Tuesday, May 31, 2016

Sedekah

assalamualaikum wrbh

after a very long time 
finally I managed to update the latest entry (subhanAllah, thanks Allah)

How are you readers? 

Minggu sekarang dalam semester enam vet school is week-14. Selalunya semester-semester yang lepas akan ada waktu yang sangat lapang dalam week-14 but unfortunately (but kinda fortunate) full dengan practical exams and OSCE. 

Buat yang belum tahu apa itu OSCE, rajin-rajinkan google. OSCE dalam bidang perubatan selalunya, akan ada tahap penilaian untuk skills yang kita dah belajar dalam tempoh tertentu. within a limited time and being assess by experts, bayangkan. 

Ahad lepas, 
dan tengahari tadi

selesai OSCE dan Surgery Practical exam. Untuk both exam ini, akan ada beberapa stesen untuk kita perform some skills. Eg: History taking, restraint the dog, restraint and listen to the contraction rate of rumen sound dan heart beat and pulse rate of horse. Itu soalan-soalan yang kami dapat. Mostly guna haiwan yang betul which is haiwan yang ada di teaching school kami (FPV UPM dan UVH). 

Sangat senang kalau kita tengok soalan, tapi without practices and focus tak akan dapat buat semua tu. Apa yang paling penting adalah kawal nervous anda okay. Aku sendiri nervous sampaikan bercakap dah tak mampu keluar suara. Nak pakai stetoskop pun boleh shaking tangan. Haa..jangan buat main dengan benda yang melibatkan nervous ni. Alhamdulillah, everything went well. Allah yang tolong.

Khamis dan Jumaat akan ada practical exam pula, one slide change to another slide dan jawab cepat-cepat. 1 min/ 2 min per slide. Baca arahan, tengok gambar, dan jawab. Moga Allah permudahkan urusan.. Minggu depan dah mula masuk study week. And finally 2 weeks final exam. Semua ni adalah detik-detik terakhir nak habiskan paraclinical year for vet school. Makin lama rasa semakin takut nak masuk clinical year but your seniorsss and super seniors did it, tak kan kita tak boleh? In Sha Allah

and

Hari ni update entry sebab nak share sikit pasal sedekah. Dulu amalan mulia spt sedekah ni jarang sikit nak dengar.. kita tahu teori je tentang fadhilat sedekah, contohnya, kita akan dapat ganjaran berlipat ganda dari Allah SWT. Sekarang ni dah banyak cerita-cerita berkenaan sedekah di mana Allah balas balik di amalan sedekah itu asalkan ikhlas, dengan sesuatu yang lebih baik

contohnya, dapat jawab exam dengan baik atau dapat RM50 sebagai ganti kepada RM1 yang diberi secara ikhlas semalam. 

Itu belum nampak lagi pahala yang Allah bagi.
Itu baru je atas dunia..

Sedekah ni something yang perlu diberi hari-hari, tapi kita kena jaga niat. Niat biar kerana nak beramal kepada Allah dan bukannya semata-mata nak jadi jutawan atas apa yang diberi dan mengharapkan balasan ganjaran di dunia. Jika terlupa kunci keikhlasan, semua tu akan jadi sia-sia. Penat. Nak ke buat kerja penat?

Amalkan sedekah setiap hari. 

Terutamanya sedekah pada ahli keluarga, dan baru orang luar dari keluarga. 

Membantu menyelesaikan masalah orang lain pun satu sedekah, membantu orang yang susah in term of tenaga pun tak pe, asalkan memanfaatkan orang lain.

Orang mungkin tak mampu balas perkara serupa, tapi Allah mampu membalas dengan benda yang lebih baik!

Kalau hidup kita rasa makin sempit dan susah, 'bersandarlah' kepada Allah dan perbanyakkan amalan terutamanya membantu orang lain, berakhlak baik sesama manusia dan makhluk lain (hidupan lain). And...after that, moga Allah memberi kelapangan kepada apa yang bakal kita lalui. 

Itu saja pesanan dan sikit sharing.
Goodnight!


No comments: