Tuesday, November 15, 2016

Tips Cari Duit Lebih Ketika Belajar?

Mood nak menulis entri ni tak mengira masa actually, boleh datang anytime. Sekarang baru je "Bismillah" nak belajar,laju je tangan click blogger.com dan terus sign in. Ok tak pe, kita share ilmu sikit ya malam ni
 
Tips cari duit sambil belajar? Mostly student pinjaman la yang nak cari extra money ni, sebab duit yang ada memang tak mencukupi untuk bermewah-mewahan.. jujur saya sendiri tak cukup. Ada juga orang condemn saya, eh PTPTN holder? Bukan belajar vet medicine ke? Dengan lancarnya saya menjawab "bukan rezeki, ada la tu Allah nak bagi hadiah nanti".
 
Saya ni masa masuk belajar veterinar ni tak pandai pun, masuk dengan pointer 3.93 je dari matrikulasi..sedangkan orang lain banyak 4 flat ok! Mungkin saingan terlalu ramai dan saya ni antara yang kurang bernasib baik (tapi saya tak suka guna perkataan nasib kerana semua ni aturanNya bukan aturan manusia). Belum ada rezeki. Dari kecil lagi sebenarya saya tak dapat RMT (rancangan makanan tambahan) walaupun saya ni dari keluarga yang memerlukan juga kalau diikutkan.. SPBT (skim pinjaman buku teks) & biasiswa masa sekolah pun tak dapat walaupun saya dah berkali-kali mohon. Keluarga kami pun pernah susah dulu masa saya kecil lagi. Susah sangat dengan tak ada elektrik dan sumber air sedangkan kami tinggal di taman perumahan & rumah sendiri bukannya rumah sewa tau. Banyak juga peluang saya tak dapat. Entah di mana yang membuatkan saya tak layak dapat semua tu. Gaji Mak saya bukan beribu-ribu macam orang lain, nak sampai RM1000 pun bukan senang sebab berniaga sendiri. Ada sahaja dugaannya sendiri.
 
Jadi..disebabkan sedikit latar belakang kesusahan dulu, sekarang ni sambil belajar pernah juga rasa susahnya tak ada duit. Sekarang pun tak la berduit sangat pun, cuma ada Nampak alternatif untuk mencari sumber kewangan tambahan dan tak bergantung pada pinjaman semata-mata. Susah-susah saya, susah lagi kakak-kakak saya belajar dulu sampai ikat perut. Bila dah sampai zaman saya ni tak ada lagi ikat-ikat perut, cuma susah dari segi lain tu ada.
 
 
TIPS - Berniaga. Perniagaan ni 9/10 rezeki tau. Berniaga ni luas dan sangat subjektif. Beli 5 bungkus Maggi dalam 1 pek tu, dan berniaga semula di kawasan kolej dengan RM1.50 sebungkus, dah untung berapa sen dalam sebungkus. Bayangkan sehari dah untung RM2.50, seminggu dah RM17.50 (perniagaan paling malas la ni). Sekurangnya dapat duit kan? Option kedua, boleh berniaga percetakan kalau ada printer. Kertas, ink tu modal. Sekeping orang print black and white caj la dalam RM0.20 paling remeh.. dapat juga duit untuk isi air Sukida 500ml. Ok la tu kan, Hehe. Berniaga ja apa yang boleh membantu kawan-kawan dalam masa yang sama dapat duit untung juga masuk poket.
 
Saya juga berniaga. Penat juga nak cari perniagaan yang sesuai dengan masa sebagai seorang student ni..Kelas saya 8-5ptg, jam kredit 21 semester ni, ada pula duties sebelum atau selepas kelas. Bila saya berniaga? Saya berniaga setiap masa..Bukan bila saya free je. Tunggu saya free, saya akan berehat dan malas nak buat apa-apa. Jadi saya akan berniaga pada waktu-waktu tersebut;
 
1. 10 minit sebelum ke kelas
2. 10 minit masa lecture break
3. 20 minit waktu rehat
4. 10 minit selepas kelas
5. Bila ada gap masa duty
 
Cukup ke 10 minit? Tak cukup sebenarnya, nak susun ayat nak menangi hati customer lagi (saya buat online business), nak schedule iklan lagi, nak update stock lagi, nak jawab soalan customer lagi..Haa memang tak cukup sebenarnya. Bila dapat mesej dari customer selalunya saya akan balas secepat mungkin kecuali masa tengah kelas praktikal (hands-on) atau ketika bertugas di UVH belakang fakulti tu. Masa lecture selalu terkorban tapi saya akan cuba pick-up juga. Jangan seronok sangat kejar duit dan lupa prioriti belajar.
 
Serius berkesan kalau student berniaga masa belajar. Apa yang paling penting adalah istiqamah dan rajin.. Perkara wajib dan prioriti tu sila jaga sebaiknya. Jangan terlepas dari tanggungjawab terutama bila dah pegang duit. Bagi sesiapa yang mula berniaga seeloknya ada company sendiri tau, jangan berniaga tanpa mendaftar di SSM, nanti orang tak mahu percaya dekat anda. Lagi tinggi peluang orang tak nak beli sebab takut.
 
Saat getir adalah saat nak mula berniaga. Perkara pertama yang saya risau, "ada ke orang nak beli?" . Sangat risau..tapi sekarang dah okay jadi saya nak pesan kalau anda ada terlintas perasaan macam tu.. Sabar dan teruskan juga. Banyak cabarannya, kena tabah dan sangat tabah. Nak menangis, nak stress, silakan tapi jangan berhenti je. Nak cari duit lebih kan? Ahaa.
 
Selain berniaga, boleh juga kalau nak buat part-time job. Boleh jika korang ada masa nak buat kerja separuh masa. Kalau tak ada masa, berniagalah. Berniaga kan 9/10 rezeki. Antara 9/10 tu, masa kita adalah hak kita. Tak ada sesiapa pun nak paksa kerja lebih masa, penat kerja ke sebab kita sendiri adalah 'bos' kepada masa kita. Kita dengar arahan sendiri untuk bekerja waktu bila..Menarik kan?
 
Sediakan basic knowledge (Mathematics) nak apply dalam berniaga. Kebanyakan kita akan congak sebab tak larat nak cari calculator bila nak update akaun bisnes.
 
Ok. Tips ringkas bagi yang baru nak bermula
 
1 - Pilih jenis perniagaan yang korang suka atau kawan korang suka nak beli  atau dapat selesaikan masalah orang (Contoh : Perkhidmatan midnight printing or photocopy)
 
2 - Sediakan 'tempat' anda berniaga, waktu servis/ menjual- (Contoh : di bilik anda sendiri )
 
3 - sediakan modal dan barang-barang penting (jika perlu) atau sediakan sumber untuk supply barang kepada anda jika anda adalah agen dropship . Jika servis midnight printing tadi, boleh sediakan printer, kertas A4, ink dan masa sebagai modal anda.
 
4 - Kiraan jumlah modal dan boleh untung tak perniagaan tu. Ada ke orang buat bisnes sebab nak tanggung rugi? Wallahu'alam.
 
5 - Mulakan berniaga.
 
Secara ringkasnya beginilah, tips penuh kena Tanya pada orang yang dah mula berniaga dan pernah menjalankan perniagaan yang sama dengan korang. Kalau berniaga tapi tak ada ilmu susah juga, sekurangnya sediakan sikit basic yang kukuh sebelum berniaga.
 
***
Kadang-kadang rezeki bab duit ni tersekat sikit sebab kita kedekut dengan orang. Bila kita mampu nak membantu, kita tak hulurkan bantuan. Bila kita ada duit, kita lupa keluarkan hak orang lain ke atas duit tersebut. Ayat mudah...kita ni lupa nak memberi. Asyik nak menerima duit dari customer ja tapi lupa nak memberi kepada orang yang memerlukan. Alang-alang solat di masjid, surau fakulti, atau ada orang minta sedekah ke...bagi je dengan seikhlas hati. Allah Maha Kaya, dia akan tambahkan lagi nikmat tu kalau kita bagi. Bila memberi tandanya kita bersyukur dan rasa cukup dengan apa yang Allah bagi. Jangan risau, Allah akan 'pulangkan' dengan ganjaran berlipat ganda..dan perkara paling penting Allah redha.
 
Ni ha,ada mesej dari Kak naqibah saya tentang nikmat
Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7
 
sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) , maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih "
 
* naqibah - ketua usrah (ayat mudah).
 
Eh,saya follow tarbiah juga tau..
Having fun with my degree life!
 
Tarbiah. Bisnes. Study. Menulis.
 
Banyak lagi tips cari duit lebih sebenarnya, tapi itu secara ringkas saya kongsi sebagai first step atau gambaran kepada student yang masih dilema nak cari duit ke tidak masa belajar. Jangan risau atau rasa terganggu dengan ayat ni
 
Aku tak belajar tinggi macam korang pun boleh kaya tau..tak payah la sambung degree tu..sama je dengan aku.
 
Saya tak rasa akan sama. Ya, dia kaya..tapi bagi kita yang tengah 'berjuang' nak dapatkan ilmu sekarang ni baik teruskan. Biar kita jadi orang KAYA = kaya IMAN + kaya ILMU + kaya AKHLAK + kaya JIWA . Jangan jadi kaya yang sia-sia, dan jadi kaya yang tak ada life dan membosankan. Alang-alang nak kaya, biar kaya betul tapi kalau sekadar nak cari duit lebih tu..kira kaya juga la tu kalau lebih dari apa yang kita nak, betul kan.  Buktikan kita belajar di universiti ni sebagai platform nak pergi jauh lagi depa yang selalu nak menjatuhkan kita dan buktikan pembelajaran 4-5 tahun bukan sesuatu yang sia-sia. Biar buah yang ditanam 4 tahun lepas dapat dituai dengan baik selepas grad nanti.
 
Got to go! Nota clinical medicine tengah tunggu tuu..Doakan saya maju dalam perniagaan (Fb/ig : runceetshop) dan maju dalam menuntut ilmu juga serta dapat menyumbang kepada masyarakat.
 
 
 

 


No comments: