Friday, June 9, 2017

Bagi yang rasa bersendirian... (baca ni)

Salam Ramadhan. Hari ni dah masuk 15 Ramadhan dah..separuh bulan dah kita berpuasa. Untuk adik-adik yang baru belajar berpuasa, lagi half je lagi nak habiskan. Caiyok! Untuk yang dewasa seperti kita ni mungkin akan ada perasaan sedih sayu nak tinggalkan Ramadhan

Best tau feeling dalam Ramadhan ni

cuma sejak masuk degree life ni memang jarang merasa full ramadhan di rumah sebab mostly half of Ramadhan je ada di UPM. sekarang ni bukan 15 hari je di UPM, 22 hari Ramadhan di UPM tau (ikut kalendar) tapi aku balik 6 hari masa study week sebab nak dapat aura Ramadhan punya pasal

Sem lepas boleh study di rumah during study week (serius! result naik) tapi sekarang 6 hari tu aku dapat study 5% je. MasyaAllah. Lagha je banyak. Lepas tarawikh tu tersangkut dengan drama kat TV, almaklumlah lama tak jumpa TV walaupun boleh layan online sebenarnya. 

Sekarang --- Alhamdulillah, dah 3 papers pun habis. Berbaki 4 papers (1 lagi extra aku je ambil. Classmate aku tak, hahaha). Bangun sahur, puasa, study, buka puasa, tarawikh, study, tidur. Sebenarnya banyak hikmah Final Exam ketika berpuasa ni. Tak ada bebanan pun berpuasa ketika study.. apa yang penting time management. Cari waktu yang selesa nak study. Aku paling fresh nak study adalah waktu soq (baca: sahur) atau malam lepas makan. Hehe

***

Hari ni aku just nak share sikit pasal keseorangan. Kawan aku pernah nasihatkan aku bila aku hadapi masalah, tahu apa dia nasihat? 

"Kau hidup sorang, mati nanti pun sorang. Kenapa nak biar orang buat keputusan dalam hidup kau?"

Ada betulnya, ada yang tersirat di sebalik soalan dia. Yes hidup ni perlu berjemaah tapi hakikatnya kita sorang dan kebergantungan kita sebenarnya hanya pada Allah. Meh aku share sikit 

1. Sekarang aku hadapi masalah. Bagi aku benda ni agak besar masalahnya..sebab aku sendiri yang kena fikir dan kalau aku minta tolong orang (aku pernah cuba), orang akan bash aku dengan persoalan seperti mempertikaikan pertimbangan yang aku sedang buat. Sedangkan, kalau aku ikut cakap orang, aku akan susahkan diri aku balik. Faham ke maksud aku? Jadi aku terus berdiam diri..dan akan terus mendiamkan diri. Kalau aku tak buat pertimbangan sebelum meminta bantuan, agak-agak ada yang nak bantu? 

2. Janji. Aku pukul sama rata je sesiapa yang ada dalam life aku. Banyak sangat ada orang janji itu ini akhirnya aku merana sendiri sebab terselit sedikit harapan aku nak bergantung pada janji tu. Allah. Akhirnya bila kerap sangat janji tu dicapatikan maka aku pun dah jadi sedikit 'keras hati' susah nak percayakan orang. 

Antara dua benda yang buat aku frust dan hanya nak bergantung pada Allah dan diri sendiri je. Bagi kita perkara tu susah, ada orang rasa perkara tu senang..Jadi disebabkan pandangan macam tu, tak ada yang empati nak duduk dalam kasut kita dan merasai sekali kesusahan yang kita alami. 

Disebabkan banyak kali urusan jadi macam ni --- aku dah tawar hati. Kerap sangat terjadi maka aku dah tawar hati. susah tau bila hati dah tawar, hehe

Hakikatnya baru aku rasa yang hidup kita ni memang bersendirian. Aku dapat rasa ni sejak semester 7 yang lepas. Mungkin ni tanda-tanda 'pikul tanggungjawab' kut. 

Apa hal pun kena buat keputusan sendiri, baik buruk keputusan pun kena hadapi sendiri, tak ada orang nak kisah dah pasal kau nak buat apa pun, kurang bergantung dekat orang lain dah dalam urusan-urusan penting, dan tak ada yang peduli hang hidup ka mati (HAHA, joke). Tak best dah feeling 'pikul tanggungjawab' ni. Ada yang cakap "Jadi student best ape, fikir study je". 

Tak! Aku tak fikir study ja.
Lebih dari tu yang ada dalam otak aku. 

OVERTHINKING sampai migraine then GIT upset, lepas tu sakit. Selalu. OVERTHINKING sebab nak mencari penyelesaian masalah-masalah cabaran hidup. Haa gitew. Nak cerita lebih pun..ibarat membuka pekung di dada sendiri ye tak tapi aku rasa ni la cabaran hidup yang sebenar

Aku ibarat seseorang yang masuk ke hutan yang belum dilalui sesiapa, mencantas pohon yang menjalar dan membuat 'jalan' yang memudahkan untuk aku melaluinya dan mungkin bermanfaat kepada sesiapa yang cuba melaluinya. Jadi aku berharap.. aku akan menjumpai seseorang yang juga melalui kesusahan dan kesulitan yang sama di jalan yang lain sebelum kami bertemu ditakdirkan bertemu nanti. 

Analogi je yang aku mampu untuk gambarkan yang aku rasa s u s a h sekarang tapi sesusah susah aku, banyak lagi orang lain yang susah cuma aku mengharap orang sekeliling aku mampu bagi support tak kisahlah dari segi apa, aku cuma mengharapkan moral support dan moral support. Tak ada lebih tak ada kurang. 

.
.
.

Masa terlalu pantas, 
Masa mencemburui kita 

Rasa sangat penat.. penat kejar sesuatu yang aku pun tak pasti. Jadi, waktu macam ni lah kena muhasabah diri balik..Untuk apa hidup? Tujuan hidup? Bagaimana nak capai tujuan hidup? Ke mana selepas ni kita pergi? 

Banyakkan soalan untuk muhasabahkan diri. InsyaAllah. 

Bagi yang rasa dia bersendirian juga, Allah ada bersamamu. Jangan risau sangat. Ramadhan ni, banyakkan berdoa ya. 

Terima kasih pada kawan-kawan yang sangat supportive kat sini. di saat aku buntu, sama-sama tunjuk jalan. Bila aku stress, sama sama jadi pengubat. Apa yang korang perlu buat adalah sabar dan yakin dengan Allah. Korang tak bersendirian sebenarnya --- Allah cuma menguji dengan orang sekeliling buat tak peduli walaupun dah cried for help supaya kau bergantung dulu harapan dekat Dia sebelum manusia lain. 10 orang kau minta tolong tak akan dapat bantu kau pun selagi hati tu tak yakin dengan Allah yang akan bantu bila kau susah. trust me. Itu yang aku rasa lately. 

Percaya, 
Yakin,
Minta 

hanya pada Allah. bukan manusia. 

Ingat tau 

:) 


No comments: