Tuesday, June 25, 2013

Dah ready untuk ramadhan?

assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, baki 13 hari lagi Ramadhan akan datang.

''ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan..''

bersabar dan bersedialah untuk meraikan Ramadhan. Bukan raikan Ramadhan dengan makanan penuh meja tau. Bukan juga raikan Ramadhan dengan pergi ke pesta makanan atau raikan Ramadhan dengan riak dan takabbur dek solat tarawikh sebulan cukup. Tak..Tak.. Raikan Ramadhan dengan mendekatkan diri dengan Dia, kekasih abadi kita. 

pertama.banyakkan pembacaan berkenaan dengan Ramadhan. athirah sendiri kurang pembacaan tentang bulan Ramadhan. Rujuklah buku/ guru yang sahih ilmunya tentang Ramadhan. zaman kanak kanak atau sekolah rendah dulu pun kan banyak kita tahu kebaikan Ramadhan kan? review balik. inshaallah.

kedua.warming up dengan berpuasa sunat. berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Bila berpuasa ni kan, 1 nikmat yang sukar untuk digambarkan dengan kata kata. You want to feel it? so..berpuasalah ya. seronok tau. Bukan siksaan pun. Perut pun dapat berehat dengan aman. dan kalau sahabat sahabat nak tahu sebenarnya apb kita berpuasa 2x seminggu boleh mengelakkan otak kita mengecut akibat pertambahan umur. haa dan juga menguatkan ingatan. subhanallah. Hebat kan : )

ketiga.tidur awal dan bangun awal. Biasalah kan orang macam athirah terutamanya cuti sehingga bulan september ni liat sikit nak tidur awal dan bangun awal sebab tak terikat dengan mana mana kelas. cuma tanggungjawab di rumah yang perlu diselesaikan membuatkan diri ni 'berdisiplin' sikit. hehe. Jom lah sama sama kita belajar tidur awal dan bangun awal. cukuplah tidur 6 jam untuk orang yang tak berapa muda macam athirah ni kan. 

keempat.mulakan membaca al Quran setiap hari! al Quran kan bestfriend kita. nak menambah minat membaca al Quran boleh la cari al Quran favourite. sekarang banyak tau al Quran bermacam jenis beserta dengan tajwid dan tafsir lagi tuu. Cari lah mana mana kedai. Publisher Telaga Biru pun ada tau. kalau macam athirah ni,bersemangat sangat dengan warna pink! so athirah pun beli Quran tafsir yang ada 'baju' warna pink kat luar tu. Hah,so nak baca setiap waktu selepas solat 5 waktu pun syok kan : ) - ayat al Quran menenangkan hati lagi mengindahkan.

kelima.biasakan diri dengan berwudhuk. Mashaallah. bila diri sentiasa berwudhuk kan,rasa lebih protective dan sejuk saja rasa. orang rasa panas, kita? rasa sejuk. Inshaallah. cubalah. walaupun kadang kadang kita terlupa nak renew wudhuk.. biasakan diri dengan buat latihan. Hah bukan Math je buat latihan. wudhuk pun sama tau.

keenam.sebelum tidur tu...Muhasabah diri tau. Muhasabah diri kan,boleh baca bahan ilmiah atau dari pemikiran kita sendiri. Banyakkan tengok atau cari kesalahan yang kita buat pada hari tersebut. Cuba baiki balik kesalahan itu dan minta maaf kepada manusia kalau berkait dengan manusia. Manalah tahu beberapa saat lagi... dah berada alam lain. Huhu. Satu lagi. Salah dengan Allah? cepat cepat lah solat sunat Taubat. jangan menangguh. Penat je menangguh. kan? 

ketujuh.mulakan amalan sedekah sikit sikit. Sikit sikit lama lama jadi bukit. itu peribahasalah.. peribahasa ni boleh diaplikasikan dari segi pahala. Ikhlas kan diri bersedekah. Himpun bekalan untuk akhirat nanti. 3 perkara boleh dibawa mati, antaranya ialah doa anak yang soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah. jom jom. apa salahnya bersedekah. dari segi tenaga pun boleh tau..yang penting niat tu lillahitaala. Inshaallah

kelapan.berkhalwat dengan Allah SWT. bila lagi kan. meluangkan masa kita dengan Allah SWT..sambil tu berzikir lah. zikir akan mengaktifkan neuron kita tau. Nanti akan lebih segar dan tak rasa lesu. Berzikir tu akan menghasilkan tenaga. Tak de lah mitos melemahkan diri, atau habis kan air liur. Itu semua mitos. Yang penting, Islam itu memudahkan. setiap perkara yang diwajibkan, sunat, haram, atau sebagainya ada hikmah tersendiri.

kesembilan.bantulah orang memerlukan. eh? macam sedekah tadi je. haa tak sama lah. bantu orang memerlukan ni tak kira apa pun. Bantu ja. sambil tu niat sedekah lah. Kalau nampak seorang makcik ni berat bawa barang banyak balik daripada market ke, tolonglah walaupun dia tak meminta. Ringankan diri. kalau dari skop kecilnya, di rumah tu nampak rumah bersepah sikit tu bantulah. Nampak  adik tak reti buat math tolong je. Atau tiba tiba dekat exam, ada kawan datang minta bantuan ajar dia.? tolong..tolong. Jangan buat diam/ alasan ''kenapa baru cari aku?'' . Hei jangan la cakap macam tu. Beri bantuan ja. Inshaallah kalau dia tak balas pun,Allah kan ada. Dia akan memudahkan kita di hari lain nanti. Ingat. Hidup dalam keadaan rajin membantu ni bagus tau.

kesepuluh.buat perkara yang mendekatkan kita dengan Tuhan dan cuba jauhkan yang tak ok belaka tu. apa athirah maksudkan ialah..kalau rasa berchatting/ online tu tak penting,kurangkanlah. cuba kurangkan. sekurangnya nanti datangnya ramadhan kita online dengan Allah pula kan. bertemu rakan rakan di alam sebenar jauh lebih seronok dan manis daripada alam maya. buat matikan sel sel ja. 

Harap dengan perkongsian kecil ni dapatlah sama sama kita aplikasikan Ok? berapa hari ja lagi Ramadhan nak tiba. seronok kan! Isikan Ramadhan dengan sebaiknya. Inshaallah. sama sama kita rasai nikmat dalam bulan Ramadhan,ameen.

No comments: