Sunday, July 26, 2015

Sciatica

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum 

Salam Syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sahabat Muslim saya yang meraikan hari lebaran tahun ni. 

Sihat ko? Selalunya bila dah habis raya ni macam-macam penyakit timbul. Saya sendiri pun 'berpenyakit' selepas beberapa hari raya. MasyaAllah. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. 

Bermula sakit ni dalam raya ke-3. Sakit bermula dari belakang pinggang dulu. Tak boleh nak rukuk masa solat. So bila rukuk pun sakit, sujud pun sama juga rasa sakitnya tu. 

Benda ni berterusan agak lama, dan saya buat keputusan nak pergi mengurut. Bukan apa. Mungkin ada salah urat sebab makan macam-macam. Jadi saya pergi ke tempat mengurut. Sakit juga Makcik tu mengurut. Rasa macam dia tekan tempat lain. 

Keesokan hari, saya masih sakit dan bertambah teruk! Dah tu bertambah pula sakit di tempat lain siap lebam lagi sebab urut semalam. Solat pun dah tak berdiri. Tak berkemampuan nak beridri. Kata Makcik tu, saya tak cukup Kalsium. Rupa-rupanya salah tekaan Makcik tu.

Hari ni saya pergi hospital. Rupanya sciatica. Anda tahu sciatica tu apa? Sciatica tu sebenarnya satu penyakit la, tapi hanya sementara sahaja bergantung kepada tahap kesakitam kita. Kalau teruk, maka masa yang diambil untuk sembuh juga lama. Atau mungkin juga akan dibedah untuk melegakan sciatic nerve yang sakit tu. 

Punca saya boleh kena sciatica ni sebab saya angkat berat. Nak jadi abang sado la katakan. Buat macam diri ni kuat sangat pula. Ramadhan lepas saya cuti semester. Jadi saya kena angkut barang sendiri berkotak-kotak simpan di stor dan masukkan dalam kereta bawa balik rumah kakak. 

Berkotak-kotak tu bukan apa, tapi sebab banyak buku disimpan. Buku kita belajar pula tahu kan tebal tebal belako. Nak tak nak kita kena simpan buku tu. 

Jadi.. Itu punca utama saya rasa kenapa boleh sakit. Doktor suruh berehat lama dan jangan buat kerja berat. Just dapat ubat tahan sakit dan minyak angin. 

Alhamdulillah. Sekurangnya kita tahu juga la kenapa kita boleh sakit sampai nak jalan pun sakit, nak rukuk pun sakit, duduk pun sakit juga (hari ni). Semua ni ujian tarbiyah dari Allah. Allah tak akan bagi ujian jika kita tak mampu nak atasi sesuatu masalah tu. Saya cuma sakit di kaki..tapi masih punya kaki untuk berjalan. Rasa nak menangis juga kalau berdiri lama. 

Sekarang masih lagi sakit. Dan kebetulan cuti semester kan. Jadi kita berehat cukup-cukup. Moga Allah mudahkan urusan selepas ni. 

Ps, kalian yang minat membaca penulisan sila LIKE page FB Bunga Besi. 

Jaga diri, jaga iman, jaga hati. 

No comments: