Saturday, June 6, 2015

Cita-cita dan bakat

Tulis, padam. 

Tulis, padam.

Huh. Apa yang tak kena ni? 

Assalamualaikum wbh, Hello. Berdebar nak tulis entry baru. Dah lama sebenarnya tak update di sini. Sebarang cerpen atau perkongsian semua kita letak di FB timeline, kalau rajin boleh follow FB : Nazrah Athirah. Instagram pun pakai nama yang sama juga. 

Sikit-sikit nak #throwback kan. 

Seingat saya kan, sejak sekolah, saya pernah tanya dekat Mak. 

"Mak, apa cita-cita adik eh? apa bakat yang adik ada?" - me. 

Memang soalan yang sama saya selalu tanya Mak. Mak pun tak boleh jawab soalan tu, sebab memang tak nampak bakat yang ada. Tak terserlah lansung. Diri sendiri pun tak tahu minat benda apa, apa cita-cita. 

Sekolah rendah, hentam ja cakap nak jadi Doktor tapi subjek Sains selalu dapat markah teruk, hehe. Bila sekolah menengah ja cita-cita nak jadi Doktor juga, tapi Sains & Biologi memang teruk. Nak dapat A tu macam nak dapatkan syurga, kena mujahadah lebih sikit! Bakat? Cuba masuk pidato, pantun, debat. Tak nampak pula petah bercakap. 

Cuba masuk sukan, em. Ada sikit-sikit la potensi tu especially dalam martial arts. Ok juga tu. Dalam seni, macam tarian tu. Susah sebab kayu. Oh, memang kayu. 

Lambat juga nak asah diri sendiri. Minat apa, apa cita-cita. Sampai la satu hari tu, keputusan UPU keluar. Masa tu juga baru nak beristikharah. Patut ke nak terima tawaran UPU ni? 

Alhamdulillah, benda baik, kita kena minta bantuan Allah. Minta petunjuk dari Dia. Dan yey, dapat juga kuatkan hati dan dipermudahkan urusan untuk meneruskan perjalanan hidup ni. Jadi, since sekarang dalam track as a veterinary student, maka cita-cita mestila nak jadi doktor haiwan kan. 

T A P I, bila dah 2 tahun belajar, baru rasa dah jumpa cita-cita sebenar. Cita-cita yang sebenar ialah something yang kita akan achieve within 5-10 years (pendapat). Sebagai seorang pemuda, tak rasa doktor haiwan tu sebagai cita-cita utama. Cita-cita yang utama ialah sesuatu yang lebih besar dari tu. 

'Nak jadi pemimpin ummah', itu pun cita-cita. Malah, lebih besar dari cita-cita sebagai seorang doktor haiwan - veterinary surgeon. Tak salah jadi pemuda yang bersemangat. Sekarang ni, memang akan ada orang yang akan memperlekehkan kita.

Bila orang tanya, 
nak jadi apa? 

nak jadi pemimpin. 

Kita jawab macam tu, dan depa ketawa. Tak apa. Ketawa la sekarang, Moga ketawa dan senyuman ni akan berkekalan bila aku menjadi pemimpin nanti. Ha jawab gitu. 

Itu sebenarnya definisi cita-cita. Doktor haiwan atau profesionalisme tu sebagai satu platform untuk kita berpijak dan gapai apa yang sepatutnya kita capai. 

Bakat.

Bakat ni, setiap manusia ada potensi dan kelebihan masing-masing. Bagi saya sendiri, mungkin bakat dari segi penulisan. Sebenarnya bakat ni, daripada sebuah minat boleh bercambah jadi bakat.

Contohnya, minat bidang penulisan. Dari situ, kita asah bakat diri kita untuk jadikan ia sebuah bakat. Hebat kan? 

Bakat ni, ada yang semulajadi. Ada yang perlu diasah. 

Jadi, cari dan jangan berhenti. Ada sebahagian kawan-kawan yang bersembang dengan saya tentang dua benda penting ni. Bila sembang pasal cita-cita, masing-masing akan ketawa. Masing masing akan rasa ni satu perbincangan yang lucu. tak.. tak ada yang lucu pun. Sekarang kita rasa benda ni tak serius, tapi satu hari bila kita pandang ke belakang baru kita tahu pentingnya ada visi dan misi hidup tu a.k.a cita-cita.

Kita, nak ajak orang ubah dan jadi pemuda hebat tu memang susah tambah-tambah kalau diri sendiri pun masih lagi 'tidur'. Pagi pergi kelas. Petang balik kelas mandi, makan. Rehat dan main FB sampai malam. Lepas tu malam duk melengahkan masa, sampai lewat malam. Tidur. Esok buat rutin yang sama.

Fitrah seorang pemuda seperti bersukan, senaman dan sebagainya diabaikan. Nanti tua mula rasa menyesal dan bosan. 

Mulai hari ni, kalau belum ada cita-cita. Sila fikir dan susun strategi hidup. Fikirkan cita-cita kita. Kalau belum ada bakat, sila asah bakat dari minat yang ada. Jangan buang masa! 

*

Lagi 3 minggu, semester 4 akan berakhir. Baki 6 semester lagi untuk tamatkan perjalanan as a veterinary student. Tamat belajar ni bukan ertinya merdeka, tapi ertinya kemerdekaan tu dah mula tersekat sebab fasa belajar dah habis. Nikmat jadi student dah habis. Nak berpatah balik pun dah tak boleh.

kita bakal berdepan dengan kenyataan. 

Apa akan jadi lagi 3 tahun? 
wallahu'alam. 

Senyum. 








No comments: