Friday, June 12, 2015

Bukan Muslimah Sombong, tapi....

" assalamualaikum " 

" Waalaikumussalam " 

" Ada orang nak kenal dengan awak. Sudi tak? " 

" Siapa tu? " 

" Kawan sy, sekolah rendah dulu. Tapi lelaki la.. " 

" Untuk apa ye? " 

" Saja dia nak tambah kawan " 

*** 

Ops. Ops berkali-kali. 

Belajar untuk menolak yaa sahabat Muslimah sekalian. Belajar untuk menolak. Ya, kita buat bisnes. Kita nanti kan bakal doktor, bakal pekerja, kita perlu ada customer. Nanti kalau menolak, macam mana nak dapat customer? 

*Senyum

InsyaAllah! jangan risau. Rezqi tu semua dari Allah. Allah jua yang bagi peluang kpd kita untuk bekerja. Allah juga bagi kita nyawa untuk teruskan kehidupan. Kita perlu belajar menolak.. Bukan menolak persahabatan, tapi menolak sesuatu yang tak penting.

Kalian rasa, apa kepentingan si lelaki tu nak berkawan dengan perempuan? 

"saja nak tambah kawan". 

Bukan sy tak benarkan berkawan atau menolak sekerasnya persahabatan dengan lelaki. T A P I, Allah bagi peluang kpd sy sendiri untuk mempunyai pengalaman sebelum ni. Kebanyakan lelaki berkawan bukan mempunyai tujuan yang baik. 

Jarang nak jumpa seseorang yang mempunyai tujuan yang baik. Jika si dia benar-benar mempunyai tujuan yang baik iaitu nak membimbing kalian menjadi insan yang solehah, tidak akan sesekali dia berani nak mempertaruhkan imannya untuk melalui jalan yang salah. Dia akan terus meminta kebenaran daripada wali kalian untuk berkenalan dengan jalan yang sebenarnya. InsyaAllah. 

Dengar macam mustahil ja?

InsyaAllah, tiada apa mustahil dengan izinNya. 

Syaitan ni pandai. Mula dengan berkawan biasa, selepas tu salah seorang akan ada perasaan. Lepas dah ada perasaan, mula syaitan mencuit hati dan menghiasi benda tu sampai rasa nak bercinta lah! InsyaAllah nanti kahwin!

Wah, Jaminan sangat. tahu mana percintaan tu akan berjaya yaa? 


Percintaan ke arah perkahwinan tu boleh. 

Apa maksud percintaan ke arah perkahwinan? Jika anda sah. sah akan bernikah dengan dia pada sekian sekian tarikh, silakanlah bercinta. 

Macam mana nak bercinta? Ish, tak faham

Bercinta melalui Allah. Doa dan minta Allah jaga dia. Minta Allah mudahkan perkahwinan kalian berdua. Unless, ada urusan berkenaan perkahwinan, boleh teruskan berhubung tapi mungkin ada pengawasan dari saudara mara terdekat. Sebab dalam tempoh bertunang, apa-apa boleh jadi. Kan? 

macam mana nak tolak pinangan orang yang kita tak berkenan? 

Sebab apa tak berkenan dia? Jika sebab agamanya, tak pa. tolak sebaiknya. InsyaAllah dia akan faham. 

Banyak sangat novel dan cerita-cerita berkenaan bercinta selepas bernikah. Boleh download, boleh beli buku tu dan hadam. Terutamanya cerita dari Ustazah Fatimah Syarha. Sangat digalakkan baca penulisan beliau. 

Perlu ke berkhayal nak bercinta lepas nikah? ee geli la nak baca buku macam tu. 

Depends. Depends on orang. Kadang, nak menguruskan hati yang membuak-buak 'nak kawin awal', 'nak cinta islamik', 'nak dapat laki soleh' dan sebagainya tu bukan senang, Jadi masa hati tengak 'gedik' nak semua tu, sila hidangkan hati tu dengan cerita cinta yang terurus. 

Sebab tu perlu juga ada cerita macam tu. Sebagai satu pengaruh kepada orang yang mempunyai masalah hati (terasa nak bercinta belum pada masanya). Andaikata pernah ter...bercinta sebelum bernikah sebelum ni, tutuplah cerita tu. tutup aib anda sendiri dan jadikan pengajaran diri sendiri. Usah dibuka kembali. Usah dibentangkan lagi di depan mata. Kelak, ia akan jadi penghalang.

ok. 

Back to the topic.

Macam mana nak ubah tanggapan orang yang kita ni bukan sombong?

Be professional. Ikut guide sebetulnya. Ketika berurusan, bermanis muka seperti biasa. Berurusan seperti biasa dan serius dalam perbincangan. C U M A tak perlu la kita bermanjaan seperti kita bermanjaan dengan sahabat perempuan lain. 

Dengan lelaki, kena tegas. 

S E B A B , pemikiran lelaki itu lain dari pemikiran wanita. 

Jika ada urusan pembelajaran, teruskan. Jangan tidak dilayan pula jika ada case study ke, presentation ke, sampai tak mahu bekerjasama. 

Kan dalam group. Apa jua perbincangan, luahkan di sana je. 

Islam ni senang. 
Dah ada GUIDE untuk memudahkan. Jangan disusahkan ye 

Sejak dua menjak ni, banyak tangisan hawa yang sy nampak. Sebak rasanya hati ni bila melihat sahabat seperjuangan jadi lemah disebabkan lelaki. Tak apa. 

Sebenarnya kan, meh nak bagi tips, Macam mana nak sibukkan diri dari fikir pasal lelaki :

1. PRIORITI , selalu muhasabah diri dan ambil tahu apa prioriti yang ada. Sy yakin, semua dan kebanyakan dari kita terikat dengan prioriti. Contohnya sbg pelajar. Amanah Mak Ayah bagi untuk belajar, silakan manfaatkan masa untuk belajar & menuntut ilmu.

2. BERKASIH SAYANG dengan keluarga. Keluarga ramai kan. Jadi, berkasih sayanglah dengan keluarga sebaiknya. Sebab apa? Jika kasih sayang dengan keluarga sudah cukup kuat, dan ada komunikasi, InsyaAllah hati itu akan dipenuhi kasih sayang sehingga tak perlu menagih kasih sayang ajnabi :)

3. CINTA pada Allah. itu yang utama. Perasaan cinta pada Allah tak dapat digambarkan dengan perkataan. Ia perlu dirasai sendiri. Banyakkan luangkan masa dengan Allah. Ada masalah, mengadulah pd Tuhan pencipta kita. Apa jua kegembiraan ke kesedihan ke, berkongsilah dengan Pencipta Yang Maha Esa. 

Allah sayang... 

Allah sayang pd kalian.
Allah sayang pd semua.
Allah sayang.

Kita ja yang buruk. Kita ja hati sakit. Selalu buat macam kita ni tak ada pencipta. 

4. Bersama dengan sahabat-sahabat sejantina. Selalunya, bila berjauhan dengan family, ramai yang akan join usrah. Best ke? Nanti sy akan update entri baru pasal Usrah ek. InsyaAllah, doakan umur sy panjang. Dalam usrah (keluarga), akan dapat kawan-kawan yang act as our family here. 

Syok! Tak la feeling alone. Iman pun selalu je stable kalau ada dalam jemaah. 
Aminnn. Moga-moga macam tu, hehe. 

5. Buat apa yg kita suka. 

Oh, perempuan memang suka macam-macam. Kalau sy, sy suka menulis. Masa tengah menulis cerpen ke, menulis benda merepek ke, memang jangan sapa pun kacau. Hoho. 

Ada yang suka travel. Pergi travel sepuasnya okey. 

Ada juga yang suka hiasan bilik. 

Ha silakan. 

Buat saja apa yang kalian suka, asalkan masih dalam batasan.

Kalau baru putus cinta, apa nak buat?

selalunya kalau baru...baru putus cinta, susah nak recover terus dalam masa terdekat. Jadi perbanyakkan bangun sepertiga malam. Rasailah ketenangan pada waktu pagi tu antara kita & pencipta saja. Bersyukurlah masih punya tempat bergantung, iaitu Allah Tuhan kita. 

Ubat paling cepat, ialah berhubung dengan pencipta. 

Ada yang Allah sembuhkan terus dengan jumpa jodoh baru yang jauh lebih baik - terus nikah. Ada yang Allah sembuhkan dengan memberi ketenangan yang orang lain tak ada. 

Lain orang, 
Lain kesembuhannya. 

TIPS sy bagi tak banyak pun. Cukuplah sikit-sikit guide berdasarkan pengalaman. Apa yang kurang, minta ditambah. Apa yang lebih tu, atau ditokok tambah..maafkan sy. Manusia yang lemah. 

enjoy la hidup ni. Sekejap je pun nak hidup. Buat apa kita suka, jangan biarkan orang usik hati kita jika belum masanya. Sebab hati tu berharga, once orang dah 'sentuh' hati tu, pasti berbekas. Biarlah bekas itu cuma satu. Jangan risau pasal jodoh ke cinta ke. F O K U S kepada apa yang ada di mata kalian sekarang. Jangan hilang fokus! If y're 20++ , Jangan bazirkan masa & perasaan kepada lelaki yang tak ikhlas. 

Jika krn Allah, 
Dia akan dapatkan sesuatu yang diciptakanNya juga dengan cara yang terhormat. atau anda rasa nak dapatkan sesiapa sahaja secara terhormat wahai hawa, Silakanlah jika anda bersedia.

Bukan Muslimah Sombong, tapi...kalian ada Allah. Kalian berharga. 

Mudah-mudahan.. 

Jika ada apa-apa persoalan, atau perkongsian, Boleh PM sy di FB : Nazrah Athirah, atau masuk link ni ask.fm/NazrahAthirah  . Banyakkan berzikir dan mengingati Allah, dan berselawat ke atas Rasulullah. 








No comments: