Thursday, October 1, 2015

disisihkan kawan baik? Jom baca

kekenyangan. alhamdulillah 

Petang macam ni (dingin dan mendung sebab baru lepas hujan) rasa mengantuk pula. Seronok kan kalau dapat tidur time macam ni? Tapi feeling tidur petang tak best macam tidur malam. Kualiti masa tidur setiap orang berbeza-beza. Kalau saya, prefer untuk tidur dalam waktu 9pm - 5am. 8 jam tidur tu dah lebih sebenarnya, nanti turn out bertambah letih, haha

minggu ni sibuk sangat. minggu ke-4 ni dah mula Test 1. most programs di UPM akan hadapi test waktu genting macam ni lah. dugaan sebagai pelajar dan cari duit dalam masa yang sama bertambah lagi mencabar. cari duit ni memang susah sebenarnya. baru faham keperitan parents yang nak besarkan anak-anak. duit tu bukan tunggu je dapat tau, kena usaha.

a lot of things dapat kita belajar kalau kita bekerja sambil belajar. firstly, dapat belajar jadi orang bawah sebelum kita dapat jadi orang atasan. kedua, dapat buka minda kenal dengan masyarakat. saya pun 'bekerja' tapi masa bekerja saya ni 24 jam, bila customer mesej je terus laju saja nak balas. memandangkan test Parasitology 1 tadi baru saja habis jam 3.45pm, saya terus laju-laju jalan balik kelas. on the way nak balik dari kelas tu, nampak kucing member. dekat tepi jalan. basah kuyup dia. lari-lari ikut saya.

masa saya nak pergi kelas pagi tadi pun dia ikut. silap orang kut? 

(abaikan cerita kucing tu)

minggu ni berlalu cepat ja lepas raya aidiladha 3 hari tu. syukur sangat dapat spend masa dengan family walaupun risau kerja bertimbun dan ada test Isnin tu. berkorban masa study demi family tu tak apa. family kan priority. apa yang penting, perasaan dan hati mak tu kena jaga. bila lagi nak jaga? Tak kan nak tunggu grad baru nak jaga perasaan Mak. 

asalkan Mak happy pun dah cukup, 
alhamdulillah


Kami beraya di Kampung Morten, Melaka. SELFIE dan snap gambar banyak-banyak lepastu simpan rapi dalam otak, phone memory, dan lappy. Nak upload tapi kami segan (malu dan malas). Cukuplah sekadar cerita.

24 september, Khamis

Bangun awal pagi, selesaikan yang wajib dan buat yang sunat-sunat di pagi raya. Tolong Mak masak rendang dan Nasi Tomato. Tengahari, kami ke Jusco bandar. Cuci mata dan beli barang penting. Boleh jalan-jalan juga dengan Mak. Itulah cara nak exercise selepas makan nasi, ayam, brownies dan lain-lain, kami terus balik. 

balik tu, makan pizza satu slice. teringin sangat. orang kata kalau teringin sangat dan makan laju ni macam nak ada masalah ja kan. 

25 september, Jumaat

petang tu dah checked in homestay Kampung Morten, dan pergi Jusco sekali lagi. Walaupun petang tu ada rasa loya-loya tapi saya gagahkan diri juga nak pergi sana. Bila kereta bergerak, loya tu makin bertambah-tambah.

cari ubat dekat farmasi. ubat untuk tahan muntah. 

dalam kereta makan cepat-cepat ubat tu.. kononnya nak tahan muntah tapi sebaliknya, muntah banyak sangat. berulang-ulang kali. dah rasa macam nak putus urat tekak. 

berterusan sampai ke rumah. 
lunyai atas katil. solat pun terketar-ketar sambil tahan muntah. 

beserta cirit birit. 

dalam hati istighfar saja berulang kali nak bagi tak sakit. itu saja "ubat" tahan sakit yang ada. alhamdulillah, lepas isya' saja terus tertidur sampai ke Subuh. waktu Subuh, muntah dah berhenti tapi loya tu masih ada. 

7 pagi 26 September

saya bangun..terus sarung tudung, saya keluar dari rumah tu. Pergi duduk tepi sungai.. MasyaAllah, sejuk rasanya. tenang mata memandang. Semalam (waktu saya sakit tu), saya tak keluar rumah pun tengok fireworks orang situ main. bunyi kuat, ingatkan ada perang. rupanya depa main bunga api, kebetulan family pun buat bbq malam tu tapi saya tak dapat rasa semua tu. kebetulan masa yang sama kakak pun muntah.

lepas tenangkan diri dekat tepi sungai, anak sedara dah bangun minta suapkan aiskrim. sempat juga hadap sikit aiskrim tu nak isi perut.

Petang tu, kami balik ke rumah kakak. Tinggal sana sampai hari Sabtu (27 September 2015)

Allah permudahkan. Test 1 Pharmacology tu walaupun rasa susah, tapi dipermudahkan urusan nak menjawab. doa seorang ibu kan, makbul. Aminn. Hari ni habis ja test, beli makanan dan jawab mesej customers laju-laju. sambil tu call Mak dekat Kedah, syok sungguh la bila dapat dengar suara Mak. rindu dekat Baby dan Boy sekali (pet) tapi depa tak reti nak jawab call, tu masalahnya, kalau tak mesti dah bersembang tiap hari. Last jumpa depa pun bulan lepas (september). 

hari ni nak share cerita sikit, tentang kawan. Kebanyakan entri saya yang lepas selalu sebut pasal kawan kan? tapi kali ni nak sebut juga sekali lagi. saya suka refleks keadaan hidup saya sendiri dan dalam pada masa yang sama juga saya akan share apa yang saya refleks tu dengan orang ramai melalui blog ni. 

Bagi saya, tu kepuasan. 

Dan kalau saya sedih dan kecewa juga dengan manusia, saya akan sibukkan diri. Cuma apa yang saya nak nasihatkan (nasihat untuk diri saya sendiri juga), jangan bergantung dengan sesiapapun termasuk kawan-kawan. bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Kalian usaha, lepastu berserah kepada Allah untuk tentukan macam mana. Jadi, untuk kisah kawan kali ni. ada kaitan dengan berdikari dan kawan. 

Pernah tak, kalian hidup dengan kawan-kawan (secara berkelompok) selepas tu, kalian rasa disisihkan? Begitu juga dengan saya. Mungkin saya tak bijak bergaul secara rapat dalam kumpulan melebihi 2 orang. Sejak dahulu lagi saya suka berkawan rapat dalam kelompok yang kecil tapi dalam masa yang sama masih ramai kawan. Dulu masa sekolah ada juga rasa macam ni (sekali dua sahaja), sekarang bila dah masuk universiti saya dah gunapakai pengajaran untuk kes lepas-lepas. 

bezanya dulu dan sekarang, saya lebih senang bergerak sendirian. Sebab tu, teman saya sekarang ialah BUKU. Tak kira buku jenis elektronik ataupun tak, asalkan BUKU jadi teman. Selain buku, al Quran akan menjadi teman. 

Banyak benda lagi kita boleh buat selain daripada berhuha sana sini. Cara setiap individu untuk berhibur sangat berlainan. Tak semua orang sama. Ada yang suka berhibur dengan cara ini, kita pula dengan cara itu. Buat apa yang diri sendiri selesa. 

Tentang kawan macam tu (yang saya terangkan tadi), abaikan saja. Jangan rasa diri tu tersisih! Biar mereka yang rasa rugi kalau hilang sahabat macam kalian. Buktikan pada mereka tu, kalian adalah insan yang Allah pilih - yang paling berharga tapi jangan riak pula tau. Jadikan diri tu yang terbaik. Kadang-kadang bila kita ada 'geng' macam tu, kita terikut-ikut orang yang dominan. Diri kita sangat layak akan penghargaan. Siapa lagi nak menghargai diri sendiri melainkan kita? 

Hanya kita saja dapat kenal diri sendiri. 

Buat bond yang sangat erat dengan Tuhan Pencipta Alam. Biar strong, kukuh, tough, sado betul-betul supaya kita dapat 'jentik' je masalah-masalah yang datang. Kawan tu boleh dicari. InsyaAllah, sibukkan lah diri dengan buat bisnes (kalau minat), cari duit banyak-banyak. Bila fikiran dah penuh dengan ilmu dan nak uruskan diri mesti tak sempat nak jadi tak matang atau sibuk nak bersedih "tak ada kawan" kan? 

tips atas ni boleh digunakan juga untuk orang yang putus cinta. 

Allah will replace something better

Betul. 

Dia akan bagi lebihhh lagi. tapi dengan 1 syarat. Hadapi semua ujian tu dengan tenang dan sabar. Jangan melatah nak sedih tak ada kawan. Buat kawan yang baru. Ramai lagi kawan lain yang sudi jadi kawan kalian. 

Create a lot of new bonds. with Allah and new friends. 
don't forget to be happy and enjoy your life





No comments: