Bismillah,
Assalamualaikum wbh. Apa khabar imaan? Iman menaik ke
menurun tu. Jasad sihat ke? Insha Allah, Moga sihat belaka deh. Apa yang paling
penting sekarang ni jaga kesihatan. Musim panas di Kedah ni memang panas
sangat-sangat.
Bila keluar rasa macam terbakar ja badan ni ha. Walaupun
kepanasan kita masih diwajibkan untuk menutup aurat tau. Dengar-dengar 12 Ogos
ya tarikh keputusan UPU?
Buat sahabat yang menanti keputusan UPU tu, boleh la
luangkan masa untuk buat perancangan awal. Sekurang-kurangnya nanti tak la
menggelabah apabila keputusan dah dikeluarkan. Kita merancang, Allah tentukan
yang terbaik. Jom, kita mulakan.
Mula dengan bismillahirrahmanirrahim.
Perancangan
1 : Baca Dokumen
(Jika dah dapat keputusan UPU)
Apabila dah dapat keputusan UPU nanti, anda perlu akses
ke laman web universiti masing-masing untuk terima atau tolak tawaran. Ada masa
yang cukup panjang untuk berfikir, istikharah dan jangan lupa istisyarah dengan
pihak keluarga nak tolak ke terima pinangan universiti tersebut. Ehem.
(Tak tahu ke istisyarah tu apa? Sila Google. Panjang
lebar nak cerita di sini nanti. )
Selesai kita terima pinangan si universiti tersebut,
silakan print la dokumen yang diberitahu. Apabila dah print dengan cepat dan
pantas bolehla beli fail. Nak buat apa fail? Untuk semua dokumen. Sediakan dua
fail ya. Supaya mudah urusan untuk mengurus dokumen nanti.
Ambil angin sikit, dan ambil keselesaan sikit. Solat
sunat syukur dan taubat dulu sebelum baca dokumen. Bukan apa, supaya dekat diri
dengan Allah dan mudah-mudahan dipermudahkan urusan.
Bismillah, buka dokumen dan baca. Telitikan satu-satu dan
fahamkan dulu apa yang pihak Universiti mahukan. Buka buku nota anda, dan terus
catatkan! Catatkan List-To-Do!
Begitulah.
Perancangan
2 : Kewangan
Ada juga adik-adik yang muda setahun ni tanya si kakak NA
(Nazrah Athirah),
‘’akak.. macam mana ya nanti duit nak pakai masa masuk U.
mesti banyak yang kena pakai kan?’’
Ya wahai adik-adikku yang Allah sayang.
Duit memang
perkara utama sbg bekal nak masuk belajar di Universiti. Buat adik-adik yang
berasal dari keluarga loaded memang
tak perlu risau sebab ibu dan ayah yang ter-sangat-lah mampu. Jika adik-adik
berasal dari keluarga loading macam
saya ni, iaitu keluarga yang berpendapatan sederhana kena risau sikit.
Apapun saya nak pesan, jangan risau sangat tentang duit
ni. Jika Allah dah tentukan rezqi kita untuk dapat belajar di mana-mana, ada
hikmah la tu. Dan Insha Allah..Allah akan cukupkan rezqi adik-adik yang ada
niat nak berjihad di jalan Allah ni.
Sesiapa yang mohon WPP iaitu Wang Pendahuluan Pembiayaan,
boleh guna dulu sebagai permulaan. Mereka akan beri sebanyak RM1500 bukan untuk
beli IPhone tapi untuk kegunaan persediaan masuk ke universiti. Contohnya anda
boleh guna untuk apa? Blank ni *
Contoh kegunaan Wang Pendahuluan Pembiayaan :
1. Bayar
Yuran
2. Beli
barang keperluan (barang mandi, cadar tilam, alat tulis, dan sebagainya)
Itu antara contoh yang utama. Contoh seperti saya, RM1500
tu pun tak mencukupi nak bayar yuran. Jumlah yuran untuk program kedoktoran
veterinar 2013/2014 ialah..jengjengjeng, RM2697.00 , Tak la mahal sangat. Tapi
tak mampu la saya. Udohle baru habis matrik. Hehe.
Selebihnya Ibu yang tanggung. Untuk barang keperluan diri
yang lain ditanggung pula oleh kakak-kakak dan juga simpanan saya.
Alhamdulillah, ada juga bantuan dari orang terdekat. Moga Allah murahkan rezqi
dan permudahkan urusan mereka yang membantu. Amin.
Perancangan
3 : JERI
‘’Alah, kenapa skema sangat sampai nak masuk Universiti
pun nak Jeri bagai?’’ – Negative thoughts,2014
Itu orang negatif. Kalau orang positif kan, dia teruskan
saja membaca. Mana tahu ada input baru?
Jasmani.
Emosi.
Rohani.
Dan Intelektual.
Betul tak?
Persediaan Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelektual ni
penting. Kehidupan universiti tak semudah disangkakan dan tak seburuk
dijangkakan. Ia seimbang buat individu yang seimbang. Jasmani ni, Mungkinlah
untuk pelajar yang baru masuk akan rasa penat badan sikit. Tak cukup tidur
dengan orientasi la dan sebagainya. Kena berlari sana-sini, tak cukup masa. Itu
biasa untuk pelajar Tahun 1.
Semua wajib buat.
Sediakan jasmani anda dengan buat senaman sikit. Kan dah
banyak ternak lemak. Apa kata kita bakar sikit lemak-lemak tu? Lelong sikit ke
kat orang. Baru senang nak bergerak. Ini, lepas naik tangga dah mengah macam
ibu mengandung anak kembar. Sabar ya, bergurau sikit saja.
Bila jasmani dah ok. Kita tengok emosi pula. Selalunya
emosi ni stabil sangat dah kalau berbulan-bulan di rumah kan? Tengok muka mak
ayah, kakak, adik, abang, kucing, sugar gliders semua la akan menyebabkan kita
rasa aman damai tenteram gamaknya, jadi emosi akan stabil.
Buat yang dah bersuami atau sudah beristeri tu,
Alhamdulillah. Emosi memang tiptop selalunya. Pelajar yang dah bernikah ni
emosi lebih stabil. Sekarang kan emosi tengah kemuncak. Jadi dah stabil ni lagi
bagus.
Rohani. Hmmm.
Apabila berbicara soal rohani, akan terbit lah sesuatu
seperti keagamaan. Sesiapa yang dekat dengan Rabbnya, rohani dia terisi.
Tiap-tiap hari dapat santapan rohani. Mashaallah, tabarakallah. Tahniah buat
orang yang terisi cutinya dengan rohani. Bukannya apa, bila dah masuk
universiti kita ibarat telah masuk ke alam yang lain. Sebelum ni alam
bersama-sama ibu dan ayah. Ibu ayah kerap memantau anak-anak. Sekarang ni anda
hidup jauh dari ibu dan ayah.
Yang ada, Allah.
Jika rohani anda kuat ibarat besi-besi-besi-besi, anda
akan rasa diperhatikan Allah SWT. Nak buat pelik dan tak senonoh pun Allah akan
tengok. Astaghfirullahalazim. Kesian ibu ayah kan.
Buat yang belum terisi dengan rohani, tak pa. isikan
sekarang. Buat yang wajib, tinggalkan yang dilarang. Ditambah pula dengan
sunnah Rasulullah SAW.
Intelektual.
Cari bahan-bahan yang berinformatif untuk anda. Dapat
program ‘kedoktoran veterinar’ tu, sila la cari maklumat tentang program ni
banyak-banyak. Apa tujuan ada program seperti ni. Apa peluang pekerjaan ke.
Cari la sebanyak mungkin ilmu. Sisa sebulan atau beberapa hari saja lagi ni.
Sila cari ilmu.
Orang yang berilmu ni lain sikit tau. Dia akan buat
apapun berlandaskan ilmunya. Tak ada la dia nak buat pekerjaan yang sia-sia
seperti orang yang malas nak cari ilmu atau tak mahu praktikkan ilmunya itu.
Perancangan
4 : List-To-Do
Seperti perancangan 1 tadi, saya ada sebut tentang
List-To-Do kan? List to do ni penting untuk kita. kalau saya, lebih senang
panggil planner. Saya akan ada sebuah planner. Dalam planner tu akan ada semua
maklumat penting. Jangan hilangkan sudahla. Hehe.
Saya selesa untuk menulis dengan jari jemari. Bukan
menaip di smartphone. Ada sesetengah orang ni suka menulis dan simpan di
telefon. Bergantunglah.
Dalam List-To-Do apa yang perlu ada?
1. Barangan
keperluan yang nak dibeli.
2. Barangan
keperluan yang nak dibawa ke sana.
3. Barangan
wajib perlu ada pendaftaran dan orientasi. Contoh : UPM perlu ada tudung putih,
baju putih dan kain hitam untuk majlis ikrar.
4. Senarai
dokumen untuk dibawa ketika pendaftaran.
5. Sebagainya
yang perlu
Selalunya perempuan ni yang perlukan LTD ni, pelajar
lelaki jarang nak buat benda skema macam ni. Tak pa. selagi perkara tu
menyenangkan kita boleh saja buat..No problem.
Perancangan
5 : Pasang niat
Niat pun masuk ke dalam perancangan? YA! Siapa tu cakap
tak?
Ya..niat pun termasuk dalam perancangan. Niat kita nak ke
sana tu untuk belajar kerana Allah SWT dan akan pulang nanti (graduate) untuk
memberi manfaat kepada masyarakat. Apabila dah pasang niat yang baik, Insha
Allah..urusan kita tu akan mudah dan lancar. Jangan pula terlintas di hati,
‘’nak terlanggar mamat hensem la, boleh sangkut jadi
boy-prank (boyfriend – teman lelaki).’’
‘’jumpa kawan baru boleh la melepak di KL tu. Dengar
cerita sana banyak mall best.’’
Dan sebagainya la yang
buruk-buruk terlintas di hati. No no. no means no. itu yang saya ajar anak
saudara saya. No..No.. yang seusia 1 tahun lebih pun faham kan apa maksud 'no'.
ini kan pula kita yang dah rasa kita dah dewasa.
Setakat tu saja rasanya perancangan-perancangan yang
perlu ada. Teringin juga hati ni nak tolong anda untuk buat senarai satu-satu
supaya memudahkan anda. Tapi, apakan daya. Saya dah berusia. Tak ingat sangat
dah apa yang perlu ada.
Di bawah ni sebagai rujukan dan contoh ye. Sila tengok
& baca jika berminat :
Salinan
Dokumen :
1. Kad
pengenalan
2. Surat
beranak diri sendiri
3. Muka
depan akaun bank
4. Sijil
tamat Matrikulasi/ STPM/ Diploma
5. Surat
tawaran universiti
6. Dan
lain-lain lagi yang perlu photocopy dari salinan asal.
7. Gambar
Passport (Buat banyak, nanti nak beri pada kolej, tampal sana sini, fakulti,
universiti)
Ha, jangan lupa nanti cop pegawai ya untuk semua salinan
ni. Simpan rapi-rapi.
Ps : jangan buat satu salinan sahaja, buat lebih. Supaya
nanti urusan PTPTN/ Biasiswa anda akan lebih mudah sebab semua ni ada dalam
simpanan fail .
Barang
perlu dibawa :
1. Pakaian
yang menutup aurat. Kalau terasa nak bawa skirt pendek atas lutut tu simpanla.
Sebab perempuan dengan perempuan pun wajib tutup aurat pusat hingga lutut ye
tak walaupun tak dibawa keluar bilik
2. Pakaian
Formal (baju kurung, kemeja, seluar slack, kasut bertutup)
3. Pakaian
Smart Casual , kerap juga digunakan.
Contoh smart casual ni spt seluar slack dan T-shirt berkolar pun dah ok. Bagi
perempuan bertudung, tak berkolar pun tak apa.
4. Kasut-kasut
kesayangan.
5. Barangan
mandi.
6. Kelengkapan
tidur.
7. Kelengkapan
belajar
8. Kelengkapan
memasak (kalau tinggal di kolej yang bebas bawa semua ni, Takpun yang tinggal
di rumah sewa)
9. Kelengkapan
solat
10. Al
Quran dan tafsirnya
11. Al
Matsurat
12. Hadis
40 (jika ada).
Selebihnya anda fikirkan.
Saya tulis perkara wajib saja tu.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila ambil nombor ni.
Haha just kidding.
Sila add saya di FB : Nazrah Athirah , dan inbox saya.
Kalau tak add pun masih boleh inbox. Jangan risau Insha Allah saya akan balas
seperti saya balas mesej-mesej kawan baru sebelum ni di inbox. Sekadar membantu
dengan percuma. Bahagian mana saya dapat bantu saya cuba akan bantu.
Tambah-tambah pula yang dapat UPM sekali kan. High five
sikit!
Itu saja untuk hari ni, assalamualaikum! :D
3 comments:
Salam, akak nk tnya skit..
Klau sya x tahu nk buat keputusan nk sambung ke mna? How?
Ap patut sya buat?
salam kak athirah, yuran kemasukan byr sekaligus or blh byr ansuran.
wsalam.
adik2. Kalau x tahu nak buat keputusan, istikharah lah.. dan buat istisyarah, which means you kena berbincang dengan ahli keluarga. tengok minat ke arah mana :)
afif, yuran blh bayar kemudian.
Post a Comment