tahap ujian itu sahaja yang membezakan kita, dan tahap penerimaan ujian itu sahaja membezakan keimanan seseorang. 

Entri sebelum ni berkisar tentang sabar dan redha. Hari ni pula nak share sikit pasal "hadiah dari Allah". 

Diikutkan tiap masa dan detik Allah kurniakan hadiah. Tiap masa juga Dia berikan sesuatu. Nikmat tak putus putus dari Yang Maha Esa. Apa tu hadiah dari Allah? Hadiah ni kan, selalunya bawa maksud sesuatu yang lebih special dari kebiasaan. So itulah hadiah. 

Siapa ye yang dapat hadiah tu? 
Kita ke. 

Selalunya orang yang redha dari saat pertama dia menerima musibah tu, dia lah orang yang akan berjaya dapat hadiah tersebut. Allah bagi pada orang yang menerima ujian Allah tu dengan sabar je. Apa maksud tu. Kalau kita dapat musibah, ahli keluarga terdekat meninggal dunia kan.. Lepastu kita redha. 

"tak pa lah, Allah lagi sayang dia. Sekejap ja Allah pinjamkan.." 

"tugas dia sebagai khalifah dah selesai..kita yang hidup kena teruskan hidup juga ni.." 

Maka, Allah akan gantikan kesedihan akibat musibah tu dengan sesuatu yang lebih baik. Walaupun hidup kita sentiasa ditimpa kesusahan dan musibah. 

Bila ditimpa musibah, cepat cepat pujuk hati. Hati ni jika tak dipujuk akan bertambah parah dan sakit. Kang lebam pulak, hehe 

Setiap kesedihan itu akan digantikan sesuatu yang lebih baik. Inshaallah. Allah uji kita sebab Dia nak tambahkan lagi keimanan dalam hati setiap orang yang diuji tu. Manusia yang ada kepercayaan dalam hati tu terhadap Allah SWT tak akan rugi. Dunia mahupun akhirat. 

Bila sedih je, pujuklah dia (hati); 

"sayang, sabar lah. Allah nak gantikan sesuatu tu.. Sebab tu kena lalui dulu jalan ujian macam ni.. Sabar ye sayang" 

Kenapa saya guna sayang? Sebab sayang tu sesuatu yang lembut & mudah diterima. So pujukla hati sendiri macam tu. Atau lebih lembut lagi ye. Kena yakin betul betul..! Yakin bahawa Allah akan berikan kelapangan selepas tiap kesulitan, dan Dia akan berikan kegembiraan selepas kesedihan. 

Sedikit perkongsian, saya juga pernah terima kritikan tentang penampilan saya. Seumur hidup saya tak pernah ada orang kritik saya macam tu. Dan apa yang saya faham adalah saya tak cantik. Itu paling mudah saya nak faham. 

Betapa terkejutnya saya, sehinggakan makan pun tak berselera, dah mula rasa sakit sakit. Tapi lama kelamaan saya cuba pujuk juga hati ni. Minta Allah dengar rintihan saya. 

Benda tu bukan masalah. 

Allah uji sikit je tu. Rasulullah dulu kan, lagi terima macam macam fitnah dan sebagainya. Saya bukannya difitnah, sekadar kritikan kecil. Mungkin itu akan menjadi titik tolak kepada saya untuk mengubah diri saya jadi lebih baik. Jangan pandang siapa yang menegur.. Pandanglah kebaikan daripada teguran itu. Isi atau intipati nasihat/ teguran itu satu benda yang berharga. Jika nak dikisahkan siapa yang memberi teguran itu, kita tergolong dalam manusia yang sangat rugi. Negatif ni satu penyakit dalam jiwa. Bahaya tau y'alls

Jadi jangan biarkan sikit pun perasaan negatif menyelinap masuk dalam jiwa tu. Bersangka baiklah. Allah yang izinkan sesuatu tu jadi. Mungkin ada sedikit tersinggung, tapi maafkanlah. Maaf itu pengubat kepada luka. 

Mashaallah! Dan saya pujuk hati bahawa pasti ada sesuatu yang lebih baik selepas ni. Inshaallah. Allah itu adil. 

Saya tetap yakin. Inshaallah. 

Tu salah satu perkongsian saya. Kita nak menepis daripada musibah itu datang, sudah tentulah agak mustahil. Sekadar mencegah itu sudah memadai. Sebab itulah perlu belajar untuk merawat. Cara untuk merawat hati yang pedih dan luka atas musibah, hanyalah Allah. 

Fizikal itu kurniaan Allah. 
Jaga sebaiknya. 

Emosi itu juga kurniaan Allah. 
Jaga sebaiknya. 

Rohani itu kurniaan Allah. 
Jaga sebaiknya. 

Nak jaga kesemua itu, kena jaga hubungan dengan Allah SWT. Ingat, Allah itu Maha Adil. Dia tak akan berikan musibah jika tiada penyembuh. Dia juga tidak akan berikan masalah jika tiada kunci penyelesaian. 

Haa sudah sudah la tu bersedih hati. Hati berhak untuk merasai bahagia dan sayang. Hati berhak untuk hidup sihat. Kenapa nak sakitkan hati lagi? Cari lah ubat dan penyembuh. Jauhkan lagi perkara yang menyakiti hati tu. Jauhkan. Minta bantuan Allah untuk jauhkan perkara yang buruk untuk kita. 

Inshaallah. 
Tunggu sahaja hadiah dari Allah, jika kita antara orang yang bersabar. 

No comments: