Saturday, May 13, 2017

Rota rota duty Veterinar

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum wrbh

***

Kafe kolej tak buka untuk dua hari (Jumaat dan Sabtu), air di kolej tetiba je tak ada untuk hari ni mula tengahari tadi. Ujian untuk student sini, memang selalu dah tak ada air sepanjang 4 tahun stay sini. Paling teruk jadi masa semester lepas (semester 6) di mana waktu tu aku tengah rotation duty di ward. duty tu 7 hari 7 malam, air tak ada 3 malam ditambah pula ada test minggu tu tapi hidup kena ceria walaupun ada masalah, betul tak? (yela tu..)

memandangkan air di kolej tak ada, air di fakulti kan ada. maka kami pun bermandi manda di fakulti dan makan pun tapau je dari luar. masalah biasa jangan diperbesar-besarkan sebab banyak lagi masalah yang j a u h lagi besaq dari tu

selesai mandi dan makan, dapat ilham nak update entri baru. pasal rotation duty seorang student vet. 

Apa tu rotation?

Setiap pelajar akan ada kumpulan masing-masing. Kumpulan tu akan ada duty mingguan. Contohnya, minggu ke-6 semester 8 aku ada duty untuk equine (kuda), minggu ke-7 avian dan begitulah seterusnya setiap minggu akan ada berlainan session untuk tugas. Paling berat tugas bila duty di ward -- 7 hari, 7 pagi, 7 malam sampai 11 malam. Kelas seperti biasa 8pagi sampai 5pm selalunya. Tidur tu memang kurang cukuplah, tambah pula kalau tugas minggu tu bertindih jadual dengan test. 

Dengar macam stress tak? Seriously, penat tapi it's so fun! Penat sebab kena jaga case haiwan-haiwan sakit. haiwan pun ada sakit ye, bukan kita saja yang sakit. 

kadang-kadang tu nak fahamkan kawan-kawan di luar bidang veterinar memang susah orang nak faham sebab kadang-kadang ada on-call juga tak kira waktu (jika minggu tu terlibat dengan mana-mana duty yang perlukan standby)..tapi aku rasa tak penat untuk terangkan sebab aku pada awalnya pun memang tak dapat gambaran langsung pun apa rotation ni. Kalau medical student (Human doctors), ada posting kan? Aaha ini lebih kurang posting, cuma di hospital belakang je cuma kekadang attend kes di luar.

Naik van..vroom vroom

Kumpulan aku -- 10 orang. 1 Malaysia, 2 guys 8 girls.
Semua awesome ! Aku je tak. Hehe

Eh, ada ward ke?

UVH (university veterinary hospital) tu ada wad untuk kucing, anjing, haiwan eksotik, ruminan (kambing, lembu), dan haiwan besar seperti kuda. Klinik pun ada juga untuk konsultasi dan rawatan. Jemputlah datang, meh meh sini. 

Stress tak? 

Malas nak cakap pasal stress tapi tekanan tu memang ada di mana-mana pun kita bekerja dan berurusan dengan orang lain hatta dengan manusia pun. Cuma nak menguruskan haiwan jauh lebih senang dari menghadapi sikap manusia

Case presentation 

Bukan saja duty, ada juga small presentation tentang case yang kita attend tu depan pensyarah. Ini untuk Year 4 lah, untuk Year 5 aku update lagi nanti next semester (InsyaAllah)

***

Contoh rotation duty 

1. Lab animals 
2. Ward small animals
3. Surgery (ada ward, ada surgery)
4. Kuda
5. Ruminant 1, ruminant 2 (beza sikit je)
6. Laboratories
7. Post-mortem
8. Avian (geng burung, ayam, etc)
9. Theriogenology - boleh google
10. Clinic - kalau korang bawa haiwan dan kebetulan ada rotation, korang akan jumpa student masa korang jumpa doktor dalam consultation room. 
11. ICU (haiwan pun ada emergency case tau)
12. Radiology (bahagian xray tu)
13. babi

***

bagi aku, aku rasa beruntung sangat Allah pilih kos ni untuk aku sebab aku rasa sesuai dengan jiwa aku yang suka 'bebas'. Tak suka sangat terikat. Bayangkan, kalau teori je belajar dari sem satu sampai sem 10? Aku tak rasa aku boleh ingat semuanya.

Dengan adanya praktikal dari sem 1-sem 8, clinical year sem 7-sem10, banyak hands on dan peluang yang diberi pada student untuk buat. 

TAPI, ada juga sebahagian moment tu, rasa menyesal sebab tak menyerlah sangat untuk bertanya soalan atau belajar skil. Memang rugi. Kekadang tu macam tak ada mood sebelum duty, tapi bila dah start duty, hilang perasaan bosan tu sebab EXCITED ok bila dah jumpa patient.

dan

aku harap Allah tetapkan rasa minat aku ni dalam bidang ni sebab tak pernah terlintas di hati aku untuk bertemu dengan binatang-binatang sakit, dan perlukan bantuan. Sekurangnya bila aku ada dalam bidang ni, aku boleh letakkan diri aku di tempat depa dan faham sakit yang depa lalui. 

bidang vet ni juga penting dalam bidang makanan sebab mainly food source are from animals too. nak makanan yang sihat, kena datang dari sumber haiwan yang sihat, bersih, halal, etc. kekadang kita dah biasa tengok makanan yang terhidang di depan mata je, tapi pernah tak terfikir...apa haiwan tu makan? macam mana haiwan tu hidup? haiwan tak ada penyakit ke? penyakit berjangkit ke manusia tak? 








No comments: