Friday, June 12, 2015

Ibrah Alam : Belajar dari semut hitam

Subhanallah, cantik pagi ni kan. Cerah je. Matahari pun terbit di sebelah Timur. Masih terbuka pintu taubat untuk kita. Insyaallah. 

Assalamualaikum wbh 

Iman sihat wahai akhwat sekalian? Pagi macam ni rasa macam nak berkongsi sikit. 2 hari lepas kan, sy belek semut tau. MasyaAllah, hebatnya ciptaan Allah! Kita boleh belajar dari semut. Walaupun semut tu kecil dan nampak seperti tak berdaya dan hebat seperti manusia yang mempunyai akal. 

Ni kisah yg sempat sy berkongsi di FB, 

''Semut Hitam & lidi. ''

Sengaja sy jatuhkan pencucuk ni (selalu orang cucuk dekat otak-otak). Motifnya sebab sy nak tengok semut hitam. Jarang semut ni ada. 

* panjang dalan 2.5-3.0cm *

Cuma hari ni nak tengok semut, terpaksa "kotorkan" bilik sikit. Sampah bagi kita, tapi rezqi bagi depa.

Jadi jam 7.50pm sy bergegas keluar bilik. Kalut siapkan hal sy.

Jam 8.05pm, sy dah kembali ke bilik. Makan malam. Sy duduk di meja bilik. Sambil baca nota sikit.

Tiba-tiba sy perasan,
"eh.. Dah bergerak.."

Semut tadi dah mula mengangkut. Bagus! Lepas tu sy buat bacaan lagi. Sengaja ketepikan kerusi sy duduk ni sebab nak bagi depa lalu.

Dalam 15 minit kemudian, sy dengar bunyi benda jatuh. Macam benda kecil jatuh. Tercari-cari benda apa yg jatuh. Pandang tingkap. Pandang katil, pandang kerusi.

Pandang kanan kat dinding.
Eh, laa. Mengangkut sampai ke dinding dah? MasyaAllah! Pantasnya kalian wahai semut.

Kesian. Cubaan pertama, gagal bawa naik. Mungkin sebab bilangan semut tak mencukupi.

Cubaan kedua (dalam gambar). Dah naik banyak dah. Senyum sy sorang sorang. Mujur roomate tak perasan. Hoho.

Cubaan kedua ni pattern mereka macam dalam gambar (semua kelilingi lidi).

Sy perhati je.

Tiba-tiba laju ja bawa lidi ni turun. Eh?

Rupanya sebab ada semut yg keluar dpd mengangkut. Hmm. Patutla turun balik.

Cubaan ketiga. Mereka angkut pattern lain! Melintang. Maka mereka mengangkut dari atas. Jalan pun mengundur.

(di dinding. Mengundur bagi semut maksudnya bergerak ke atas)

Cubaann keempat..

Mrk naik. Sama pattern dengan yg cubaan ketiga, cuma 2 ekor di bawah spt menolak ke atas lagi.

Turun balik.

Cubaan kelima pula? Angkat bucu tajam lidi tu dulu. Sekarang, menegak pula. Tapi sekejap dah turun balik.

Cubaan keenam kembali melintang.

Masih lagi ada cubaan ketujuh (ketika status ni ditulis..) depa masih berusaha keras! Jumlah semut yg mengangkut dah bertambah.

Sebak sy tengok depa ni. Sangat berusaha keras beramai-ramai. Ibrah yg sy nampak dpd depa ni.. Depa beramai-ramai boleh angkat lidi yg jauh lagi berat dpd depa, jauh lagi besar dari kaki depa tu.

Macam tu juga kita.
Duduk dalam jemaah, benda berat akan rasa mampu nak bawa. Kalau kita sorang? Memang susah. Perit. Berat. Sakit..!

Lagi satu, kerajinan semut ni memang tak disangkal. Makhluk Allah yg sangat rajin berusaha. Sy nampak lidi tu macam mustahil nak dibawa melalui dinding ke atas (sy pun tak tahu kemana ia nak dibawa).

Tapi, mungkin bagi semut yg rajin tu tak mustahil. Nanti ada masa sy akan update, apa jadi dekat semut hitam & lidi.. smile emoticon

Benda ni tak sia sia, sebab ambil ibrah dari alam. Manusia mudah lupa.

Allah bagi nasihat melalui kisah depa ni. Spy duduk dalam jemaah. Kalau sorang2 memang lemah & tak kuat nak lawan keadaan semasa sekarang.

#Ibrahalam


Banyak ibrah boleh kita ambil. Ibrah penting yg sy nampak ialah, berjemaah. Berada dalam jemaah kekuatannya luar biasa jika nak dibandingkan berdiri keseorangan.

Apa-apa pertanyaan, boleh terus shoot ke sini k. 

No comments: