Saturday, May 13, 2017

my BIG GOALS

Happy Mother's Day to all mothers out there

Bismillah, hari ni weekend! Yey. Okay la ada juga merasa weekend. Jarang-jarang nikmat weekend tu dapat dirasai sejak clinical year ni. This week should be ICU and ada on-call but our seniors said no duty this weekend and they won't call for us to help. May be sebab Rabu wesak day 2 hari lepas dah duty. 

My morning slot for today was attended for a talk from Hill's about nutrition for pets (specifically about GIT diseases, recovery, about the food formulation itself) which something could be VERY VERY VERY useful for us as future veterinarian and Alhamdulillah, makan free. 

This weekend..Alhamdulillah I'm more productive (Yey), which morning and evening slots filled with something beneficial. Sempat kemas-kemas bilik dan siapkan apa yang patut, and still my load of works haven't settled yet. Everything is in progress. For 1 hour evening, I had a walk with my friend Shud. Today is her birthday! 

We had a talk and have a good sharing session. Kekadang busy kan tak sempat nak layan emosi pun. Even hati tersinggung, kesepian, heart broken pun kena put aside dulu sebab banyak BIG things nak kena fikir dan selesaikan. 

Haa sekarang dah masuk part menarik. Baru je tadi call Mak dan sembang-sembang. Last call Mak pun semalam..dah lama tak dengar suara Mak. RINDU dan NAK BALIK. Selalunya kalau on the phone dengan Mak, antara isu yang dibangkitkan "dengan siapa sekarang". Faham ke? 

Maksudnya, ada 'berkawan' dengan sesiapa ke sekarang.. atau macam dah ada calon ke? 

For a long time.. 
Tak terfikir pun tentang tu. Uhukhuk (batuk) 

dan tak akan fikir pun rasanya. Sedangkan benda penting pun terlupa masakan pula benda yang kurang penting ni, heheh. Tapi seorang Ibu kan bila anaknya cakap 

"tak ada la Mak.." 
mesti dia akan cepat-cepat bagi nasihat. "tak apa lah..nanti ada la tu orang yang betul". 

Yes, exactly. Nanti akan ada orang yang betul andaikata bertemu ketika usia masih panjang. Andai Allah takdirkan bertemu dengan mati dulu, maka ajal lah jodohku. Memang usia 23 -25 tahun ni usia yang sepatutnya nikah ke dalam masyarakat kita? Benda ni individual preference. When the time comes, yes, nikahlah akan dikau. 

DULU, around 4-5 years ago..suka sangat berangan nak nikah awal la, nak ada pasangan hidup la, blabla tapi bila Allah nak bolak balikkan hati tu sekarang ni tak ada feeling dah semua tu. Back to reality aku sendiri tak berupaya nak sampai ke tahap tu lagi. Bulan September jika tiada aral melintang aku akan masuk fifth year which is my final yearrrr (doakan yaa)

Dalam tahun 5 tu banyak BIG things akan happen. Nak jadikan BIG things tu A REALITY, aku kena working hard to achieve it. Setiap orang ada level effort memasing kan dan level aku ni kena push lebih sikit sebab effort orang 90% can achieve success tapi level aku 120% baru sipi sipi success. So tak boleh la nak samakan effort aku dengan depa

A few days ago, aku contact kawan lama

Guess what? 

He's doing master study.
Our friends are doing master study.
Our friends are working.

C E M B U R U sangat tapi bila berdiri di atas kaki sendiri baru aku realise setiap hidup orang tak sama. Aku lambat sikit habis belajar tapi nikmat kami lain-lain. Mungkin nikmat aku tak dapat belajar tinggi lagi, tak dapat pegang duit lagi (dapat rasa la sikit bila berbisnes ni) tapi aku dapat nikmat friendship masa degree tu lama okay. 

Bila mana aku letih, aku penat sebab belajar (penat juga belajaq veterinar ni, haha) aku akan ingatkan diri sendiri bahawa jalan yang aku pilih ni sebab Allah dah pilihkan lagi melalui istikharah aku 4 years ago. 

Kenapa nak penat? Biasalah tu..belajar is a journey. Selagi nama student tugasnya adalah study. Nak buat apa lagi selain study? Lagipun tinggal setahun je lagi nak belajar, nak buat silap dan correct the mistakes. Lepas tu dah kena kompeten dan ada tanggungjawab yang lebih besar. I will miss badly my study life ~ 

Bila aku penat lagi nak kejar life goals aku (especially in education part) tu kan..aku akan baca balik kisah Imam Syafie. Aku suka dengan kesungguhan Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Walaupun kesusahan hidup menghimpit beliau tapi kesusahan tu bukan satu penghalang pun bagi dia. Mungkin jalan dia tak sama dengan tokoh ilmuan Islam yang lain..tapi jalan tu pun membawa ke arah matlamat yang sama iaitu ILMU.

Selain Imam Syafie, boleh ambil contoh dari kisah Imam Hassan al Banna..kesungguhannya dalam Islam tu sangat tinggi, dalam akademik pun cemerlang, dakwah pun cemerlang dan akhlaknya masyaAllah. Hebat 
.
.
So, berbalik kepada rezeki kan..

Rezeki orang kan berbeda. Macam Mak aku dia seorang ibu tunggal, anak tunggal juga. Sekarang ni anak-anak duduk jauh, jadi aku ada impian yang sangat BESAR untuk balik dan temankan Mak. Itu impian terbesar aku lah. No matter what happen, aku nak ada di sisi Mak dan nak Mak di sisi aku. Kalau ada lelaki yang mengenepikan Mak aku sebelum kami ada apa-apa ikatan --- itu memang sesuatu yang tak boleh diterima. Berbalik kepada hujung pangkalnya, perancangan Allah itu yang terbaik!

Yakin dengan perancangan Allah
Taat dengan Allah dan RasulNya
Taat Parents


Bagi korang yang baca entry aku hari ni, aku mohon doa dari hampa. Tolong doakan urusan aku dipermudahkan selepas ni, minta aku dapat capai BIG GOALS aku yang aku list tadi.. ada lagi la goals kecil selain dari academic achievement ni. Moga Allah sibukkan aku dengan perkara yang sepatutnya aku sibuk dan tak lalai

Benda yang paling menakutkan aku satu hari nanti kalau anak aku tanya aku, 

"Mak buat apa je masa muda dulu?" 

tak kan aku nak jawab "tengok movie ni, movie tu, tengok anime, tengok korean movies, window shopping dengan member. dating dengan abah kau" HAHA. bergurau saja ya. Aku harap aku ada jawapan valid untuk dia nanti dan dijadikan tauladan dan aku ni nampak seperti hero di mata dia, ayah dia pun hero dan contoh untuk dia survive dalam hidup dan fokus. Jauh tak aku fikir? 

Cukuplah tu sharing pasal future aku di mana future aku semuanya terletak di tangan Tuhan. Hanya Allah je yang akan tentukan bagaimana perjalanan hidup aku kejap lagi, esok dan seterusnya. Akhir kata, pesanan dari aku

Andaikata ini penulisan terakhirku..Maafkanlah salah silap aku dekat hampa yang aku sendiri tak sedar dan tak sengaja. Sesiapa yang aku berhutang tak sempat bayar ke tu, boleh tuntut dekat mana-mana family members aku. Mohon sedekahkan al Fatihah untuk aku.. doakan aku di alam sana dapat terlepas dari siksa kubur, dan dipermudahkan di padang mahsyar tika dibangkitkan kelak, atau tika meniti titian sirat. Mana-mana urusan tak selesai dari aku tu harap dimaafkan.. dan tak menyinggung mana-mana pihak. 

Goal yang paling besar dari BIG GOALS aku tadi adalah jannah. Siapa tak mahu kan dikurniakan jannah yang dijanjikan dengan suasana yang tak tergambar dek akal tetapi diceritakan di dalam al Quran? 

Sebak. 

Moga kita semua mati dalam iman. InsyaAllah.  



No comments: