Thursday, April 9, 2015

Makan VS Akhlak

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamualaikum wbh, 
Apa khabar Iman? 

Alhamdulillah. Hanya 1 hari sahaja lagi berbaki untuk midsem break. Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik beberapa kali saja dah 2 bulan pun lepas. Segala hectic days pun dah berlalu. Apa yang dipohon untuk dilancarkan, ada yang Allah izinkan, dan ada juga perancangan yang diaturNya jauh lebih baik. 



Blurrrr 

Walaupun blurr, nak tunjuk juga. Gambar atas ni adalah daurah Fiqh Veterinar II yang berlansung di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Tajuk yang dibawa oleh Ustaz Fauwwaz ni adalah berkenaan ibadah dalam veterinar. Lebih kurang macam tu la tajuknya. Apa yang dibincangkan & dikupaskan dalam isu ibadah dalam veterinar ni sangat banyak OK. 

Sangat banyak. Dan tanpa disedari, kita ni sangat kurang ilmu. Kesimpulan daripada Ustaz Fauwwaz terangkan ialah, Islam ni tak menyusahkan dan menyempitkan. Jadi, bila kita berada dalam keadaan yang sangat memerlukan diri kita memudahkan sesuatu tu maka mudahkanlah. InsyaAllah. Moga Allah berkati ustaz sebab luangkan masa datang bagi ilmu walaupun ramai yang tak hadir. 

Slot kedua pula diisi oleh wakil dari hub halal Jakim , 

Blur. 

Ustaz Amri. 

Beliau pun hebat. Sungguh-sungguh beliau sampaikan ilmu. Slot kedua ni berkenaan Kontroversi Halal & Haram. Fyi, Pelajar kedoktoran veterinar bukan saja belajar nak treat haiwan, tapi skop bidangnya lebih luas dan utama juga dalam bab makanan. Sumber makanan kita kan haiwan dan tumbuhan kan, jadi bab makanan juga perlu dititik beratkan. 

Antara info yang kita dapat masa daurah hari tu, Sushi King statusnya adalah tidak halal kerana direndam dalam arak. Part mana yang direndam? Nasi dia tu. Nak tahu lebih lanjut, hubungi JAKIM untuk sahkan kenapa Sushi King statusnya tak halal walaupun ramai yang makan di situ. 

Dan, contohnya kalau makanan tak direndam arak sekalipun, jika kedai tu sediakan arak, pun tak boleh juga makan. Apatah lagi kalau nak makan. Dalam hukum hudud, kalau kita minum arak, berapa kali sebatan? 

Kalau makan babi, kena sebat tak? 

Di sini dah menunjukkan, Minum arak tu satu perkara yang sangat berat. Arak tetap arak walaupun ia hanya 0.0001% saja. Hm. Pasal makanan saja dah berjela kan tulis entri. 

Makanan halal ni penting tau. Tak ramai yang sedar betapa pentingnya kita makan makanan yang halal lagi bersih. Bila kita makan, nutrien akan diserap dan membantu penumbuhan pembaikan dan sebagainya untuk 'maintenance' badan kita. Betul? Erti kata mudah, ia akan jadi darah daging. 

MasyaAllah, Allahurobbi. 

Takut kan. Punca masalah sosial atau keruntuhan akhlak dalam masyarakat sekarang kemungkinan besar berpunca daripada makanan. H A L A L sesuatu makanan tu bukan sahaja daripada sembelihan, tapi dari ladang lagi dah perlu titikberatkan halal atau tidak. 

Makanan apa kita berikan pada haiwan ternakan kita? Boleh ke bagi Blood Meal? Bone meal? perbahasan yang lagi luas bab ni sudah diterangkan dalam daurah ni tapi sebenarnya ini cuma pintu untuk kita supaya belajar lebih mendalam lagi. 

Selain daripada tu. Rezeki setiap hari yang kita perolehi tu, berkat atau tak? Kadang tu. Kita sepatutnya bekerja 8 jam setiap hari (makan gaji), tapi selalu kerja 3 jam sahaja. Agak-agak duit yang dibayar untuk 8 jam tu berkat tak? sebab ianya bercampur dengan 5 jam hasil 'titik peluh' melepak, tak buat kerja. 

Scary . 

Kesian dekat anak bini. Diberi makan rezeki yang kurang berkatnya. 

"Aku mana ada anak bini pun"

Ya. Tak ada anak bini pun. Point to yourself, kita guna tak duit tu? 

Unless you work for nothing. Haha. Boo. 1 - 0.

Ok serius balik. 

Penting tau makanan halal ni. Halal juga dikira dari segi kebersihan. Kalau kedai tu letak ayam atas lantai, dikira bersih ke? Tak. Kalau ayam tu dia sembelih je ikut cara Islam, lepastu terus masak tanpa basuhan terlebih dahulu. Bersih ke? 

Hm. Kenapa semua ayam. 

Ok tak kisah la ayam / sumber makanan lain, Kebersihan itu penting. Mungkin tak ramai yang menyedari kewujudan bakteria di alam ni. Sebab tak nampak. Mereka makhluk Allah juga. Sangat kecil dan kecil. Sehinggakan tidak dapat dilihat melalui mata. Mereka berbicara juga tidak dapat didengari :P

Wallahu'alam. Tak tahu mereka bersembang ke tak sebenarnya. Cheq tambah ja. 

Sejak belajar bakteria ni kan, sanitizer sentiasa ada. Tambahan pula asyik deal dengan fresh carcass - for education purposes. Darah tu macam dah biasa bau dah. Menusuk ke hidung. dengan mites 'memanjat' atas labcoat-ku. 

Ah, Peduli hapaaa. 

Hehe. 

Sejak tahu kewujudan bakteria ni boleh menyebabkan pelbagai jenis, baru tahu kenapa Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan. Islam bukan tertutup tau. 

"Eh tutup aurat"
"Eh, solat"

Benda wajib kena buat. W A J I B itu wajib dilaksanakan kerana itu perintah Tuhan. Islam itu sebagai guidance for us. Dari cara beristinjak sehingga lah bab memimpin negara, semua dah ada contoh untuk kita. Dah ada tauladan perlu diikuti pun. Saya pernah mengenali beberapa hamba Allah. 

Hamba Allah mana yang sempurna, kan? Kadang kita pentingkan wajib, Alhamdulillah. itu memang sepatutnya. Tapi bab lain, iaitu bab berbaik sesama makhluk, kebersihan, menuntut ilmu dan sebagainya pun perlu. 

Kita hidup di D U N I A . Dan hidup kita di dunia ni sebagai alat untuk ke akhirat. Maka, gunakanlah alat ini sebaik-baiknya. InsyaAllah. Lama kelamaan, tempoh kita semakin singkat. Sudah bersediakah kita? 


"Sesiapa yang berusaha, dia berjaya". 

Maka, dari bab halal tadi..(sambung balik), dia akan lead kita kepada pembentukan diri kita pula. Kadang kenapa anak tak mendengar cakap, kenapa anak derhaka, atau kenapa isteri tak mendengar kata & sebagainya sila rujuk diri sendiri. Punca rezeki yang kita bagi kat anak-anak tu, macam mana? Berkat tak. Keberkatan tu kita tak akan nampak, tapi hasil dari keberkatan itu kita akan nampak & rasa.

Saya bukan orang yang baik, sebab itulah saya cuba berpesan-pesan kepada kebaikan supaya diri ni juga akan terikut melakukan kebaikan. Salah silap mohon ditegur. InsyaAllah. 


Dan satu lagi nak berkongsi kata-kata Imam Syafie ;

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat maka hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara. Pertama ; HAK KEPADA DIRI iaitu mengurangkan makan, mengurangkan tidur, mengurangkan percakapan dan berpada-pada rezeki yang ada...."

ada lagi hak yang lain, tapi saya nak tekankan sikit pada part mengurangkan makan. Berdasarkan pengalaman saya yang cetek ilmunya ini, saya nak berkongsi sikit.

Sebelum ni saya kerap makan. Dan disebabkan kekerapan makan tu, saya akan jadi sangat malas. Jadi macam kucing pula. Suka makan, Bila perut dah kenyang, mata akan mengantuk. Jadi banyak tidur pula. Bila banyak tidur, akan bahagia (kononnya..), lepastu suka bercakap banyak. Bersembang perkara yang tidak sepatutnya bersembang. 

Dan, sejak beberapa bulan lepas saya cuba diet. iaitu makan makanan yang seimbang dan sihat & kurangkan makan. Sebelum berpesan pada orang lain, kita kena buat dan cuba dulu. Alhamdulillah. Ubat kepada tak tidur dalam kelas ialah kurangkan makan. Bagi space pada perut. Lebih elok berpuasa Isnin & Khamis setiap minggu. 

Aha. 69 hari sahaja lagi akan tiba bulan ramadhan. 
Siapa belum qada' puasa? Sila berbuat demikian yaa.

Berbalik kepada pesanan Imam Syafie, 

maka kurangkanlah makan. Ia berkesan untuk ingatan dan sebagainya. Kalau rajin, kira kalori makanan yang anda makan. Jangan melebihi kalori keperluan. 

Alang alang update blog, kita mau share sikit tips bersyukur ; 

Ingat tak tips bersyukur sebelum ni yang saya kongsi? 

" Sediakan sebuah tabung, setiap hari tuliskan perkara yang kita syukuri. Setiap weekend atau bulanan anda buka balik tabung tu dan baca supaya sentiasa menjadi orang yang bersyukur. " 

Ok, 
Salam. 

'Nak jadi baik, Jaga makan'
'Nak jaga hati, Jaga makan'









No comments: