Showing posts with label Tips amal. Show all posts
Showing posts with label Tips amal. Show all posts

Tuesday, June 16, 2015

Tips Sukses Ramadhan

Kahwin awal tu bagus, tapi kenapa solat kau tak pernah awal? 

Alah, biarlah dekat aku bro. Asalkan aku terhindar dari maksiat.

Kau tahu tak, solat awal pun boleh hindarkan diri dari kemungkaran. 

-Sentap bab kahwin

Sudah la tu bab kahwin. Tutup buku. Sekarang ni jadi fenomena semua nak kahwin awal, semua nak bernikah, semua tuju hidup nak berbaitulmuslim. Tak pe. Tutup cerita. Hari ni kita buka cerita baru, Ahlan Wa Sahlan yaa Ramadhan! 

Nak sukses Ramadhan tak? Semua orang tengah bersemangat nak sambut tetamu mulia kita ni, iaitu Ramadhan. Datang hanya sekali sahaja dalam setahun. Tempohnya juga tak lama. Hanya sebulan. Sat sangat..

Tips pertama nak sukses, buat pembacaan. Membaca tu satu amalan mulia, Jambatan ilmu, Pelita hidup, etc.. Baca la artikel ka, jurnal (ada ke jurnal tentang Ramadhan? cuba cari). Baca tentang Ramadhan. Kenapa Ramadhan ni selalu disebut-sebut, pasti ada keistimewaannya tersendiri. Actually membaca tu bukan satu jenis hobi tapi ia merupakan satu jenis amalan wajib dan normal bagi seorang manusia hokay

Jadi silakanlah membaca. menelaah selalu 

Baca banyak-banyak pasal ramadhan. Baca blog ni pun boleh tapi tak la banyak ilmu. kena pelbagaikan. Boleh je follow page Bilal Philips ke, NAK (Nouman Ali Khan) ke, Ustazs (plural) di Malaysia ni pun ramai. Sy yakin, ramai bagi tips pasal Ramadhan ni atau cerita tentang Ramadhan. Rajinkan membaca tau

selain dari buat-buat rajin baca tu, boleh letak target sendiri. Sediakan kertas A4 lepas tu tampal kat dahi. Senang nak nampak sikit. Hehe. Kalau nak ikut la. Kalau tak tampal kat dahi pun boleh tampal dekat dinding kamar tidurmu. Alang-alang nak cuti sem ni (except medic students) tu sila manfaatkan bilik. Jangan biar sarang memenuhi segenap bilik, tapi penuhilah targets anda tu.

Contoh nak buat list, meh nak ajar.

1. Sediakan kertas A4
2. Sediakan Kotak sebanyak sebulan (30 kotak/ 29 kotak)
3. Letak List apa nak buat dalam sehari dan akan berulang setiap hari 
- Tahajjud sebelum bersahur
- Tarawikh berjemaah setiap malam
- Solat Dhuha setiap pagi
- Solat awal waktu
- Menutup aurat
4. Tandakan setiap kotak tu bila dah selesai dalam sehari. 

Jangan letak terlampau banyak pulak. Risau tak tercapai satu pun. Sementara syaitan tu off duty 18 Jun ni sampai malam terakhir Ramadhan, kerja keras sikit boleh tak? Entah entah sebelum ni malas tu bukan sebab hasutan syaitan tapi sebab diri sendiri

benda paling takut pada Bulan Ramadhan ialah kita dapat tahu keburukan yang kita lakukan tu sebenarnya adalah datangnya dari diri sendiri selama ni. 

Makan sederhana ketika berbuka puasa. Kenapa sederhana? Makan banyak apa salah. Tak salah makan banyak tapi nanti akan jadi malas. Lepas tu tidur awal sangat. Kalau tidur dalam kekenyangan memang susah nak bangun pagi. Boleh makan banyak tapi dengan syarat. Selepas melantak (istilah untuk orang makan banyak) tu, terus buat banyak kerja nak bakar kalori balik. Ingat! buat kerja. Bukan bersenam cardio ke HIIT ke. NOPE. dan DO NOT. Nanti tak pasal terkeluar balik, membazir je hehe

Tarawikh la, insyaAllah bakar balik dalam 200-300kcal. 

Balik tu moreh lagi kan. Makan la light light je. Pastikan juga makanan tu elok dihadam sebelum tidur.. nanti kan nak bangun tahajjud (macam dalam list atas tu, hee)

Perbanyakkan baca al quran dan faham maknanya. Ramadhan tahun lepas tu kan baca al Quran khatam 30 juz kan? kan? Faham tak? 

Jadi tahun ni perbanyakkan lagi baca dan faham. ala kan cuti sem, so free sangat masa tu nak baca al Quran. Buku anatomy boleh habiskan laju ja sambil faham, kuliah 4 jam boleh harungi dengan kental, duk dalam surgery hall 7 jam dengan fokus boleh, tak kan al Quran sehari minimum 1 juz tak boleh? Kena banyak cabaq (cabar) diri! Go go go

Rehatkan fizikal, biar rohani bekerja. Selalu sangat kan sibuk buat kerja persatuan, buat kerja kolej sampai tak sempat nak pergi ke taman-taman syurga (majlis ilmu). 

Ramadhan dah nak sampai. Jadi masa ni la nak bersihkan hati dan exercising our spiritual. 

Tahu tujuan berpuasa. Tujuan puasa tu sebab apa? kenapa adanya Ramadhan? 

jawapannya, untuk capai taqwa. Kita berpuasa ni untuk Allah SWT, * senyum *

Jangan tidur lepas subuh. Masuk isu ni sesitif sikit. Kebanyakan tidur selepas subuh sebab bangun awal sangat kan. Nak bagi tidur tu berkualiti, dan tak mahu tidur selepas subuh boleh tidur awal. Lepas tarawikh tu boleh study sikit (buat yang tengan exam) dan tidur awal. Nanti bangun awal sebelum sahur tu study sikit, solat sikitt, makan sikit (semua sikit..hehe)

Jangan lupa fokus. Jangan biar sapa pun mencuri perhatian anda. Jangan.. Fokus puasa tu. fokus kepad ibadah. Tajdid niat tiap hari ya. Tajdid - perbaharui. 

Ha sebelum tu nak ucapkan selamat datang kepada agama Islam yang benar kepada adik Aisyah Humaira Crystal iaitu pelajar ASPER (asasi pertanian UPM 2015/2016) yang baru sahaja melafazkan syahadahnya pada Sabtu yang lepas. SubhanAllah .

Gembira hati mendengarnya. 
Harapnya kita juga kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dalam hidup. Islam ni menyeluruh, Bukan hanya setakat puasa, zakat, solat je. Urusan dalam tandas pun islam bagi petunjuk tau. Rugi tak buat tau. rugi rugi

Banyakkan duduk dalam jemaah dan teruskan tarbiyah diri. Cuti sem ni kita ada di rumah, so kita dah terpaksa 'cuti' dari urusan tarbiyah. Betul ke macam tu? Tak lah. Siapa cakap. Zaman sekarang dah canggih. Ada kereta, boleh je pergi masjid tanpa basah/ panas untuk menuntut ilmu. Bulan Ramadhan kan banyak kuliah-kuliah akan diadakan. Itu pun cara nak mentarbiyah diri juga.

TVAlhijrah kan ada. 

Bukan nak promo TVAlhijrah, sy tak related apa-apa pun, saja nak beritahu. Benda baik tak salah sebarkan. sebar sebanyak-banyaknya yaa. Lepas tu jemaah tu nak cari mana? Kan selalu pergi tarawikh kan. Mesti ada kawan-kawan di sana. Walaupun makcik-makcik tu umur 50-an, siapa cakap tak boleh buat kawan? 

Lagi best.

susun jadual sebaiknya. Bulan Ramadhan ni kan jadual kita pasti akan sedikit sebanyak akan berubah. Contohnya macam mahasiswa sekarang tengah final exam. Tiba-tiba 4 paper lagi kena jawab time puasa. 

dan last sekali, jangan tertinggal yang satu ni. Ikhlas lillahitaala. 

Penat je kalau naik tangga tinggi-tinggi tingkat 12 lepas tu tertinggal kunci dalam  kereta. macam tu juga buat ibadah. mengeluh , tapi buat lepas tu tertinggal ikhlas..ruginye.

apa-apa soalan boleh click link ni, 

Wednesday, March 18, 2015

Baucar Buku 1 Malaysia

Acah-acah macam dah habis final exam je tadi, terus keluar dengan Hawa & Ashnita. Keluar cari barang penting. Penting tu. Ha sampai nak kena bold-kan tulisan tu, supaya tak disalah ertikan. 

AFTER went through such hectic weeks by helping students to represent college in SIDRAT (senandung irama dikir barat 2015); manager until 3 am everyday, become emcees, one of the panels in Da'wah creativity (topic) in Daurah, finally, dah test 1. err 

dan, GOOD NEWS. 

Dapat risikan dari seniors untuk menjadi penulis, 
penulis mana tu? rahsia. InsyaAllah. 

....

Keluar ke Alamanda mall, Putrajaya. Dekat je. Sebelah 'rumah'. 'rumah' kami ialah kolej. Disebabkan K17 ni macam hub kepada pusat membeli-belah sini, maka mudahlah kami untuk berjalan makan angin aircond dalam mall tu. Sebenarnya tadi tujuan kami bertiga nak cari handphone untuk Miss Ashnita ni. Rosak katanya, sejak 4 hari lepas. Kesian kan

Tujuan nak beli handphone tak tercapai. Alamanda ni tak macam The Mines yang merangkap kedai runcit kami tu. Alamanda ni tempat high class you alls. Kami pi sana pun sebab beli buku, itupun pakai Baucar. Alhamdulillah. Tadah tangan dan sujud kepadaMu ya Allah. Malaysia je bagi BB1M ni. Rezqi. 

Fiji tak bagi baucar pun, 
Pinjaman pelajaran pun tak dapat. Huhuhu

Fiji * negara asal Ashnita, merangkap classmate-ku. 

Jadi? apa tips nak membeli pakai BB1M ni? Sediakan IC. Boleh pula saya lupa nak bawa IC, tertinggal dengan kad matrik kat dalam kereta. Gelabah nak pengsan depan cashier tu. 

"Minta IC ye dik"

"alamak! saya lupa IC! Boleh bagi lesen tak?" 

"err. tak boleh cik"

"saya hold dulu la boleh? Nak pergi ambil" - sambil berlagak cool dan ayu. 

"jap. "

soksek soksek cashier tu dengan orang sebelah dia. 

"cik ada lesen? " orang sebelah tu tanya saya pula.

"ada ada." mengangguk begitu laju dengan harapan dia nak terima la lesen ni. 

"Ok, boleh. Bak sini lesen cik"

Fuh. Dengar macam JPJ tahan je kan, sampai nak berlesen lesen kita kat situ. Dari tak peluh sampai mandi peluh dah walaupun dalam kedinginan penghawa dingin. Bila kepala paling ja belakang. 

Panjangnya beratur. 

Lap peluh di dahi. Ramai manusia datang beli buku ke, atau ramai manusia yang beratur disebabkan aku. Mula nak monolog macam-macam kat situ. 

Apa istimewanya beli di MPH Bookstore ni? 

Dapat RM5 baucar lagi untuk beli barang keperluan lain untuk setiap pembelian RM50. Seronoknya, seronoknya. Dapat free membership pula tu. Peluh tadi kering serta merta dengan jayanya. Alhamdulillah, alhamdulillah

Penggunaan untuk 4 buah buku adalah RM150 sahaja! ada baki lagi tu RM100. 

Buku pilihan ;

1. Kenali Nabi Muhammad Kita
2. Sultan Muhammad al Fateh 
3. Imam Syafie
4. STOP worrying 



Kamera murah ja ni. Tapi bersyukur yang amat. Ada juga kamera daripada tak ada. Dan.. tujuan nak beli handphone Ashnita tu tak tercapai juga. Eh? Kalau tak, selepas beli buku nak singgah The Mines dulu sebab The Mines tu dekat ja dengan UPM. 

Ashnita haven't sleep since last night, because of Physiology test.

So, she needs sleep. 

Sekarang ni, a few movies & books are waiting for me. Bila nak boleh baca ni, buku Physiology, Anatomy, semua belum khatam lagi. Excited ni tak tau cheq nak habaq macam mana. 

BB1M : 

Boleh beli buku ilmiah sahaja, alat tulis tak boleh guna BB1M tau. Jadi, bersabar ok. Jangan marah-marah, nanti cepat tua. 

Aha. Sebut pasal tua, nak kongsi sikit. Baru-baru ni ada perbualan dengan sahabat se-program, atau erti kata lain...classmates.

"I'm dress like this not to impress people"

Tiba-tiba dia keluarkan ayat macam tu.

"Kenapa?"

"Ya la, ramai kut yang tegur aku selekeh sejak masuk vet course ni"

"Sapa tegur hang tu?"

"A few friends. " 

Keadaan sunyi sepi sekejap. Aku kembali bersuara (bajet macam tengah tulis cerpen.. fe-feeling sekejap). 

Ya. Memang. Ramai ja akan mengutuk, mengumpat, menyebut-menyebut, saja nak tambah rasa dalam perbualan seharian akan penampilan pelajar Veterinar UPM. Tak semua yang selekeh, dan tak ada yang pakai cun melainkan presentation. Waktu presentation sahaja anda akan nampak wanita-wanita cantik dan kemas + ayu. 

Hari lain, memang tak akan nampak. Tambah-tambah kalau ada kerja di ladang, rota (rotation), surgery, post mortem ke, tak pun tengah test. memang tak berselera nak tengok. Ada juga yang cantik, mungkin dia tu cantik semulajadi. 

Tak salah nak berpakaian cantik, tapi kalau nak pergi ladang pun nak mekap dengan maskara, blusher, lipstick waterproof ke, janganlah letak harapan tinggi mekap tu akan tetap membeku di wajah. 

NO way!

Perempuan vet ni selalunya pergi ladang akan pakai seluar. belum ada yang pakai skirt labuh dan blaus ke ladang. Cantik memang cantik, tapi tak sesuai rasanya. Nanti tak selesa nak buat kerja ladang bila pakai coverall . 

K A L A U nak ada suami ke, kena pilih orang yang memang pilih kita seadanya kerana Allah, bukan kerana rupa kita bila pakai coverall yang sangat huduh itu. Jokes. Comel, Macam teletubies. 

Jadi, tu saja info BB1M yang ada. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat la manfaat. 




Thursday, March 5, 2015

Tips Turun Berat Badan

assalamualaikum wbh 

Apa khabar? 

Sekarang ni musim kemarau tau. Jadi, kemungkinan untuk demam, sakit tekak dan selsema tu sangat tinggi kalau tak cukup air. Saya pun baru sembuh je dari batuk dan selsema. Alhamdulillah. Perbanyakkan lah minum air mineral (3L minimum sehari), makan buah-buahan terutamanya buah-buahan yang ada vitamin C. Buah oren ke, asam ke, kiwi ke. Mana mana saja asalkan ada vitamin yang diperlukan badan. 

So, nak share tips turun berat badan. Macam expert je gayanya kan. Blog ni semua mengisahkan experiences sendiri, jadi kena share la experience sendiri kan? Sekarang tak la slim betul-betul pun, tapi sudah ada improvement dari segi berat badan. 

sebelum ni, berat saya **kg, dan sekarang dah jadi **kg. Saya hanya buat apa yang sesuai dengan diri sendiri, dan selesa serta tak menyiksakan. Tak baik tau zalimi diri, nanti Allah marah , ngee 

tips pertama ; Kurangkan makan

Sebelum ni selalu makan. Makan macam hantu raya (orang Melayu cakap). Makan tu tak kira waktu makan dah. Selagi tak tidur, selagi tu masa dihabiskan dengan menghabiskan makanan yang ada. Maksud saya dengan mengurangkan makan ialah, kurang dari segi kuantiti. Biasa makan 3 cup nasi kan, sekarang kurangkan jadi 2 atau 1 cup. 

Pengalaman saya, saya cuba makan nasi tu sepinggan je bila di rumah. Tak bertambah. Mak masak sedap macam mana pun kena cuba control. Makan la sepinggan sahaja, kurangkan karbohidrat dan lebihkan sayuran + protein. Compared to college, saya lebih kerap ambil protein bila di rumah. Jadi bijak sikit duk rumah ni. Protein bagus untuk pengembangan neuron otak. Nak jadi orang bijak, banyakkan protein OK.

Orang macam saya ni, jenis makan nasi. Tak boleh kalau sehari tak makan nasi. Rasa macam setahun tak makan nasi.. Makan, tapi kuantiti berubah iaitu dikurangkan. 

tips kedua ; banyakkan air kosong

Sebelum ni, saya selalu sangat minum air manis. especially teh ais! entah apa yang ketagih sangat dengan teh ais ni. Jadi saya tekadkan hati, bila dahaga je cari air kosong. Minum banyak-banyak. kalau nak minum sangat teh ais, seminggu sekali sudah la. 

Lama-lama habit tu akan hilang juga. 

tips ketiga ; senaman

Senaman tu penting! 

Kalau diet, tapi tak senaman pun boleh cuma kurang efisien lah penurunan berat badan tu. Pilih senaman yang bakar banyak kalori. Contohnya, erobik, berbasikal, berenang, dan sbgnya. 

tips keempat ; pengiraan kalori

Ha. Ni penting. Orang gemuk ke kurus ke, kena tahu. Sehari mungkin kita menggunakan 1000 kalori kan. Mungkin juga lebih, bergantung kepada jenis individu diri kita ni. Aktif atau jenis kurang aktif. Since saya ni pelajar, pergi kelas tu duduk dalam lecture hall je. Lepastu lab setiap hari kena berdiri dan berjalan. satu lab kadang 3-4 jam. 

mungkin penggunaan kalori saya tak sama dengan pelajar yang tak ada lab. 

Jadi, setiap makanan yang kita consume akan ada calories. Kira kalori dalam makanan tersebut, dan sum up. Jadi jumlah kalori yang kita ambil tu kalau berkurangan dengan kalori yang kita perlu tu, boleh buatkan berat badan kita turun. 

kalau senaman, tolak lagi kalori. Banyak kalori yang digunakan, lagi bagus. 

TERbakor. 

tips kelima ; jaga solat

apa kaitan solat dengan turun berat badan? 

Solat tu bagaikan satu terapi untuk kita. Dalam solat, bagus untuk otak, kidney, rahim, sendi dan sebagainya yang ada dalam diri kita ni. Apa yang tersekat akan menjadi lancar. Dan yang penting dalam solat tu ada apa? KETENANGAN. 

Bila kita bertenang, dan tak tertekan untuk menurunkan berat badan, Inshaallah. Kita akan lebih fokus dan tak melakukan perkara di luar tabii, tudiaa hang. hehe. 

Jadi. Jaga lah solat.
Lepas solat, jangan lupa doa pada Allah, minta Allah bantu kita menurunkan berat badan. 

tips keenam ; rajinkan diri

Ada je kerja, terus buat. Jangan bermalasan, kerja nak baring je. Layan diri untuk tidurlah, layan je diri tu nak makan makanan berlemak lah. Sebolehnya, maksimakan pergerakan. Tu pun membantu juga. 

Basuh baju dengan tangan. Itu saya buat. 

Selain dari menjimatkan wang menggunakan mesin basuh, baju akan lebih bersih. Nanti berpeluh habis kalau basuh dengan tangan. Bakar lemak tu. 

tips ketujuh ; pasang niat baik baik

Niat kena jaga. kalau niat nak kurus sebab nak pakai baju ketat, memang tak kurus la jawabnya. duk gemuk tu je. Sabar. Inshaallah, pasang niat baik-baik dan buat perkara baik-baik yaa. Mudah mudahan tercapai

tips kelapan ; mandi sebelum subuh

Seingat saya, tips ni ustazah yang bagi masa di Matrikulasi ketika program fiqh wanita. Sunnah Rasulullah mandi sebelum subuh tu ada hikmahnya, iaitu dapat menyingkirkan lemak lemak degil. Saintifiknya, Inshaallah kita sama-sama kaji. 

Setakat ni itu saja tips yang dapat saya kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, dan bantuan Mak sebagai trainer. Bukan nak sangat turun berat badan tu, tapi hikmahnya jika kita turun berat badan (berat normal), kita akan lebih mudah bergerak, pantas, alert, rajin, lebih keyakinan diri, pakaian tak ketat, dan macam-macam lagi. 

satu ja pesan, bersabar. 

Jangan ambil jalan pintas dengan mengambil ubat kurus ke, OK. 

Semoga bermanfaat!

Wednesday, December 24, 2014

Kita dan Banjir

Riuh rendah di warung Pak Mail pagi ni. 25 Disember 2014. Macam-macam topik diketengahkan. Bulatan kecil di keliling meja semakin lama semakin besar.

“Kenapa banjir? Ni mesti sebab PAS nak buat hudud ni.”, ujar seorang lelaki yang hanya berseluar pendek paras peha mula mengambil tempat duduk di sebelah Amir yang sudah berada di situ.

“kau cakap pasal banjir Kelantan. Habis, kenapa MH17 dulu ditembak jatuh? Aku rasa ni mesti sebab PM kita memerintah ni. Tengok MH370 pun hilang. Aku rasa sebab dia la”, Amir membalas sambil tangan kanan diangkat-angkat. Menunjukkan rasa protes.

“Macam-macam oh jadi. Semua bala sekarang ni. Banyak orang buat maksiat! Tak mahu taubat! Asyik nak berseronok ja. Melampau..”, kelihatan seorang lelaki beremosi menyambung perbualan mereka sambil jari di kiri memegang puntung rokok. Asap keluar memenuhi ruang udara pagi warung itu. Habis satu batang rokok, ditambah lagi sebatang.

Sedapnya rokok.

Suasana di warung pagi ni, cukup meriah. Ibarat persidangan parlimen. Masing-masing meluahkan rasa ketidakpuasan hati.

***
Kisah tuding menuding ni tak akan habis. Hatta, matahari terbit dari arah Barat sekalipun masing-masing sibuk menuduh itu ini kepada orang lain. Suka. Suka melihat kesalahan orang lain. Mengukur kelemahan orang lain. Bala turun disebabkan orang lain, sedangkan diri sendiri juga salah satu ‘penyumbang’ bala. Pak Mail tersenyum sinis dari jauh.

‘Alam sudah mula berkomunikasi dengan kita. Alam sudah tenat sepertimana tenatnya iman kita. Kita ni ‘sakit’ tapi ramai yang tak sedar. Masing-masing sibuk. Entah apa yang disibukkan. Kita ni yang buat dosa tapi buat-buat tutup sebelah mata. Sahabat di Pantai Timur, di Perlis, Perak, tengah mengharapkan bantuan dari kita tapi kita di sini sibuk mempertikaikan pemerintahan, salahkan si jiran dan teman. Sibuk memerhati. Tanpa solusi.

Entah ke sahabat kita di sana masih ada yang terperangkap. Bayi-bayi kesejukan. Ibu-ibu yang tengah berusaha menjaga anak-anak kecil. Datuk dan nenek yang lumpuh, hanya bergantung kepada bantuan orang lain. Sahabat yang tiada kaki, tidak dapat berdiri sendiri. Kita di sini?

Mulut mudah lancang berbicara.
‘menghunus’ lidah untuk menang di atas gelanggang kata-kata.
Kaki dan tangan hanya berdiam sahaja.
Badan kaku hanya menurut kata.

Allah turunkan ujian melalui musibah supaya kita berfikir. Supaya kita belanja selfie banyak-banyak kepada diri sendiri. Selfie without filter. Selfie. Supaya kita tahu, apa salah kita dah buat. Apa dosa kita dah sumbang.

Sedarkah kita sebenarnya? Negara kita sedang diuji. Diuji bertubi-tubi. Dari awal tahun hingga hampir penghujung tahun ini? Kenapa? Tak terfikirkah kita, kenapa? Kenapa Allah uji melalui musibah? Ya. Kenapa?

Hikmahnya tiada siapa yang tahu. Bilakah hikmah itu akan datang. Bilakah hikmah itu akan dapat dilihat. Bila dan bagaimana hikmah itu akan diberikan kepada penduduk Malaysia. Kita tak tahu.

Kita patut di tahap sama atau kita berubah? Fikir. Kuasa yang Maha Besar yang mengizinkan semua ini jadi. Supaya kita berfikir. Kita ini hamba, engkau hamba, mak ayah kita juga hamba, suami isteri kita hamba, semuanya hamba. Hamba yang diberi kasih sayang jika taat perintah Tuhannya. Hamba yang dilimpahi kurniaan buat yang bersyukur.

Allah nak kita berfikir.

Jangan lagi dipermainkan kalimah Allah.

Jangan lagi lelaki berpakaian wanita.

Jangan lagi ada pluralisme dan liberalisme, tolaklah sedaya mungkin.

Jangan lagi ada pesta arak.

Cukuplah konsert ambang Tahun baru setiap tahun. Hentikanlah.

Hentikanlah pertelingkahan sesama pemimpin dan rakyat akibat politik.

Dunia ini sudah penat. Iman kita juga sudah tenat. Buat sahabat yang sedang berada dalam ujian Allah, kalian cukup sabar dan sangat hebat kerana mampu bertahan diuji sehingga ke tahap ini. Kami dari jauh hanya mampu menyumbang doa dan sedikit sumbangan. Rezeki Allah untuk dikongsi, bukan untuk disimpan sendiri. Tabahlah. Allah merencanakan sesuatu untuk kalian dan juga rakyat Malaysia. Rencana yang kita sendiri belum tahu.’
Cukup lama Pak Mail bermonolog sendiri.

“astaghfirullahalazim”. Pak Mail beristighfar, dan bangun dari tempat duduk untuk memantau anaknya yang sedang memasak di dapur. 

Lega rasanya hati dikurniakan permata solehah ini. Taat ibu ayah, sibuk bekerja untuk ibu dan ayah, rajin belajar, tolong adik-adik. Permata solehah yang cukup disimpan rapi. Bukan untuk ditayang dan juga untuk menayang.

Wallahu’alam. 

Thursday, November 27, 2014

mencari ketenangan?

Ketenangan merupakan satu perkara yang tak semua orang dapat. 
Ketenangan tu ibarat satu feeling yang lebih tinggi dari feelings yang lain seperti teruja (excited, angry, etc). SERIOUSLY. Tak semua orang ada ketenangan tau. tambah tambah ketenangan yang berkekalan. 

Jadi hari ni saya nak share sikit pasal tips meraih ketenangan . bukan plagiarism ya tips ni, Ini tips untuk kita semua. 

Solat Tahajjud setiap hari. 

" Pehhhhhh, susah kot nak bangun pagi. aku tidur pukul 2 pagi macam mana nak bangun awal? " 

" ala bukan wajib pun " 

" tudia. skema hang. nak buat tahajjud pulak " 

Kalau susah bangun awal, tidur lah awal.
Kalau tak wajib, ia sunat. Buat, dapat pahala. 

Nanti kalau rajin, sila cari buku bertajuk terapi solat tahajjud . Dalam buku tu banyak facts tentang solat tahajjud dari segi sains terutama berkaitan dengan tubuh manusia. Cuma, buku tu agak 'berat' dari segi penerimaan. Perlu faham terms dulu. 

Buat dulu dalam 7 hari, InsyaAllah...
Ketenangan tu lain sikit. dan.. nak tahu satu rahsia? 

anda akan dapat rasa satu kelainan dalam diri anda. Betul. Cuba dulu. Setiap orang hasilnya lain tau. Jangan lupa drop a comment di entri ni bila dah dapat perubahan dalam diri anda. 1 bekalan saja jangan lupa, iaitu.. IKHLAS. ok ?

bereh boh. 

Baca Quran 1 juz/hari. 

1 hari 1 juz? 20 mukasurat? 
1 waktu solat = 4 mukasurat. 

Baca, Faham, Hafal dan Beramal. InsyaAllah. Tenang saja rasanya bila dapat membaca ayat-ayat Allah SWT beserta terjemahan dan tafsirnya. Terjemahan (translation) , tafsir (details) . 

Pemaaf.

Uih. Ingat senang ke nak maafkan orang lain yang buat salah dekat kita? 

Saya pun tak tahu nak cakap. Berapa lama kita nak sakit hati? Jika kita patah kaki sekalipun, kita mesti nak cepat cepat sembuh. Ya kan. Jadi bila hati sakit, tak mahu ubatkan ke? ada 2 ubat sahaja untuk sembuhkan hati yang berdendam dengan orang.

1. maafkan orang lain
2. bertaubat 

tapi, kalau diri sendiri susah nak maafkan orang lain. KENAPA kita mengharapkan Allah ampunkan kita? KENAPA kita mengharapkan orang lain maafkan kesalahan kita? 

Hidup ni ibarat roda, kadang kita ada di atas, tapi satu masa kita tetap akan ke bawah. Alang alang ada di bawah..Jadi? Fikir fikirkan. what you give you get back. Adil kan Allah? 

Tak ada kerugian pun untuk memaafkan orang lain. Tak kan lah kita nak 24 jam sahaja menanggung berat satu guni dendam kita kepadanya? Jika dia bertaubat, dan meminta maaf kpd kita. Allah Maha Besar ampunkan dia, kenapa kita pula beriyaaa iyaa tak mahu maafkan. KENAPA? 

siapa pula kita. 
yeah. 
begitulah.. 

bersahabat. 

Sahabat dan kawan ni dua benda berbeza. Bagi saya, sahabat itu ialah insan yang sama fikrah dengan kita. Semua orang hidup ni matlamatnya sama, 

1, Hamba Allah
2, Khalifah di muka bumi. 

CUMA, tujuan sahaja berbeza. Ada orang tujuan hidupnya untuk berseronok. Kerana katanya, hidup hanya sekali. Ada juga tujuan hidup seseorang adalah untuk meraih harta. Katanya, supaya senang lenang hati tenang. 

Orang yang sama fikrah ialah yang sama tujuan hidupnya. Ada orang yang suka usrah, jadi silalah bersama sahabat sahabat yang sukakan usrah (mungkin tak ramai). Tapi, jangan tinggalkan sahabat yang tak suka usrah. Berkawanlah dengan semua orang, dan bersahabatlah dengan sahabat yang sama fikrahnya. MasyaAllah. Supaya dapat mentarbiyah (mendidik) diri dari hari ke hari. 

Itu saja kot perkongsian untuk hari ni. selepas tamat kelas Ethology tadi, semangat ja nak update blog. Nak kongsi tips raih ketenangan. Sekali dah tenang, anda akan rasa ....benda yang berat seperti sebuah guni penuh isi dengan batu tu sangat ringan. 


Saturday, March 15, 2014

Hidup fana vs realiti yang sibuk

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum wbh, bakal  penghuni syurga sekalian. In Sha Allah. 

semakin hari semakin sibuk dengan kerja menimbun & nak meneliti bait- bait tulisan dalam buku tebalnya berinci- inci supaya ilmu lekat di dada buat selamanya demi buat sesuatu terhadap makhlukNya (haiwan). Semester dua semakin sibuk, ingatkan kurang sibuknya berbanding pelajar perubatan. rupanya sama saja sibuknya. 

benda yang sama. berbezanya kepada siapa kita aplikasikan ilmu tersebut. Jadi, alang- alang nak update blog athirah nak kongsi sikit tentang subjek yang diambil untuk semester ni. 

subjek- subjek : 
1) BB1 2423 (English speaking)
2) VPP 3211 ( Anatomy 1 )
3) VPP 3231 ( Physiology 1 )
4) SKP 2101 ( Kenegaraan )
5) VPP 3130 ( Nutrition )
6) PRT 2008 ( Man & Agriculture )
7) SSK 3000 ( Computer )
8) VPD 3930B ( Pengurusan haiwan bukan ternakan ) - Practical during sem break. 

Apabila subjek yang didaftar pun banyak, maka jadualnya pun sangat pack gitew. Sangat padat & pengurusan masa perlu cemerlang.. dan pastinya athirah tak begitu cemerlang dalam pengurusan masa. ada saja urusan lain perlu diselesaikan. itu lah, ini lah. 

dalam kesibukan ni, bukan alasan nak mendiamkan diri dalam menuntut ilmu akhirat. Soal ilmu dunia akhirat ni tak kira dah skema ke tidak. kadang- kadang bila hati tak begitu cerah, kita rasa ilmu akhirat ni tak perlu. atau tak sedar pun akan keperluannya. macam athirah dulu- dulu, susah sangat nak pergi mana- mana majlis ilmu. 

hati keras.
hati batu.
hati kelam.

dalam kesibukan juga, apa jua perhubungan kena maintain dan jaga betul- betul. jangan sibuk dijadikan alasan untuk sesebuah hubungan itu renggang. hubungan yang athirah maksudkan ialah, hubungan ibubapa, hubungan kekeluargaan, persahabatan & so on. selain daripada hubungan-belum-halal tu. 

buat adik- adik, atau sahabat sayang
yang masih lagi dalam hanyutan percintaan yang entah penghujungnya ini (hubungan-belum-halal), boleh hold dulu. Nanti apabila keadaan dah stable, nak bernikah bukan lagi jadi halangan. Tak ada sesiapa akan sakit hati. WE DESERVE THE BEST.

siapa tak nak yang terbaik. kan? 
dalam proses untuk jadi terbaik tu, berapa banyak benda terburuk akan kita jumpa. bersabarlah. terbaik itu akan hadir di penghujung bagi sesiapa yang berusaha untuk dirinya sendiri. 

hmm. berleter lagi. saja nak kongsi deep feeling ni. nikmatnya apabila diri diberi kesempatan untuk menjadi yang terbaik. susah, memang susah.

mujurlah dalam diri ni terkapai- kapai nak mencari di mana terselitnya kebahagiaan ni, Allah hadirkan perasaan bersyukur & bahagia dalam hidup ni. Dia juga hadirkan seorang sahabat yang sangat memberi sokongan selain daripada keluarga.

memahami, & kuat semangat.
apabila dia lemah, athirah pulop jadi kuat.

eh?

rupanya hati lebih tenang apabila bersahabat dengan orang baik- baik. rasa macam ''kenapa banyak sangat orang tolong aku ni. susah sikit ja pun..'' 

tapi, itulah. 
kita minta, Allah bagi.

cuma dalam tempoh meminta itu, bayarkanlah dengan usaha supaya lebih cepat permintaan itu dikabulkan. berusaha, dan berusahalah. akan dapat. mungkin yang itu, atau yang lebih baik. 

Jadi, kepada sesiapa yang nak ambil Kedoktoran Veterinar atau dapat kos ni suatu hari nanti. Tak perlu fikir dua atau tiga kali. Buang persepsi orang lain. Fokus kepada matlamat sendiri. dan buat perhitungan sendiri. Allah itu Maha Adil, tidak Dia tentukan sesuatu itu melainkan beserta dengan hikmah. 

Kos ni susah, memang susah. Cuma bila dah minat tu, bukan lagi halangan. sesuatu benda melibatkan nyawa ni, hanya Allah tempat kita bergantung. kepada Allah jua lah kita mengadu kesusahan tu. tapi syukurla. since belajar kos ni, athirah dapat belajar banyak benda.

sungguh unik & hebat kekuasaan Allah tu.

pelbagai behaviours haiwan tak dapat nak ditafsirkan sesuka hati. 

kena belajar, yela. pesakit tanpa suara & kebolehan bercakap. Dah tu, banyak species pula..nak belajar anatomi. Bukan semua haiwan ada benda yang sama. Ada pula kategorinya nanti. 

jangan mengeluh, 
jangan takut.

Allah kan ada? 

Dia sentiasa ada. 

soooooooo .. 

dari hati kecil, nak sampaikan sikit la apa kesimpulan yang saya dapat melalui program forum Ahmad Ammar : Kesyahidanmu Penghidup Ummah (semalam) dan juga ceramah Sayang Nabi, Ikut Nabi (hari ini). 

buat yang nak baca, teruskan.. 

Forum semalam, apa yang saya dapat ialah tentang nilai sebuah keikhlasan dalam menuntut ilmu. Apb kita nak teruskan hidup, perkara pertama perlu kita fikir ialah apa yang kita boleh berikan kpd ummah.

misi kita yang utama adalah, kebaikan kpd ummah. Bukannya utk diri sendiri. kita perlu sampaikan sesuatu yang sepatutnya kita sampaikan melalui ilmu yang dipelajari.

Nilai kedua, ialah akhlak. Sebaik- baik akhlak kita ialah, apb kita melakukan suatu kebaikan kita tak mahu orang tahu pun. contohnya, tadi kita sapu sampah semua bilik yang ada di kolej ni. itu contoh la. kita rasa gembira dengan apa kita buat, dan tak harapkan apa balasan pun melainkan berpuas hati, Masha Allah.

akhlak ni termasuklah menjaga hubungan baik dengan manusia dan Allah SWT.. 
perlu seiring.

Biar hidup ni bermatlamat & fokus kpd akhirat. Apa yang kita buat sesuatu di dunia ini, pasti utk alam seterusnya. tak mungkin akan terus kekal di dunia ini, tujuannya adalah nak mengutip apa jua kebaikan & semaikan..spy menjadi bahan tuaian di akhirat kelak.

contoh, yang kita boleh buat sekarang ialah berkongsi ilmu.

for students, especially. utk tajamkan pemikiran, nak asah fikiran kita. nak cerahkan hati dalam menuntut ilmu.. Ikut sunnah Nabi, dan juga hafal lah ayat- ayat al Quran. hafal sikit- sikit pun tak apa. Bukan nak perform dekat siapa pun,

utk diri sendiri juga. kan?

NEXT : sayang Nabi, Ikut Nabi.

Kenalilah Nabi, ikutilah sunnah Rasulullah SAW, dan cintailah Nabi. kalau tak kenal maka tak cinta. ye dop. ada 4 perkara mahasiswa/mahasiswi perlu ada,
1) Taat kepada Allah SWT
2) Taat kepada Ibubapa
3) Taat kepada orang yang memberi ilmu - Guru
4) Punyai rakan- rakan baik yang dapat membawa kita utk mengejar impian & matlamat yang tersingkap dalam hati.. 

ketika muda inilah, penuhi ilmu & latihan amal dalam kehidupan, spy di hari tua kelak (jika berkesempatan..In Sha Allah) , dapat lah kita sampaikan dengan baik apa yang sepatutnya disampaikan..

hmm. itu saja rasanya kesimpulan yang boleh disimpulkan, sikit ja. tak banyak. MAAF atas kekurangan & kesilapan, mohon ditegur yaa.

tabarakallah~

Thursday, November 21, 2013

Redha Allah.

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

assalamualaikum wbh

Hi readers. 

cepatnya masa berlalu. rasa macam semakin hari semakin banyak kerja perlu dilakukan. ada saja masalah ' menerjah ' di kala hati menjadi tenang. sejak-sejak ni, banyak sangat ujian Allah :'(

sentiasa diuji. senang, mahupun susah. semalam kan baru ja menghadapi saat-saat gastrik. Mungkin sebab tak makan. hari ni pun ada sebilangan sahabat yang bertanya sihatkah athirah, kerana kelihatan sangat pucat berbanding hari biasa.

syukurlah hari ni dah sihat. tak seperti semalam, menangis depan lecturer. Mujurlah dapat peluang untuk pulang berehat di bilik. inshaallah, selepas ni jaga makan & jangan stress. Gastrik ni sebenarnya pengawalan diri sendiri ja. Ubat tuu untuk menahan sakit ja. alhamdulillah. 

sejak-sejak ni Dia hadirkan seseorang dalam hidup athirah. dalam keadaan tertekan ujian menimpa-nimpa, ada hamba Allah ni sebut satu ayat yang cukup menyentuh perasaan bila having keadaan seperti ni. 

'' Allah sayang athirah tu, sebab tu dapat ujian tiap hari '' 

sobs. 

tiba-tiba rasa bertuah sangat. diri ni kan selalu lupa. sebenarnya Allah uji tanda Dia sayang, Dia sayang. Menangis dalam hati. terima kasih ya Rabb kerana hadirkan kasih sayangMu dalam hidup aku. 

ada juga sahabat yang dekat dengan athirah. terbuka mata hati athirah luas-luas, apa yang sahabat tersebut cerita pada athirah? 

katanya.. setiap perkara yang kita lakukan atau setiap harta kita miliki adalah tanggungjawab dan amanah Allah kepada kita. Ya. tersentuh dengar ayat ni. ( sejak-sejak ni kerap touching. hoho ). setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan dalam kubur, dan dipersoalkan di akhirat nanti. 

sebab itulah setiap perkara kita lakukan, setiap kebaikan kita buat, setiap kewajipan kita buat niatkan lillahitaala. lillahitaala, kerana Allah Taala. semua kita buat tu semata-mata kerana redha Allah. apa tujuan kita berpakaian? apa tujuan kita belajar? apa tujuan kita berhubung dengan lelaki tanpa sebab? apa tujuan? 

tanyalah pada diri sendiri.

Jika tak ada jawapan atau tak mampu nak beri jawapan sebenar-benarnya kepada diri sendiri. maknanya, kita belum sampai tahap nak mencari redha Allah lagi. setiap kita buat itu, bukan kepentingan diri sahaja. ada manfaat dan kebaikan kepada orang sekeliling juga kan. Mashaallah. 

Sayang tak kita dengan Rasulullah? 
Sayang tak kita dengan Allah? 
sayang tak kita dengan ibubapa? 

nak tahu definisi sayang? kalau benarlah sayang, kita tak akan buat apa yang kesayangan kita tak suka. kita akan buat apa yang kesayangan kita suruh. dan paling penting kita akan buat yang terbaik untuk kesayangan kita. bila dah bersahabat dengan sahabat yang sentiasa ingatkan kita kepada Allah,

setiap hari akan dapat nasihat free. hehe. alhamdulillah. syioks. 
sekarang ni kan kalau lah nak buat apa pun mesti terkesan dalam hati.. apa Allah redha dengan aku buat ni? moga berterusan la perasaan ni.

iman kekadang naik, 
kekadang tu menurun. 

***

Bila kakak ceritakan tentang kisah Ammar, student Malaysia yang syahid tu, subhanallah. rasa kagum dengan keperibadian beliau. kagum. sedikit sebanyak sangat terkesan dalam hati dan bersemangat untuk dekat dengan Allah. ya. ujian nak dekat dengan Allah sangat banyak.. 

tapi itulah. 

dengan siapa lagi kita berharap, dengan siapa lagi kita bergantung jika bukan dengan Allah. dengan siapa lagi kita nak bermanja, jika bukan dengan Allah. dengan manusia, semua orang akan mati. satu satu akan pergi dulu.

entah-entah kita yang akan pergi dulu. 

Allah sentiasa ada dengan kita. Dia maha mendengar. maha mengetahui apa yang tersingkap dalam hati kita. Dia lagi suka jika kita selalu berharap padaNya. Allah. Allah maha sempurna. 

* ternangis sekejap.

hehe. sebak rasanya hati ni. selepas ni, apa-apa saja peluang untuk membuat kebaikan..ajak la sahabat kita sekali. kalau boleh ajaklah, tak kan nak jadi penghuni syurga seorang diri saja kan? ^^

dekatkan lah diri dengan sahabat yang sentiasa ingatkan kita kepada Allah,
atau dekatkan diri dengan sahabat yang apabila kita dekat dengannya hati kita akan terus ingatkan Allah. subhanallah. 

apapun, yang penting buat kewajipan, perbaiki akhlak diri. jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia dan alam juga. Inshaallah. moga kematian yang baik untuk kita, moga kubur menjadi tempat pengabdian yang selesa buat kita, dan syurga tempat tinggal kita buat selamanya..ameen. 

***

sekali dah melangkah ke titik perubahan,
jangan berpatah balik walaupun sekali,
bertahan. 
kerana peluang hanya akan datang sekali & bukan berkali-kali. 

tabarakallah.
harap bermanfaat. 

Sunday, August 11, 2013

my sweet love and plan

in the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

assalamualaikum wbh

Hi & selamat malam.

lewat dah sekarang. hampir 11 30 malam tapi nak jugak update blog dulu. kalau tak, nak al Mulk dan tidur nanti tak keruan jadinya. sejak-sejak habis matriks ni makin ramai yang mula nak mencuit dan menabur baja-baja cinta. cinta la sangat noh. 

sebenarnya kan sedar tak sedar sekarang dah berusia sebenarnya athirah ni. 19 tahun hujung tahun 2013 ni. esok pun ada test QTI. dulu kemain sangat anti nak ambil lesen. Takut, malas semua ada. Nafsu kan. susah nafsu nak suka kalau buat benda baik ni sebenarnya. 

tuptup esok dah nak ambil test QTI. 
May Allah ease. 

semakin menginjak usia, semakin athirah sedar. betapa kurangnya diri ni dekat dengan ilmu. tambahan bila dah habis matrikulasi athirah cuma baca buku dan kebanyakkannya buku cinta. ehem. tak, athirah bukan nak point out athirah tengah bercinta. cuma nak beritahu diri ni dah semakin gatal. Eh ya kah? 

contoh buku yang athirah baca pun Cinta High Class (Ustazah Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi) , Murabbi Cinta (Hasrizal Abdul Jamil), To the Moon and The Back (Jill Marsell). 

cinta itu tak spesifik kepada pasangan lelaki dan perempuan sahaja. cinta itu sangat besar maksudnya. as for me, the first love I ever had..Inshaallah till Jannah is my love for mom. 

sayang kot kat mak. hangpa semua sayang dak? walaupun dah berusia 19 tahun. Hubungan yang paling rapat athirah pernah ada dan akan wujud sampai akhir hayat (dengan izinNya) ialah dengan mak! oh sayangnya kat mak.

Tears. tengah update entri ni pun boleh menangis kan. sebak rasanya.

kalau cakap pasal cinta ni kan. sampai part II, part III pun belum tentu habis. Bila senior yang dah berkahwin selalu nasihat kat athirah dan teringat lagi sekarang ni. sebelum bernikah dengan sesiapapun. Make sure dah buat lists ni, 

i. khatam sekurang-kurangnya 50 buah buku tentang rumahtangga
ii. mengikis sikap mazmumah dalam diri, contohnya malas.
iii. belajar bersabar.
iv. Buat yang wajib, tinggalkan yang haram

itu antara tips atau pun list yang seniors dah bagi. seniors (orang yang lebih tua). Bukan senior sekolah, bukan senior matrik. Tau. seniors ni including my sweet love - mum. atau nama mesra, mak. hehe. Ingat lagi kalau dalam rumah di dapur ke, dalam bilik ke suka sangat panggil mak. masa kecik dulu penakut sangat. Masuk tandas pun mesti sebut sebut nama mak.

punyalah penakut. kekadang rasa protected bila berada di sisi ibu :)
Rasa disayangi dicintai, didahului..diutamai. er. Maafkan athirah kerana penggunaan imbuhan yang tidak sesuai. Nak tunjuk keterujaan di situ. Nah..ambik ambik, 

kalau nasihat dari my sweet love pula 

'' ingat, jangan terlalu bergantung kepada suami sebab dia manusia jugak yang sentiasa ada kelemahan dan jangan terlalu sayangkan depa. nanti sakit bila kena tinggal'' 

''dalam banyak kelebihan suami nanti, ada juga kelemahan depa. kelemahan tu memang kena belajaq terima. kalau duk kira kelemahan dia yang satu tu. memang teruklah. sabaq banyak banyak dan kena kuat mental dan fizikal''

''alam zaman bujang tak sama dengan alam dah kahwin''

ni antara ayat yang athirah ingat dan Inshaallah akan ingat sampai bila-bila. takut, kan. 
takpa. bergantung dan berharap kepada yang Satu. tak akan sakit dan tak akan lemah. sebab Dia ada untuk sayangkan kita, dan sentiasa menerima taubat hambaNya.

pergh. sekarang dah banyak tulis guna ayat skema. XD

ayat yang mudah difahami dan dihayati. sejauh mana athirah nak fikir ke depan taktahu lah, buat masa sekarang nak fokus apa yang dekat ni dulu. Nak pasang impian dan target ke depan. ok ni plan-to-the-future athirah : 

1 tahun akan datang : adapt dengan keadaan dan suasana baru. 
2 tahun akan datang : belajar, dan belajar dan belajar! (ilmu agama dan ilmu vet), mula buat penabungan. 

3 tahun akan datang : mula buat business besar sikit. 
4 & 5 tahun akan datang : habis belajar, mula kerja. dan nak buat bisnes penternakan kambing, lembu. perkukuhkan diri menjadi terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. peace.

kahwin? excluded. Tak dapat nak tulis di sini. itu rahsia kerajaan athirahlauryl.blogspot.com.

Tak salah merancang. sebab jika gagal merancang, itu maknanya kita merancang untuk gagal. walaupun tak tahu tarikh kematian athirah, tak salah merancang. setiap perjalanan yang athirah lalui untuk perancangan tu athirah harap, dapat ketenangan hati dan keredhaan Allah.

Inshaallah.
sekurangnya berpahala sambil merancang. One step closer, to Him.