Assalamualaikum
Selamat Pagi.
Salam terakhir.. Buat semua.
Esok malam sy dah mula berangkat ke tempat pengajian untuk jihad fisabilillah! Menuntut ilmu kerana Allah! Hehe semangat tak? Sebenarnya nak balik sana ni sy tengah usung hati yang sayu & layu.
Bila berjauhan dengan le familiaa ni la akan rasa sayu. Sedih sobsob. Dan sebagainya. Sebab itulah kena perbetulkan niat, nak pergi sana tu sebab nak belajar.
Cuma sebelum nak berangkat ke sana (macam jauh je ye), nak ucap terimakasih la pada sahabat yang support selama ni, yang rajin membantu saat susah dan senang. Especially for those yang layan karenah sy. Haa dan tak lupa yang sipport penulisan saya dengan tolong hantar karya sana sini. Ahaks. Doakan sy jadi penulis buat ummah.
Dan minta maaf juga! Minta maaf atas segala salah dan silap dalam penulisan ni. Kadang menyinggung perasaan tu..walaupun sy tak berniat. Atau tersentap sorang sorang. Semua yang saya tulis ni kan, ibarat teguran buat diri sendiri. Bezanya, saya "bermonolog" dengan penulisan. Banyak kan, yang sy "muntahkan" dalam site ni. Hehe
Pejam celik. Hampir 7 tahun dalam menulis ni. Walaupun banyak merepek la, salah faham la. Tapi sy tetap sukaa ber-blogging. Mashaallah. Puas hati ni.
Minta juga sesiapapun menghalalkan makan minum sy yang awak awak pernah bagi. Hmm. Macam sedih je ayat kan. Inshaallah. Kalau umur panjang, ada lagi la entri baru.. :)
Kalau umur dah tak panjang, ini la entri terakhir. Bila masa nak berhenti "berkhidmat" di dunia ni dan nak kembali pd Allah pun taktahu. Kan? Moga Allah mudahkan perjalanan masa malaikat menjemput nanti.. Inshaallah
Doakan juga perjalanan sy selamat, dunia & akhirat. Tiba tiba Isnin dah mula kuliah dah & dah mula pack masa macam sardin! Hehe. Sardin pun sardin lah.
Salam terakhir..!
Life is too short to be sad.
No comments:
Post a Comment