Friday, October 14, 2016

Don't Lose Hope

wahai pemilik nyawaku..
betapa lemah diriku ini..
berat ujian dariMu
ku pasrahkan semua..padaMu
Tuhan,
Baruku sedar..
Indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini aku harapkan cintaMu
 
kata2 cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..
butir2 cinta airmataku..
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah
selama ini...
ya Ilahi..
 
Muhasabah cintaku..
 
tuhan kuatkan aku
lindungi aku dari putus asa
jika ku harus mati..
pertemukan aku dengan Mu
 
Kata-kata cinta terucap indah..
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang ku rasa..biar..
jadi penawar dosaku
 
Butir-butir cinta airmataku..
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah
selama ini
ya Ilahi..
 
Muhasabah cintaku..
-edcoustic (Muhasabah cinta)
 
Assalamualaikum wrbh
 
 
Semester ni rasa 'berat' sangat, sebab Allah bagi ujian untuk 'dikendong' sepanjang semester ni. Di sebalik kesibukan masa dan jadual sebagai student clinical year, terselit juga kesibukan-kesibukan lain (uruskan urusan yang Allah bagi sejak awal sem). Urusan tu..berat. Lebih berat dari rotation yang vet student tengah hadapi sekarang. Betapa beratnya nak dipikul masalah tu..
 
Petang tadi, saya terus gerak ke bangunan pentadbiran untuk urusan yang belum selesai sejak minggu pertama Semester 7 ni. Sempat tukar kad bank juga (CIMB) sebelum jumpa dengan pegawai HEP UPM. Alhamdulillah, selepas selesai satu urusan, ada lagi satu urusan. Apabila berjumpa dengan pegawai tu, alhamdulillah, dipermudahkan. Cuma...bila dia bagi penjelasan tentang 'masalah' yang saya hadapi, rasa nak berderai air mata. Sekali lagi Allah beri ujian selepas ujian yang sebelum ni masih belum selesai. Allahu.
 
Saya tahan. Tahan air mata tu.
Keluar saja dari pejabat pentadbiran, rasa macam kaki ni berat nak pergi bus stop (tunggu bas balik fakulti). Berat sangat. Mata pun berat. Duduk je dekat bus stop tu, mata ni macam tak nak berhenti dari mengelamun. Air mata ni masih bertahan tak keluar keluar lagi. Berat ujian dariMu..tapi Allah tak akan uji jika Dia tak sertakan penyelesaian. Allah juga tidak akan menguji jika Allah tahu kita tak boleh nak hadapi ujian ni. Allah tahu kemampuan kita. Allah Maha Mengetahui.
 
Sepanjang jalan je, istighfar. Rasa sayu. Aircond pun rasa terlampau sejuk dalam bas tu. Sampai sahaja depan kawan di fakulti, terus menitis air mata ni..
 
Allah. Kuatkan aku.
 
Setiap orang ada masalah masing-masing. Setiap orang, Allah uji cuma cara kita berbeza. Lepas balik je dari fakulti, saya terus cuba untuk cepat-cepat heal. Alhamdulillah, sekarang 10.32 pm saya dah heal sepenuhnya walaupun masalah masih belum ada penyelesaian. Sebenarnya, di sebalik ujian-ujian yang Allah bagi sebelum ni, besar sangat hikmahnya. Allah sedang menguji dan beri persediaan untuk lebih kuat pada masa akan datang.
 
"Dan kami berikan kepada mereka azab supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)" az Zukhruf: 48.
 
"Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab di dunia sebelum azab lebih besar di akhirat; mudah-mudahan mereka kembali ke jalan yang benar" as Sajdah: 21.
 
"Tidaklah seorang Muslim akan ditimpa penderitaan, kesakitan, kesedihan, kesusahan dan kecemasan kerana duri dipijaknya melainkan Allah SWT akan menghapuskan semua kesalahannya (sebab musibah yang diterimanya itu)" - Muttafaq Alaih
 
 
-dari buku : Ajari aku mencintai Allah.
 
Di sebalik kesedihan hari ni, Allah bagi 'pujukan' lembut melalui apa yang saya terbaca hari ni. Satu lagi, masa saya skrol fb tadi, status pertama yang saya Nampak dari Dr Bilal Philips,
 
 
"Don't despair because of the bad things that happen in the world. Despair doesn't change anything. Rather than focusing on bad news, focus on what you can do to improve things. Even if it's something small.
 
Know that this is a world of tests. You are not held accountable for what you can't do, but for what you can do. So, do whatever good you're capable of and put your hope in your lord"
 
SubhanAllah, SubhanAllah, SubhanAllah.
 
Hebatnya Allah. Allah bagi kesedihan, tapi di sebalik kesedihan tu, Allah 'bukakan' hati untuk nampak nasihat yang baik-baik (manusia sebagai perantara). Saya mohon pada kalian, selitkan doa juga kepada saya supaya diberi kekuatan untuk hadapi masa yang akan datang.
 
Pada kawan-kawan yang juga ada masalah berat; kesihatan, pembelajaran, etc.. perbanyakkan kesabaran. Sabar kita memang ada limit, tapi kesabaran itu mampu melebihi tahap dengan perbanyakkan amal soleh untuk mendekatkan diri padaNya. Moga Allah bagi kita ketenangan untuk hadapi ujian-ujian yang akan datang, don't lose hope. Teruskan bersabar dan perbaiki kelemahan kita. adakalanya ujian datang ni, musibah datang...sebab Allah bagi perhatian, Allah nak kita 'repair' diri kita sendiri. Allah tegur supaya kita lebih taat padaNya, lebihkan kebergantungan padaNya, jauhkan diri kita dari perkara yang melalaikan.. InshaAllah.

Lepas tu nak share sikit dengan korang. Saya ni bukan a fast learner sebagaimana classmates, I'm a slow learner (I guess) dalam akademik ni. Contohnya semalam, dalam rotation lab, kami perlu prepare sample smear. Orang lain dah jauh je pergi, saya among the last 2 person yang masih preparing benda tu sedangkan kawan-kawan dah siap boleh view slide di microscope dah. Rasa frust! tapi saya kena buat juga. Saya buat juga dan tak pandang siapa laju dari saya. Saya buat je slowly dan rujuk pada doktor yang supervised. Benda tu dah belajar, just recap and re-do this sem. Alhamdulillah, lepas 10 trials, saya Berjaya buat smear. Alhamdulillah, doktor pun puji cakap cun smear saya yang last compared to other ten! Even a small thing macam tu pun, rasa bersyukur & puas hati and inspiring me to do other things as well. Ibrah dari 'kisah' buat smear on slide ni, just be yourself. If you're slow learner, or can't compete with each other in their way, just use your own way. Allah dah takdirkan kita dengan kemampuan berbeza. As long as you achieved what you want, and along the way you'll learn a lot of things (from mistakes that you did). Buat je silap banyak-banyak, you'll learn a lot. serious cakap. Failure buat smear on a slide bukan penamat untuk buat on the other slides. So, don't just stop there. Keep moving on~ Guna cara tersendiri, dan be tough along the way.
 
be strong guys!
don't lose hope!

so kesimpulan overall,
HOPE, always be there for us. 
 
* saya syorkan korang semua cari buku ni "Ajari aku mencintai Allah" - Maghfirah (Penerbit) dan Dr. Majdi Al Hilali (Penulis). Alhamdulillah, buku ni bukan tentang ujian saja, lebih daripada tu. Indahnya kalau kita antara Mukmin yang dicintai Allah SWT.. :)
 
Ok. Jom study! Don't worry. Pain can be heal..
 
 
 


No comments: