Wednesday, August 17, 2016

Happy Holiday! - Tips sihat

Assalamualaikum wrbh

Berkurun dah tak update langsung blog ni. Bersarang siap berkulat lagi ha..

Alhamdulillah, seminggu lepas baru je habis praktikal yang ke-9. Buat di FFM Sdn Bhd (Trong Layer). Banyak input dapat dari farm sana. Boleh praktis apa yang kita belajar sebelum ni. Sem break berbaki 16 hari je lagi, dah tak lama nak masuk clinical year!

Excited tu ada, tapi more to nervous. Sem baru, banyak perkara unexpected might happen kan but we need to take it as a challenge, and I love challenge.

Banyak peristiwa yang jadi sejak daripada last entry til now. Rasa nak share satu persatu tapi atas kekangan masa, tak dapat nak share semuanya sekarang. Dapat update entri baru ni pun sebab ada di laundry (sis tengah basuh baju) dan sambil tu siapkan 'task' yang Mak bagi. Katanya, dapat offer nak coach orang supaya turunkan berat badan. Yes, she's a fitness trainer area Jitra, Kedah. Come and join us di studio fitness atas tingkat 3, bersebelahan hotel Nasmir (berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra). 1 jam saja tapi korang akan rasa puas hati sebab pecah peluh dan bakar banyak kalori kalau buat bersungguh. Tiap Ahad, Selasa dan Khamis.

Bersyukur sebenarnya dapat nikmat cuti sem. Macam-macam boleh buat walaupun end up tengok tv, tidur, makan.  Kesedaran nak jaga kesihatan badan tu je makin meningkat sejak cuti. Alhamdulillah. Bukan sekadar nak turunkan berat, tapi nak jaga kesihatan dalam jangka masa yang panjang juga. 

Alang-alang cerita pasal kesihatan..saya nak share sikit info kesihatan yang saya hadam sana sini, yang mana salah boleh perbetulkan.

1. Minum banyak air kosong. Air kosong suam atau sejuk terpulanglah, tapi for girls out there, digalakkan minum air kosong biasa atau suam. 1 liter untuk 25 kg berat badan. Kalau berat 50 kg, boleh ambil 2 liter air sehari. Khasiat air kosong ni banyak, other than natural detox boleh juga mencerahkan kulit tau! Sebolehnya minum air kosong je tiap hari. Tak payah minum air manis kalau tak banyak pakai tenaga 

2. Kurangkan karbohidrat -- bagi sesiapa yang ambil banyak karbohidrat tapi kurang beraktiviti. Sebetulnya ambil dalam portion yang betul, 1/4 nasi je dalam pinggan, 1/4 lagi protein, 2/4 lagi sayuran atau buah. Kalau kita jarang gunakan tenaga, seeloknya kurangkanlah pengambilan karbohidrat tu. Ambil yang sepadan dengan aktiviti harian..

3. Senaman! penting ni, dulu masa saya malas senaman (tak mahu comot berpeluh), sekarang sejak berkawan dengan orang yang amalkan hidup sihat, saya pun rasa nak sihat. Seronok berpeluh ni, keluarkan toksik dalam badan. Di awal senaman dulu, kulit saya akan gatal setiap kali berpeluh (menandakan peluh bertoksik). Gatal yang buatkan saya tak senang duduk! tapi saya lawan juga dengan senaman lagi, lagi, lagi..alhamdulillah, sekarang dah ok dan tak gatal lagi bila berpeluh.

4. Minum green tea. Green tea bagus juga untuk detox. Kalau korang nak turunkan berat badan, sebolehnya detox dahulu barulah mulakan diet. Mulakan diet yang buat korang selesa dan happy k. Tak kira apa jenis diet pun walau atkins diet, calories diet, etc..buat betul-betul.

5. Makan buah. Buah yang dipilih tu biar bersesuaian. Contohnya kalau boleh ambil epal, lemon, etc. Epal membantu tingkatkan metabolisma badan tau. Pisang pula tinggi gula, boleh ambil tapi waktu pagi atau sebelum buat apa-apa kerja. Nanti bila bekerja, korang boleh 'bakar' balik.

6. Pilih gaya hidup sihat. Kalau korang ada pilihan either lif atau tangga untuk naik tingkat 2, pilihlah tangga kalau nak bakar kalori. Air kosong pula, sediakan selalu dalam beg, kereta, etc.. Bawa je. nak malu apa.

7. Sayang diri sendiri. Apa jenis bentuk badan pun sekalipun, sayang bentuk badan anda. Jangan compare dengan orang lain, just be better for yourself ok? 

Tu je tips ringkas untuk hari ni. Sebelum mula diet, atau nak jaga kesihatan, study dulu pasal kesihatan. Malas membaca boleh tengok videos. There's a fun way for better learning! Enjoy!

Ada masa lagi, In Sha Allah saya akan share lagi

No comments: