Monday, September 14, 2015

new update

Bismillahirrahmanirrahim, 

day 8/ 115. 

Thanks Allah, I'm still alive. Peluang untuk bertaubat dan make an improvement from day to day. On 11th september sebenarnya saya tak sihat. Sejak 7 minggu lepas lagi kurang sihat tapi Allah masih lagi bagi peluang dan kudrat untuk buat perkara lain. 

Now I'm DVM3! 

Ni pun satu perkara yang saya perlu bersyukur. Sebab sudah half way of my degree journey. Cepatnya masa berlalu. Dah hampir 3 tahun saya belajar veterinar UPM. Semakin rasa sayang dengan classmates, environment di kolej dan fakulti, lecturers yang sporting baq hang. Minggu pertama DVM3 saya join Kem Keusahawanan Veterinar 2015. Kem bertempat di Aston Hotel, Nilai, Negeri Sembilan. 

(banyak cerita nak dikongsikan sebenarnya)

Kem tu 11hb sehingga 13hb September. 31 orang saja yang sertai. 

Best ke? Mulanya rushing balik dari Pusat Kesihatan Universiti, dan rasa malas dan sakit nak pergi. Sakit kaki dan mula batuk-batuk sebab haze sekarang semakin teruk especially di kawasan bandar. Tapi diri ni gagah juga nak pergi sebab dah bagi nama, tak nak susahkan urusan orang pula. Lagipun kesian yang tak dapat pergi (kuota penuh) tu. Last minute cancel, kan dah aniaya orang? Fikir sedalam-dalamnya. INI BUKAN SKEMA. Ni perikemanusiaan (hahaha). 

Dalam kem tu sebenarnya banyak yang saya dapat. Hari pertama kami ada ice-breaking yang sangat unik. Minta sign, dan 10 orang pertama yang berjaya dapatkan sign akan dapat prize (choco ball je). And I'm the ninth! 

saya dipanggil ke depan. 
seorang lagi Fahmi, DVM5 pun dipanggil ke depan. 

Jadi kami kena tukar biodata untuk kenalkan diri masing-masing. 

dengan cara macam tu lagi senang nak kenal. dalam masa satu malam boleh kenal 28 orang peserta. Trainer yang handle kem kami ni dari Cerna Minda. Kalau anda perlukan trainer boleh la call Cerna Minda. Pandai tackle hati kami ni untuk program, especially Encik Hisyam .

Punchline dia memang best. Kami diberikan satu company. ada 4 company kesemuanya. dalam satu company ada dalam 8-9 orang. Nama company kami- Ichi Ban (number one). Dalam kem ni, at first kami diberikan 50,000$. Seterusnya, siapa yang yawning atau pegang phone akan diberi penalty (malam pertama 1,000$, kedua 3000$, ketiga 5000$) dan penalty perlu dibayar kepada semua company lain. 

saya as CFO (chief of financial officer), memang kerja jaga duit. sistem macam ni sebab nak diajar kepada kita cara manage duit company masuk dan keluar. IHari kedua, kami perlu siapkan tender. Satu company ni, perlukan penyelesaian kepada masalah mereka. masalah mereka ialah, telur ayam yang dihasilkan selalu pecah sebab jatuh dari 12 kaki ketinggian. Kami perlu beli barang dari koperasi supaya kami dapat bina prototaip. Idea yang tiba-tiba datang, kumpulan kami beli semua tape yang ada di koperasi. Kumpulan lain yang nak tape boleh dapatkan dari kami. 

dan hasilnya.. 

jengjeng (gambar tak dapat nak upload), group kami menang tender! dan menang kreatif! Idea designer group kami. yey lagi! 

Seterusnya kami menang lagi presentation business proposal, yey jugak! 

dan akhir sekali, dapat hadiah untuk pemenang pertama, company Ichi Ban! yey. Company kami jual bun yang ada inti daging arnab, ada juga flavours lain. seperti strawberry, blueberry, etc. tapi semua ni sekadar game sahaja untuk kami aplikasikan nanti ke dalam dunia usahawan sebenar. idea keluar mencurah-curah selepas kem ni untuk teruskan bisnes yang memang sudah bertapak setahun lepas, mohon doa dari kalian supaya saya dapat capai impian saya dalam masa 5 tahun lagi (kalau masih hidup)

LIFE AS DVM3 

kadang tu lupa pula diri ni dah third year. so far memang best. belajar sem ni banyak lab saja (everyday), virology, pathology 2, immunology, pharmacology, vet investigation, listening to clinical rounds presentations (8-9am every morning), parasitology, lax, and small ruminant health management. minggu pertama semestinya kejar tarikh test dan due date assignment. 

priority kali ni pun still sama;

pertama : agama
kedua : keluarga
ketiga : education (in terms of educate others atau diri sendiri)
keempat : bisnes
kelima : kawan

moga Allah permudahkan jalan nak menuntut ilmu ni sampai bila-bila. 
dan semoga cepat turun berat. Kohkoh. 

why bisnes menjadi salah satu prioriti? penting dari members pula tu. antara salah satu faktor ialah sebab saya menanggung diri sendiri untuk survive, now financial memang kena jaga baik-baik unless balik bercuti ke rumah. sebab duit ni banyak perlu dipakai, whether for practical for every sem di tempat orang atau nak belanja diri sendiri buat itu ini. berdikari. the term yang memang saya tengah hadam sekarang. hadam dan belajar puas-puas untuk berdikari. buat segala keputusan pun sendiri, pening pun sorang-sorang. selesai masalah sendiri. no one can do anything for you. 

be strong and keep positive always. 

ingat selalu orang yang lebih susah dari kita. sekurang-kurangnya kita masih ada nikmat lain yang dapat membantu kita jadi lebih baik, kan? usaha keras bila usia masih muda macam sekarang ni. siapkan persediaan untuk keselesaan di hari tua, dan untuk anak-anak (if married, InsyaAllah). Persediaan untuk akhirat nanti juga jangan lupa. supaya selesa di hari akhirat. kalau tak ada jodoh di dunia pun, persediaan untuk jadi bidadari syurga. walaupun diri ni tak layak, tapi ada juga impian. Huhu

Ingat ye gegirls di luar sana, belajar berdikari. Belajar untuk know everything. Kalau tak tahu belajar banyak-banyak. dont put much burden on your parents, sebab dah burden sejak kecil lagi. dan bersedia mental, fizikal jika ditinggalkan suami (nauzubillah). sebab banyak kes perempuan kena tinggal sekarang ni. saya sayang awak, kaum hawa. belajar dan selalu bersedia. Allah ada. 

belajar rajin-rajin (sesiapa yang masih degree, master, phd student), fokus kepada tujuan utama. sekarang ni curi masa nak study sebenarnya nak update blog sebab ada kawan pesan supaya jangan berhenti menulis. sebab tu entri kali ni caca merba sikit ayat (campur bahasa melayu dan bahasa inggeris). maafkan saya salah silap. 

InsyaAllah jumpa lagi di entry akan datang! 

mohon doa kalian,
doakan saya jadi insan berjaya dunia akhirat. 

No comments: