Monday, December 22, 2008

Kucing kesayangan

assalamualaikum.






aha.. nampak tak picture tu? tu la kucin athirah yang kacak (i said). namanya Boboi tapi panggil Boi saja la. umur dah dekat 4 tahun rasanya. athirah pun x ambik tau hal umur-umur kucing. gambar ni athirah tak pasti siapa yang capture tapi yang pasti dia suka duduk dekat depan microwave di rumah. tu belakang dia microwave la tu! microwave tu dapat free selepas  pembelian vacuum. agak-agak kucing ni jenis apa? parsi? aha..tak tak. boi ni kucing kampung ja tau.. bukan parsi! keturunan biasa. mak athirah ambil dia masa lepas dia habis menyusu ibu ( boleh makan makanan lain dah ). 

warna dia coklat cair sikit.. kucing ni memang nampak cute! tapi hakikatnya teramat la comot.. ( sbb penah mandi skali dua saja ). last mandi pun tahun 2006 tak silap athirah. hahahaha.. manja? tak lah manja sangat pun tapi bila lapar orang yg dia cari tak lain tak bukan mesti athirah juga.. sbb athirah ja yang kena jadi rajin rebus ikan mentah dia tuh ( rajin lps puas paksa ). dia memang tak manja sangat pun. favourite food dia pula ikan rebus SAHAJA. makanan lain kami bagi dia x makan tau! ikan rebus tu pulak mesti ikan fresh & tak busuk

kalau busuk, dia cium ja mesti terus blah.. sanggup kelaparan dari makan ikan busuk. ikan pilihan dia pulak ikan kembung saja! ish..ish..ish.. kami pernah bagi dia ikan merah, tapi dia x makan pun. sbb dia tengok & bau lain kot? memang tak boleh trick dia langsung! ayam pula lagi la tak makan, kecuali terdesak saja nak makan pun. lepas je makan mesti mintak air nk minum.. air apa?? mesti la air paip je. dia tak duduk dalam sangkar tau sebab dia aktif sgt! suka berjalan2 & berlari2. sehari dia makan berbelas2 ekor tau. sekali bagi 6 ekor ikan! haa.. mmg banyak. sebab sayang sanggup buat apa saja.

disebabkan tak mandi jadi bau badan pun kurang menyenangkan (busuk!) tapi lama kelamaan dia dah jadi matang dia pun tau nk mandi sendiri. family aku suma girl, kalau bagi mandi pun mesti perempuan kan? seronok la boboi perempuan bagi mandi. gurauan saja. 


bila dia lapar dia akan menggoda tuan dia dengan cara menggeliat, duk atas riba tuan. gesek-gesek kepala dia dekat kaki tuan. main2 gigit manja.. ei! mmg tergoda dengan boi ni. bila lelaki mai umah aku, mesti dia ter'cangak'2 ( hairan ). mungkin boi hairan siapa kan.. 

whole family athirah suka kucing. boi mungkin yang terakhir sebab tak larat nak bela dah. boi baik tau. dia buang 'hajat' jauh2. dia asyik tidur & makan. dia pun jadila gemuk. belum obesiti lagi ! boi nih ada seorang pengasuh tau! jangan terkejut.. pengasuh dia nih bukan dekat tempat jagaan haiwan tapi di umah jiran athirah. jiran athirah ni yg jaga dia. athirah panggil cik Sham je ( perempuan laa ). mak athirah akan bagi ikan yg ada dekat rumah athirah & duit sekali suruh beli ikan untuk boboi. boi pun dah besa ngan cik sham.. cuma cik sham bagi dekat dia dalam kuantiti yg amat sedikit. macam 3 ekor je sekali makan. mana nak kenyang! boi tu gendut. mana cukup 3 ekor?

 time kami da balik rumah mesti boi manja gila.. nak mengadu yang cik sham bagi makan sikit ja. haha. 'port' dalam umah athirah kalau dia nak lepak mesti atas microwave atau pun atas tempat serika.ha.. ni lagi 1 picture boi masa duk dekat 'port'. athirah yang capture.  nih pun lepas makan 'besar'. dia akan tidur selama mana dia boleh. bila duk atas ni dia akan bergolek-golek seperti ayam panggang.  athirah yg kena jaga dia takut-takut terjatuh sbb dia pernah terjatuh tau. ish, ish.. aboi2 :)

ha.. setakat tuh story tentang boi yang kacak! ;) 

lain masa lain cerita kita jumpa lagi! 

Laurylrose.