Friday, January 6, 2017

2 0 1 7 dah mula!

assalamualaikum 

Happy 2017! New year, new me - itu la antaranya rata-rata azam orang. Bila dah masuk new year baru nak berazam untuk berubah, nak jadi lebih baik, nak create happiness dalam tahun 2017 ni..macam-macam ragam 

2016 dah end. Alhamdulillah. Tahun lepas banyak suka duka..nak tulis di sini secara details pun mungkin dah ada pada entry lepas (Lupa..haha). Tahun lepas dalam 4 orang saudara meninggal, berulang alik ke hospital for 4 months. Bulan pertama ada orang temankan..bila dah bulan-bulan seterusnya dah tak ada siapa nak temankan. Struggling alone untuk datang sini tapi Allah sent me good people untuk datang temankan siap bagi free ride lagi ke hospital! SubhanAllah. Baik kan orang tu. I want to mention her name here. Her name is Nadia. Dia master student dekat Fakulti Perubatan Veterinar. Kami kenal pun sebab dia buat servis 'Student Cab'. 

The worst thing is last month seminggu sebelum study week tiba-tiba diserang gastric pain ! So painful though. Jumaat tu last makan lunch jam 1 pm; kari, ayam goreng, nasi dan teh ais. Petang tu masa attend Clinical Conference tiba-tiba saja sesak nafas. Ingatkan sebab aircond, tapi perut pun sakit sangat, rasa seperti ditikam dan dirobek. Uh sakitnya..azabnya hanya Allah yang tahu. Semakin lama sakit tu semakin teruk dan nafas semakin pendek. Aku gagahkan diri balik kolej sambil cuba untuk berlari. Kuat tak? Haha..sakit-sakit pun nak lari balik. Actually rasa nak muntah juga on that time dan cuba menahan sebab nak muntah di rumah. Selesa sikit because I know perasaan muntah tu tak best dan induce untuk muntah lagi dan lagi. 

Bila dah sampai bilik.. tak muntah tapi makin sakit perut ni, kena tekan kuat dengan penumbuk atau ibu jari di perut. Perut ok. Tahu tak location perut manusia? Sambil tu terduduk di tepi katil. Tudung tak buka lagi (sebab baru balik) dan cuba berbaring..bila baring je terus lagi teruk dari yang teruk tadi. 

Sesak nafas! Tiba-tiba rasa menyirap je dari bawah kaki sampai atas kepala. Pandangan blurr dan dah nak pitam masa tu. Di bibir ni ucap dua kalimah syahadah dah..sebab ingatkan malaikat maut tengah nak cabut nyawa. Hmm minta tolong housemate tapi dia pula yang cemas. Akhirnya diri ni kena bertindak sendiri..kebetulan ayah kandung datang ke kawasan ni, at the right time dia bawa ke PKU Emergency. Nak pergi hospital (sebelah kolej je) tapi keadaan di hospital macam lagi lambat. Redha ja sepanjang dalam kereta. 

Sampai ja di PKU Emergency, macam biasa depa check suhu dan tekanan darah dulu sebelum Dr sampai. Hmm suhu 39 degree okay. Tekanan darah masa tu dah lebih dari tahap sepatutnya (i cant remember exactly). astaghfirullahalazim.. 

ampunkan hambaMu ya Allah
terlalu banyak dosa aku. 

menangis je atas katil di wad emergency tu. Menangis sebab sakit dan takut.. alhamdulillah, Dr check dan dah inject IM (tak sempat tanya dia inject apa) dan dia suruh balik selepas sejam. Sejujurnya,waktu tu sakit tak reda pun apatah lagi sembuh. Dengan perut masih sakit, perasaan loya masih ada, demam masih ada gigih keluar dari kawasan emergency tu.. tunggu ubat dari Pharmacy. Tiba-tiba, nahhh..mula muntah dan muntah dan 'cibi' segalanya keluar sampai tak berhenti tengah malam tu. Dipendekkan cerita - thanks to my family, thanks to my usrahmates, akhawatiess, naqibah. Bukan je datang visit tapi siap suap makanan, pujuk mandi, tunggu sampai lah aku betul-betul selesa atas katil tu. Sentuhan kasih sayang depa tu..masyaallah.. 

thanks juga pada my ex roomate sebab datang suap ubat, urut kan kepala aku, hehe. Bukan manja tapi memang hisakit tau. Memandangkan dia bakal jadi nurse tahun ni.. (after June) kena praktis bersabar. Hehe. Thanks to semualah yang membantu. Really appreciate it. 

Itulah antara kisah di hujung 2016. Kematian Misai (one of the college cats) akibat FLUTD. Hmm 

Ada FAIL dalam exam okay. After a long time asyik mengecapi kebahagiaan tak pernah fail, this time Allah letak aku di bottom among the bottom people. Allah letak aku betul-betul di bawah..and I need to crawl up balik. Nak berlari tak mampu so kena merangkak je dulu sekarang. How painful it is nak crawl nak menghadapi another obstacles. route yang Allah bagi this time (failures) memang mencabar. Penuh onak dan duri..Gituu.. Nak mencantas pun tak ada senjata, kena guna kreativiti je (ANALOGI). 

And now phase hidup aku - sebagai orang biasa-biasa yang kerap fail. Tak apa, itu last year punya cerita. Kena bertabah dan terus berjalan ke depan sebab kita tak tahu bila nak ketemu dengan kejayaan.. kan? Sekurangnya I have stories to tell my grandchildren (if I have any) akan kegagalan yang lepas..but to make sure I achieve something in the future. Hehe.

Azam hidup this year..Hopefully this year would be better - in knowledge, tarbiyah, relationships, business and fitness. Itu je azam concluded in one sentence. Di bawah tiap key words tu ada lah spesifik azam dan target perlu dicapai. Contohnya knowledge - tak terhad kepada gred atau pointer semata-mata tapi knowledge to be applied. Any knowledge.. Tarbiyah..kena kuatkan semangat especially tarbiyah dzatiyah (ayat mudah: tarbiah diri sendiri) supaya nak move on urusan lain lebih mudah! Relationships..-it could be any relationships. Contohnya relationship dengan parents, dengan members, dengan Allah SWT.. have faith. Ya memang bersemangat sekarang tapi kita kena pastikan kita always on the track ye. 

Jangan biarkan diri kita ni dipengaruhi keadaan sekeliling. Memang ramai yang akan bercakap, ramai yang akan cuba mempengaruhi supaya ikut agenda mereka, mempengaruhi supaya mengikut pandangan mereka..tapi kita (diri sendiri) yang perlu corakkan masa depan kita ikut hati kita sendiri. Yang mana baik dari orang sekeliling boleh lah ambil, yang mana buruk tu abaikan je..anggap itu kata-kata semangat. #bestrong #havefaith #rememberAllah #dontexpecttoomuch . Kita mengharapkan benda baik-baik berlaku pada kita, maka buatlah perkara yang baik-baik..fikir yang baik-baik, bercakap perkara yang bermanfaat. Masih ada masa dan peluang untuk berubah.
anyway HAPPY 2017 !


No comments: